Font size
WorksheetsBahasa Melayu
Total questions: 15
Worksheet time: 9mins
Penonton melonjak______________ apabila Datuk Lee Chong Wei memenangi set pertama semasa menentang Lin Dan.
kegilaan
kemeriahan
kesenangan
kegembiraan
Mereka yang ingin memiliki "Rumah Mesra Rakyat" perlu menghadiri satu sesi ___________.
temu bual
janji temu
temu duga
temu ramah
Pilih struktur ayat yang betul.
Encik Ram berasal daripada Teluk Intan.
Encik Ram berasal dari Teluk Intan.
Pilih struktur ayat yang betul.
Ayah membeli beg tangan untuk ibu.
Ayah membeli beg tangan bagi ibu.
“ Marilah bersarapan bersama-sama dengan kami, Anis,” kata Amira dan Anum.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Amira dan Anum mempelawa Anis bersarapan bersama-sama mereka.
Amira dan Anum memujuk Anis bersarapan bersama-sama mereka.
Amira dan Anum memaksa Anis bersarapan bersama-sama mereka.
Amira dan Anum mengarah Anis bersarapan bersama-sama mereka.
Puan Sarah menghidangkan _________ tradisional Melayu kepada Puan Chua
lauk-pauk
kuih-muih
rempah-ratus
kekisi
Para pejalan kaki harus menggunakan ______ untuk melintas jalan raya yang sibuk
pepohon
anting-anting
jejentik
jejantas
Ukiran kayu itu mahal kerana dihasilkan daripada ______ yang bermutu tinggi.
anai-anai
bukit-bukau
kekabu
kayu-kayan
Ibu menutup bekas makanan itu___________ supaya tidak masuk angin.
sipi-sipi
rapat-rapat
sedikit-sedikit
banyak-banyak
Encik Anand memasang _______ pada tingkap rumah baharunya untuk keselamatan.
tetingkap
kekuda
sesiku
kekisi
Bunyi ______ tin minuman kosong yang terjatuh ke lantai telah membuat adik terjaga dari tidur.
kelentang-kelentung
dentam-dentum
hiruk-pikuk
riuh-rendah
Projek perumahan yang dilaksanakan di kampung itu menyebabkan jalan menjadi .......... .
hiruk-pikuk
lekak-lekuk
bolak-balik
licin-licau
Walaupun sudah tua tetapi perangai Pak Usop masih .......... .
membudak
budak-budak
memperbudak
kebudak-budakan
Pilih BETUL atau SALAH bagi ayat di bawah
Ramai pengunjung datang ke pasar malam tersebut kerana pelbagai-bagai makanan dijual.
BETUL
SALAH
7.Pilih DUA ayat yang betul.
A.Kita mestlahi saling hormat -menghormati sesama jiran tetangga.
B.Kita mestilah hormat -menghormati sesama jiran tetangga.
C.Kita mestilah saling menghormati sesama jiran tetangga.
