wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ 2.4 GOLONGAN AYAT

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Kesemua yang berikut merupakan ayat dasar, kecuali

a)

Beliau dapat mengatasi masalah itu.

b)

Ahli rombongan itu sudah bertolak ke sana.

c)

Pelatih kursus seni tari itu ialah saudara Zainab.

d)

Tempat peranginan itu akan dimajukan tidak lama lagi.

2.

Yang manakah ayat tunggal?

a)

Mereka bermalam di pondok usang itu.

b)

Peragut itu ditangkap lalu dipukulnya bertalu-talu.

c)

Semua ahli tidak dibenarkan pulang sebelum majlis tamat.

d)

Dia tidak tahu memandu kereta justeru belajar memandunya pun tidak.

3.

Antara yang berikut, yang manakah bukan ayat terbitan?

a)

Pemuda itu ahli muzik?

b)

Usah pergi sekiranya tidak diizinkan.

c)

Kenderaan berat itu terlanggar pokok.

d)

Masih belum tiba peserta maraton negara itu.

4.

"Surat tawaran pekerjaan itu daripada Jabatan Perkhidmatan Awam."

Ayat dasar di atas menepati binaan pola

(a)  

5.

Yang berikut merupakan persamaan antara ayat dasar dengan ayat tunggal, kecuali

a)

ayat aktif

b)

ayat penyata

c)

satu klausa bebas

d)

susunan songsang

6.

Yang manakah ayat terbitan?

a)

Tempat itu tidak jauh sangat dari sini.

b)

Kesemua anak Pak Ali berjaya dalam pelajaran.

c)

Kedua-dua ekor haiwan itu ditembak oleh pemburu.

d)

Kebun buah-buahan datuk sudah mengeluarkan hasil.

7.

Pernyataan yang manakah benar tentang ayat tunggal?

a)

Terdiri daripada satu klausa bebas

b)

Terdiri daripada klausa bebas dan klausa tak bebas

c)

Ayat yang boleh dipecahkan kepada beberapa ayat.

d)

Ayat yang mengandungi beberapa klausa di dalammnya.

8.

"Ali dan kakaknya sedang mengulang kaji pelajaran."

Nyatakan jenis golongan ayat bagi ayat di atas.

(a)  

9.

Ayat yang manakah yang boleh berfungsi sebagai ayat dasar dan juga ayat tunggal?

a)

Saya buat kerja itu pagi tadi.

b)

Membaca ialah minat kakak.

c)

Kesilapan itu satu pengajaran.

d)

Datuk tiba dari Mekah semalam.

10.

Pilih padanan yang salah antara pola ayat dasar dengan contoh ayatnya.

a)

FN + FN : Gadis bertudung itu gadis Johor.

b)

FN + FK : Adik saya selalu ke sekolah dengan kawannya.

c)

FN + FA : Cadangan daripada ketua pelajar itu wajar sekali.

d)

FN + FS : Hadiah istimewa ini untuk pelajar-pelajar cemerlang.