Font size
WorksheetsBAB 3 PERNIAGAAN TINGKATAN 4
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pernyataan manakah yang benar tentang visi?
I. Menggambarkan matlamat jangka panjang yang ingin
dicapai
II. Mengambil masa melebihi lima tahun untuk
mencapainya
III. Menerangkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
IV. Menyatakan sebab sesebuah organisasi wujud
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut menunjukkan pernyataan visi bagi sebuah organisasi perniagaan.
VISI
“Menjadi syarikat pengeluar sarung tangan getah yang terunggul di Malaysia.”
Pernyataan manakah yang benar tentang tujuan visi di atas?
Pelabur memerlukan visi tersebut untuk tujuan membuat pelaburan
Pekerja menjadikan visi tersebut untuk menyokong usaha mereka
Pengurus menjadikan visi tersebut sebagai panduan membuat keputusan
Pemilik memerlukan visi tersebut untuk memaksimumkan keuntungan
Apakah yang dimaksudkan dengan misi?
Panduan dalam membuat keputusan
Pembentukan matlamat yang lebih khusus
Penetapan perancangan jangka masa panjang perniagaan
Pernyataan yang menerangkan tujuan penubuhan perniagaan
Apakah langkah yang perlu diambil oleh organisasi untuk meningkatkan keupayaan sumber manusia organisasi.
Meningkatkan pembayaran gaji
Membawa masuk teknologi baru
Meningkatkan bilangan kakitangan
Mengadakan latihan dan pembangunan
Mengapakah perniagaan yang gagal mendapat keuntungan akan mengalami kesukaran dalam mengembangkan perniagaannya?
Motivasi pekerja akan terjejas
Imej produk terjejas di mata pengguna
Tidak dapat meningkatkan operasi perniagaan
Terpaksa mengurangkan harga jualan barang
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif sesebuah perniagaan.
Perniagaan Perabot G2 Enterprise menyediakan jadual kerja untuk menyiapkan perabot mengikut tempahan pelanggan.
Apakah ciri objektif yang terlibat?
Spesifik
Munasabah
Jangka masa
Boleh diukur
Apakah maksud berdaya saing perniagaan?
Jenama produk mendapat sambutan di pasaran
Kemampuan untuk terus bertahan dalam industri
Perniagaan menikmati kedudukan kewangan yang baik
Kemampuan untuk melakukan promosi yang berterusan
Manakah yang merupakan faktor dalaman organisasi yang boleh mempengaruhi pencapaian visi, misi dan objektif organisasinya?
Sumber manusia
Ekonomi
Undang-undang
Politik
Manakah yang merupakan faktor dalaman organisasi yang boleh mempengaruhi pencapaian visi, misi dan objektif organisasinya?
Sumber manusia
Ekonomi
Undang-undang
Politik
Analisis yang berikut, manakah merujuk kepada kelemahan faktor dalaman?
Keupayaan dan kemampuan yang dimiliki oleh perniagaan untuk bersaing
Pekerja yang kurang berkemahiran
Kewujudan teknologi baharu
Muncul barang atau perkhidmatan pengganti daripada pesaing
Apakah kepentingan visi kepada perniagaan?
Membantu perniagaan membuat perancangan
Menentukan hala tuju yang ingin dicapai oleh perniagaan
Mengenal pasti tujuan penubuhan sesebuah perniagaan
Menyediakan satu asas bagi memperuntukan sumber organisasi
Antara berikut yang manakah kesan kepada perniagaan sekiranya gagal mencapai objektif?
Jualan merosot
Imej terjejas
Menghentikan pembayaran balik hutang
Menghentikan pembelian bahan mentah atau barang niaga
Butiran manakah diklasifikasikan sebagai kos tetap?
Insurans kedai
Belanja alat-alat kecil
Upah pekerja produktif
Kos belian bahan mentah
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan objektif perniagaan?
Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi
Menyelaras pernyataan visi dan misi
Boleh dicapai dalam jangka masa yang pendek
Menggambarkan sasaran yang ingin dicapai secara spesifik
Pernyataan berikut merupakan objektif bagi sebuah syarikat pengeluaran biskut coklat.
“Syarikat Biskut Coklat Yammi akan mengeluarkan sebanyak 60 000 bungkus biskut coklat pada tahun hadapan”
Apakah ciri objektif yang dapat dipenuhi oleh syarikat tersebut?
Boleh diukur
Munasabah
Jangka masa
Boleh dicapai
Antara yang berikut, yang manakah dikategorikan sebagai organisasi bukan bermotifkan untung?
Kedai Runcit Rahman
Syarikat Pertama Berhad
Majlis Perubatan Malaysia
Koperasi Pengangkutan Pahang Berhad
Sesuatu objektif yang hendak dibentuk haruslah bersifat spesifik. apakah maksud spesifik?
jangka masa sesuatu objektif perlu dinyatakan secara tepat
objektif yang dibentuk perlu dinyatakan dengan jelas dan bersistem
setiap objektif yang dibentuk mesti mendatangkan manfaat kepada pemilik
objektif yang ditetapkan mestilah dicapai dalam tempoh yang diberikan
Antara yang berikut, pernyataan yang manakah merupakan visi yang tepat?
sekolah dapat mengekalkan kelulusan 100% setiap tahun
menjadi sekolah terbaik di daerah Gombak menjelang 2020
melahirkan pelajar cemerlang dari segi akademik dan sahsiah
melahirkan para graduan yang berdaya saing dan mampu mengurus dengan baik
antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri objektif yang baik?
dibuat secara umum
boleh diterjemahkan
mempunyai satu tarikh tertentu
mempunyai sasaran yang boleh dicapai
Perniagaan yang gagal mencapai matlamat dan objektif harus mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani masalah tersebut. Antara yang berikut, tindakan yang manakah wajar diambil oleh perniagaan?
menaikkan harga produk
menyemak semula objektif
pengeluaran perlu dihentikan
mendapatkan khidmat nasihat
