WorksheetsGLOBALISASI
Total questions: 13
Worksheet time: 7mins
Globalisasi akan membawa perspektif baharu tentang konsep
dunia tanpa sempadan
wujud persempadanan negara
dunia tanpa batas waktu
dunia yang bebas dan terbuka
Pernyataan yang manakah menggambarkan ciri globalisasi?
Perkembangan pasaran di peringkat global
Blok perdagangan tidak digalakkan
Liberalisasi perdagangan semakin tidak digalakkan
Antara berikut, manakah yang merupakan tindakan kerajaan Malaysia untuk menggalakkan globalisasi?
Memulau barang yang diimport dari negara asing
Membatalkan pemberian visa kepada pelancong dari Korea Utara
Mengadakan perjanjian dua hala antara Malaysia dengan China
Berikut adalah faktor yang menggalakkan globalisasi kecuali
Kemajuan internet dan ekonomi digital
Kawasan perdagangan bebas
Sekatan perdagangan antarabangsa
Pelancongan
Antara berikut yang manakah bukan merupakan ciri globalisasi?
Pasaran baharu
Sistem percukaian baharu
Undang-undang baharu
Globalisasi merupakan
proses interaksi dan integrasi firma dan kerajaan antara pelbagai negara
proses interaksi dan integrasi antara manusia, firma dan kerajaan antara pelbagai negara
aktiviti perniagaan dan pelaburan yang berlaku merentasi sempadan sesebuah negara
Antara ciri utama sesebuah negara itu mengalami proses globalisasi ialah
I. usahawan mempertahankan konsep perniagaan warisan keluarga
II. berlaku interaksi dan integrasi antara kerajaan pelbagai negara
III.penggunaan komunikasi elektronik yang menghubungkan orang ramai secara serentak
IV.demokrasi tidak dijadikan pilihan politik
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Manakah antara berikut merupakan ciri globalisasi yang merujuk kepada pasaran baharu?
Konvensyen dan perjanjian terhadap alam sekitar global
Kewujudan blok perdagangan seperti Kesatuan Eropah (EU)
Perkembangan pasaran global dalam perkhidmatan perbankan dan pengangkutan
Internet dan komunikasi elektronik yang menghubungkan orang ramai secara serentak
Syarikat multinasional ialah firma yang
beroperasi hanya di negara-negara maju
mempunyai cawangan di beberapa buah daerah dalam satu negara
mempunyai cawangan di beberapa negara dan dikawal oleh firma induk di negara asal
mengawal ketat perpindahan teknologi untuk mengurangkan kos operasi syarikat
Sesebuah firma terdorong untuk memasuki operasi antarabangsa untuk
mengurangkan daya saing
mendapat perlindungan perdagangan
menambah bilangan tenaga buruh
mempertahankan penggunaan bahan mentah tempatan
Bagi mengurangkan kos pengangkutan yang tinggi, sesebuah syarikat multinasional yang rasional akan bertindak untuk
memastikan syarikat menggunakan bahan mentah tempatan
mengurangkan harga jualan produknya untuk pasaran baharu
menggunakan tenaga buruh mahir bagi menggantikan buruh kurang mahir
membuka kilang yang baharu di rantau yang berhampiran dengan pasaran yang disasarkan
Peranan kerajaan sebagai faktor penggalak globalisasi merangkumi
I. menerima kemasukan syarikat multinasional
II. mengetatkan kawalan terhadap aktiviti ekonomi
III. menarik semula item-item tertentu di bawah pelepasan cukai
IV. pemberian visa semasa ketibaan
I dan II
I dan III
I dan IV
II dan IV
Malaysia boleh terlibat dengan aktiviti pelaburan langsung asing melalui beberapa cara seperti yang berikut
I. membina kilang pemprosesan makanan di China
II. menjual ekuiti syarikat di Singapura kepada firma tempatan
III. memeterai perjanjian usaha sama dengan syarikat pakaian di Korea
IV. mengambilalih syarikat yang berpotensi untuk dimajukan di Vietnam
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II dan IV
