Font size
WorksheetsT5 Bab 6 : Cabaran selepas pembentukan Malaysia
Total questions: 40
Worksheet time: 1hrs 20mins
Terdapat cabaran yang perlu ditangani oleh kerajaan Malaysia untuk meningkatkan pembangunan dan sosioekonomi di Sarawak dan Sabah.
Apakah cabaran tersebut?
Masih mengamalkan pertanian sara
diri
Belanja untuk mengurus yang tinggi
Kekurangan tenaga
buruh kerja
Teknologi rendah
Pada bulan September 1966, situasi politik di Sarawak sekali lagi tidak menentu apabila Stephen Kalong Ningkan mendapat undi tidak percaya daripada Council Negeri.
Apakah kemuncak ketidakstabilan politik ini?
Pilihan raya negeri segera
dilaksanakan
Tawi Sli dilantik sebagai Ketua Menteri
Gabenor ketuai pentadbiran negeri
Campur tangan kerajaan pusat
Jarak yang memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah merupakan antara cabaran selepas pembentukan Malaysia.
Apakah cabaran yang dimaksudkan?
Intergrasi nasional
Kawalan keselamatan
Pengurusan pentadbiran
Kemudahan pengangkutan terhad
Isu perkauman merupakan satu faktor pemisahan Singapura daripada Persekutuan Malaysia.
Apakah perkara yang dituntut oleh Singapura?
Kerakyatan jus soli
Sistem pendidikan seragam
Hak sama rata semua kaum
Kedudukan sama semua agama
Sarawak telah
menerima ancaman komunis sejak pendudukan Jepun lagi.
Antara organisasi
berikut, yang manakah terlibat dalam melakukan ancaman tersebut?
Pejuang Tanah Air (PETA)
Parti Komunis China (CCP)
Parti Komunis Malaya (PKM)
Pertubuhan Sulit Komunis (CCO)
Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) adalah cabang gerakan komunis di Sarawak.
Apakah matlamat penubuhan pasukan tersebut?
Membebaskan Sarawak
Menguasai pentadbiran negeri
Menggabungkan Sarawak dan Indonesia
Menubuhkan Republik Komunis di Sarawak
Strategy Counterinsurgency (COIN) merupakan salah satu usaha bagi melindungi rakyat daripada ancaman komunis.
Apakah langkah yang telah dilakukan melalui strategi tersebut?
Menyerah diri tanpa sebarang hukuman
Memenangi hati dan fikiran rakyat
Penempatan semula penduduk
Menangkap tanpa perbicaraan
Isu kesihatan dan sosial merupakan antara isu yang timbul dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Pertama.
Apakah inisiatif kerajaan bagi mengatasi isu tersebut?
Menubuhkan pasukan Palang Merah
Mewajibkan imunisasi kepada kanak-kanak
Menambahkan bilangan doktor di pedalaman
Memperkenalkan program Perancang Keluarga
Berikutan peristiwa rusuhan kaum, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) menerusi Jabatan Penerangan telah bertindak menyekat berita palsu.
Apakah langkah yang dilakukan bagi menyekat berita tersebut?
Membentuk pasukan risikan
Menutup syarikat percetakan
Menggantung penerbitan akhbar
Menubuhkan jabatan percetakan
Peristiwa rusuhan kaum berlaku pada 13 Mei 1969 iaitu beberapa hari selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ketiga.
Apakah faktor yang mencetuskan rusuhan tersebut?
Hasutan Parti Komunis Malaya
Pergaduhan antara kongsi gelap
Penipuan keputusan pilihan raya
Ketidakseimbangan dalam ekonomi
Apakah faktor yang menyumbang kepada cabaran dalaman selepas pembentukan Malaysia?
Sistem pentadbiran
Konsep Persekutuan
Kemunduran ekonomi
Pelbagai latar belakang penduduk
Mengapakah kekayaan hasil bumi Sarawak dan Sabah tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya?
Tiada kemudahan awam
Kemajuan ekonomi terpinggir
Pengamalan ekonomi sara diri
Rakyat kurang berpengetahuan
Bagaimanakah saiz Sarawak dan Sabah yang besar menjadi satu cabaran kepada kerajaan Malaysia?
Sukar memantau
Kekurangan penduduk
Kepelbagaian kegiatan ekonomi
Memajukan sistem pengangkutan dan perhubungan
Maklumat berikut berkaitan dengan cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia
*Kepelbagaian ekonomi
*Sistem pengangkutan dan perhubungan
* X
Apakah X?
Memajukan sistem pendidikan
Pertambahan penduduk
Pentadbiran berkesan
Pemilihan pemimpin
Maklumat berikut berkaitan dengan cabaran politik di Sarawak.
Pada Bulan Jun 1966, 21 orang ahli Council Negeri tidak berpuas hati dengan kepimpinan Ketua Menteri Sarawak.
Apakah kesan peristiwa tersebut?
Kebangkitan komunis
Krisis Perlembagaan
Kemerosotan ekonomi
Perpecahan perpaduan kaum
Antara berikut yang manakah cabaran untuk mewujudkan perpaduan kaum dan integrasi nasional?
Jarak antara negeri
Pengaruh komunis
Pengaruh kuasa asing
Pelbagai kaum
Mengapakah konsep Malaysian Malaysia bakal menggugat kestabilan negara?
Konsep baharu
Mengancam demokrasi
Mempertikai peranan Raja Melayu
Menafikan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera
Pernyataan berikut berkaitan dengan Pemisahan Singapura
"Pemisahan Singapura merupakan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan"
Tunku Abdul Rahman
Mengapakah Tunku Abdul Rahman berpendapat sedemikian?
Memusuhi Singapura
Kemerdekaan Singapura
Mengelakkan rusuhan kaum
Menyekat kemajuan Singapura
Antar berikut, siapakah yang terlibat dengan mesyuarat bersama Tun Abdul Razak Hussien pada 1 Julai 1965?
Dr. Ismail Abdul Rahman
Tan Siew Sin
Lee Kuan Yew
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Antara berikut, yang manakah bentuk ancaman yang dilakukan oleh pengganas komunis di Sarawak?
Propaganda
Serangan bersenjata
Menentang gagasan Malaysia
Pembunuhan beramai-ramai
Maklumat berikut berkaitan dengan serangan komunis di Sarawak.
"5 Ogos 1952- Serangan di Batu Kitang, Sarawak"
Mengapakah serangan tersebut membimbangkan pihak berkuasa?
Menimbulkan ketakutan
Mensasarkan orang awam
Pertempuran dengan angkatan bersenjata
Campur tangan Komunis dalam pentadbiran
Maklumat berikut berkaitan dengan perang saraf yang dilancarkan di Sarawak
* Perhimpunan awam
* Program pengampunan
* X
Apakah X?
Pembangunan infrastruktur
Pembubaran Council Negeri
Perjanjian Kerjasama Sempadan
Memperkasa angakatn bersenjata
Apakah matlamat yang hendak dicapai melalui Operasi Hammer Sarawak?
Latihan ketenteraan
Membuka tanah hutan
Membanteras komunis
Pengawalan sempadan
Bilakah Operasi Sri Aman di lancarkan?
6 Julai 1965
8 Ogos 1969
8 Ogos 1971
21 Oktober 1973
Antara berikut, yang manakah ancaman keselamatan yang dihadapi di Semenanjung Malaysia?
Penyusupan komunis
Peningkatan gejala sosial
Pengeboman Tugu Negara
Pembunuhan anggota keselamatan
Maklumat berikut berkaiatan dengan langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia
* Strategi Counterinsurgency (COIN)
* Perjanjian Kerjasama Sempadan
Mengapakah langkah tersebut diambil
Meningkatkan ekonomi negara
Mengatasi masalah rusuhan kaum
Menentang pencerobohan kuasa luar
Melindungi rakyat daripada ancaman kominis
Apakah persetujuan yang dicapai hasil Perjanjian Hat Yai pada 2 Disember 1989?
PKM bersetuju membubarkan unit bersenjata
PKM melancarkan subversif kepada orang awam
PKM membentuk gerakan politik
PKM melancarkan gerakan bersenjata
Maklumat berikut berkaitan dengan Rancangan Malaysia Pertama
* Melancarkan Program pembangunan
* Membuka kawasan baharu
* Mendapatkan bantuan Bank Dunia
Apakah matlamat yang hendak dicapai melalui usaha-usaha tersebut.
Mengeratkan perpaduan kaum
Meningkatkan taraf hidup rakyat
Menjamin keselamatan orang awam
Mempelbagaikan sumber ekonomi negara
Apakah faktor yang dapat menjamin kejayaan program pembangunan dan ekonomi kerajaan?
Kekayaan hasil bumi
Bntuan kuasa asing
Kerjasama ahli masyarakat
Keamanan dan kestabilan negara
Bagaimanakah cara menangani isu kemudahan perkhidmatan kesihatan kepada ibu-ibu mengandung ?
Mengurangkan kadar kelahiran
Memperkenalkan program Perancang Keluarga
Menambah baik perkhidmatan kesihatan di luar bandar
Melancarkan kempen kesihatan
Antara berikut yang manakah merupakan cabaran
dalaman Malaysia?
Cabaran politik di Sabah
Cabaran perpaduan kaum
Cabaran pembangunan di Sarawak
Cabaran hubungan dengan Indonesia
Mengapakah penduduk di kawasan pedalaman
Sabah dan Sarawak tidak mendapat peluang untuk
bersekolah?
Sekatan daripada penjajah
Kedudukan sekolah di bandar
Bergantung kepada pengangkutan air
Terikat dengan adat, budaya dan agama
Petikan di bawah adalah ucapan Tunku Abdul
Rahman pada satu sesi perbahasan di Parlimen pada
9 Ogos 1965.
1965.
1965.
“… so it does seem completely impossible to
arrive at a solution whereby we can hope to
pull along together and work together……
Apakah maksud perkara yang tidak dapat dielakkan
oleh Tunku Abdul Rahman dalam ucapan tersebut?
Membacakan keputusan Dewan Rakyat
menggantung Lee Kuan Yew dari sesi
Parlimen
Menjelaskan sebab pengunduran Brunei
daripada menyertai Persekutan Malaysia
Mengumumkan pemisahan Singapura dari
Persekutuan Malaysia
Mengisytiharkan tamatnya Undang-Undang
Darurat
Senarai berikut berkaitan dengan gerakan politik
di Sarawak.
• Pasukan Rakyat Kalimantan Utara
(PARAKU)
• Pasukan Gerila Rakyat Sarawak
(PGRS)
Apakah matlamat utama gerakan tersebut?
Memupuk perpaduan kaum
Membentuk republik komunis
Memajukan kehidupan penduduk
Menghapuskan ancaman komunis
Rajah berikut menunjukkan usaha kerajaan
menghapuskan ancaman komunis di Tanah
Melayu.
Perang Saraf - Mengisytiharkan kawasan putih
- Mengadakan perhimpunan awam
- X
Apakah X?
Menyebarkan risalah
Menubuhkan pasukan polis
Mewujudkan Kampung Baru
Memperkenalkan kad pengenalan
Antara berikut yang manakah usaha untuk
mengatasi isu peluang pekerjaan yang terhad?
Meminta bantuan Bank Dunia
Mengurangkan kadar kelahiran
Membina pusat kesihatan di luar bandar
Menubuhkan pusat latihan vokasional dan
teknikal
Rajah berikut berkaitan dengan usaha mengatasi
isu pembangunan ekonomi.
Isu X
• Mempelbagaikan kegiatan ekonomi pertanian
• Mencari pasaran baharu bagi getah dan bijih timah
Apakah isu tersebut?
Taraf hidup yang berbeza
Masalah kesihatan dan sosial
Kejatuhan harga bahan mentah
Kadar pengangguran meningkat
Perkembangan berikut telah menjadi punca utama peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.
* Ketidakseimbangan ekonomi dan sosial
*Perarakan selepas Pilihan Raya Umum 1969
Mengapakah perkembangan tersebut telah mencetuskan rusuhan kaum?
Masyarakat jahil
Perpaduan kaum lemah
Rakyat tidak berpendidikan
Kelemahan pucuk pimpinan
Apakah langkah mengatasi masalah peristiwa berikut?
" 13 Mei 1969 - Rusuhan kaum di Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan sekitarnya"
Penubuhan MAGERAN
Pengisytiharan perintah darurat
Pengenalan operasi ketenteraan
Pelancaran dasar pembangunan ekonomi
Gambar berikut menunjukkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).
Apakah tanggungjawab MAGERAN?
Mengembalikan keamanan
Menghapuskan ancaman komunis
Memajukan kawasan luar bandar
Menguatkuasakan Akta Hasutan 1948
