wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TATABAHASA TAHUN 5

Total questions: 13

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

"Sudah lama _________ sekeluarga berpindah ke kampung ini,"kata Pak Samad kepada pegawai itu.

a)

kita

b)

kami

c)

dia

d)

kalian

2.

Cikgu Kamaruddin __________ menyiapkan kertas kerja lawatan ke Muzium Negara walaupun hari telah lewat malam.

a)

boleh

b)

masih

c)

sudah

d)

telah

3.

Sekolah kami telah ____________ dengan pelbagai prasarana moden yang disumbangkan oleh seorang dermawan.

a)

kelengkapan

b)

melengkapkan

c)

dilengkapi

d)

melengkapi

4.

Cikgu Suriani menegur Zahid supaya membaiki tulisannya yang _____________ itu.

a)

kaki ayam

b)

lipas kudung

c)

cakar ayam

d)

buta huruf

5.

Jalan tar yang rosak teruk di Kampung Bahagia itu sudah pun ___________ dengan tar oleh pihak Jabatan Kerja Raya.

a)

diganti

b)

diturap

c)

dibubuh

d)

ditampal

6.

Keropok di dalam tin itu masih ____________ lagi kerana penutupnya ditutup dengan rapat.

a)

rangup

b)

garing

c)

lemau

d)

rapuh

7.

Adilah masih makan di kantin ________ loceng sudah berbunyi.

a)

semenjak

b)

lantaran

c)

sewaktu

d)

meskipun

8.

Yuran penyertaan pertandingan itu agak murah iaitu RM5 _____________.

a)

hanya

b)

juga

c)

lagi

d)

sahaja

9.

Puan Sharmela menggunakan ___________ khas untuk melazatkan masakannya.

a)

rumput-rampai

b)

rempah-ratus

c)

lauk-pauk

d)

sayur-mayur

10.

Karim telah menerima ______________ setelah dia tidak menjelaskan bayaran bulanan keretanya selama dua bulan.

a)

surat aduan

b)

surat akuan

c)

surat amaran

d)

surat sumpah

11.

Kamil menasihati adiknya agar tidak berputus asa walaupun gagal dalam __________ itu.

a)

temu bual

b)

temu duga

c)

temu jodoh

d)

temu muka

12.

Kempen derma darah _________ salah sebuah syarikat televisyen tempatan itu mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai.

a)

beranjur

b)

anjuran

c)

penganjur

d)

penganjuran

13.

Pelampung adik telah menjadi ______________ setelah tercucuk dengan sebatang kayu yang tajam.

a)

kempis

b)

susut

c)

nipis

d)

kecil