Font size
WorksheetsPERKAHWINAN & TALAK
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Dari sudut istilah, perkahwinan adalah
akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan menurut hukum syarak.
akad yang menggunakan lafaz nikah yang menghalalkan lelaki melakukan persetubuhan sesama lelaki.
akad yang menggunakan apa sahaja lafaz yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.
akad menyatakan persetujuan pihak lelaki mengahwini pihak perempuan.
Seorang lelaki yang mempunyai kewangan yang kukuh tetapi lemah syahwat
********************
Hukum berkahwin bagi situasi diatas ialah.....
Sunat
Makruh
Harus
Haram
Bimbang akan terjerumus dengan maksiat sekiranya tidak berkahwin dan dia mampu memberi nafkah zahir & batin
********************
Hukum berkahwin bagi situasi diatas ialah.....
Sunat
Makruh
wajib
Haram
Tiada desakan atau halangan untuk berkahwin.
Hukum berkahwin bagi situasi diatas ialah.....
Sunat
Makruh
Harus
Haram
bertujuan untuk menzalimi dan memudaratkan pasangan.
Hukum berkahwin bagi situasi diatas ialah.....
Sunat
Makruh
Harus
Haram
Berikut adalah hikmah perkahwinan KECUALI :
Memupuk semangat kerjasama dalam pelbagai lapisan masyarakat
memenuhi tuntutan batin yang merupakan fitrah manusia
memelihara keturunan yang baik
Memelihara diri daripada terjebak dengan gejala sosial
-Isteri kepada bapa (ibu tiri)
-Isteri kepada anak (menantu)
-Ibu kepada isteri (ibu mertua)
**************
Wanita yang disenaraikan di atas haram kerana dikahwini dengan sebab...
Penyusuan
Keturunan
Persemendaan
nasab
-cucu perempuan
-ibu saudara
**************
Wanita yang disenaraikan di atas haram kerana dikahwini dengan sebab...
Penyusuan
Keturunan
Persemendaan
mengahwini perempuan yang ada hubungan nasab dengan isteri dalam satu masa
haram sementara
haram selamanya
faktor keturunan, penyusuan dan persemendaan adalah golongan wanita yang haram dikahwini.......
sementara
selamanya-lamanya
Antara berikut yang manakah rukun nikah?
Mahar
Meminang
Sighah
Walimatul urus
Pemberian wajib daripada suami kepada isteri disebabkan akad nikah.
*****************
Pernyataan di atas merujuk kepada......
Hibah
Mahar
Nafkah
Mut'ah
Apakah maksud adil bagi syarat wali dalam perkahwinan?
Tidak berlaku zalim sesama manusia
Tidak bersifat pilih kasih dalam sesuatu perkara
Tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah
tidak melakukan dosa besar atau melakukan dosa kecil secara berterusan
wali ada 2 jenis iaitu...........dan ............
Mithil , musamma
Mujbir , bukan mujbir
muhson , bukan muhson
berikut adalah syarat wali KECUALI ....
lelaki
baligh
berakal
tidak mempunyai 4 isteri dalam satu masa
Wali mujbir merujuk kepada.....
Bapa sahaja
Bapa dan datuk
Saudara lelaki sahaja
Datuk,bapa dan saudara lelaki
Berikut adalah syarat2 sah akad ijab dan kabul dalam akad nikah kecuali:
Di antara ijab dan kabul tidak boleh diselangi dengan kata2 yang lain
Bahasa yang digunakan hendaklah difahami oleh semua yang hadir
Hendaklah menggunakan perkataan nikah atau تزويج
Ijab dan kabul berlaku di dalam satu majlis
Berikut adalah sebab kuasa wali nasab berpindah kepada wali hakim KECUALI
tidak mempunyai wali nasab
wali dalam ihram haji atau umrah
wali enggan mewalikan pernikahannya
wali mempunyai penyakit kronik
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَات الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Ciri utama memilih bakal isteri menurut hadis di atas ialah
Rupa paras yang cantik
Pegangan agama yang teguh
Keturunan yang baik
Keluarga berharta
Hukum walimatulurus adalah
harus
sunat muakkad
sunat
makruh
Siti berkahwin dengan Abu setelah setahun kematian kakaknya (bekas isteri Abu).
Hukum perkahwinan tersebut sah kerana
Abu bukan saudara susuannya
Abu bukan di haramkan berkahwin dengan Siti kerana nasab
Siti bukan perempuan yang haram berkahwin kerana persemendaan
Siti bukan perempuan yang di haramkan berkahwin selama-lamanya
hukum talak adalah ________
harus
sunat
lafaz " aku ceraikan kau' adalah lafaz _____
jelas
kiasan
talak ada 2 jenis iaitu talak ______ dan talak ba'in
raj'ie
sughra
kubra
talak ba'in ialah ___________
talak yang boleh dirujuk dalam tempoh iddah
talak yang tidak boleh dirujuk kecuali dengan akad nikah dan mahar yang baharu
isteri yang diceraikan tanpa sebab/ isteri berkelakuan baik.. hukum talak ini adalah _______
haram
makruh
berikut adalah hikmah talak KECUALI
mengurangkan tekanan perasaan
memberi pengajaran untuk memperbaiki diri masing-masing
memberi peluang memulakan hidup baharu
dapat melepaskan diri dari tanggungjawab
