Font size
WorksheetsPENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5 PENYAKIT
Total questions: 17
Worksheet time: 8mins
Apakah itu vaksinasi?
proses menyuntikkan vitamin ke dalam tubuh sebagai langkah perlindungan mencegah sesuatu penyakit
proses menyuntikkan cecair ke dalam tubuh sebagai langkah meningkatkan kandungan air dalam tubuh
proses menyuntikkan vaksin ke dalam tubuh sebagai langkah perlindungan mencegah sesuatu penyakit
proses menyuntikkan darah ke dalam tubuh sebagai langkah perlindungan dari penyakit
Antara berikut yang manakah merupakan penyakit yang TIDAK DAPAT dicegah oleh vaksin?
Obesiti
Campak
Cacar
Rubella
Apakah nama penyakit tersebut?
Cacar
Beguk
Campak
Rubela
Apakah maksud GEJALA dan SIMPTOM?
keadaan yang berlaku ke atas badan sebagai tanda awal sesuatu perkara buruk akan berlaku
keadaan yang berlaku ke atas diri sebagai tanda awal sesuatu serangan penyakit
keadaan yang berlaku ke atas individu yang tidak mementingkan kebersihan diri
keadaan yang berlaku secara tiba - tiba ke atas badan seseorang
Yang manakah antara berikut merupakan ciri-ciri penyakit CACAR?
Demam kemudian bintik-bintik merah dan akhirnya menjadi gelembung cecair dan gatal.
Demam panas dan hilang selera makan. Bengkak di kelenjar air liur.
Suhu badan menjadi sejuk dan timbul bintik-bintik merah seperti ruam.
Demam ringan, ruam, rasa mual, radang mata yang ringan dan bengkak kelenjar limfa di belakang telinga dan bawah leher.
Berikut merupakan cara penyakit cacar boleh merebak, KECUALI?
Bersin
Batuk
Air Mata
Sentuhan
Yang manakah antara berikut merupakan ciri-ciri penyakit CAMPAK?
Bermula dengan demam kemudian individu diserang sawan.
Demam panas dan hilang selera makan. Bengkak di kelenjar air liur.
Suhu badan menjadi panas dan timbul bintik-bintik merah seperti ruam.
Demam ringan, ruam, rasa mual, radang mata yang ringan dan bengkak kelenjar limfa di belakang telinga dan bawah leher.
Yang manakah antara berikut merupakan ciri-ciri penyakit BEGUK ?
Demam kemudian bintik-bintik merah dan akhirnya menjadi gelembung cecair dan gatal.
Demam panas dan hilang selera makan. Bengkak di kelenjar air liur.
Suhu badan menjadi panas dan timbul bintik-bintik merah seperti ruam.
Demam ringan, ruam, rasa mual, radang mata yang ringan dan bengkak kelenjar limfa di belakang telinga dan bawah leher.
Penyakit BEGUK merebak melalui
titisan air dari mulut atau hidung semasa pesakit batuk, bersin atau berkongsi makanan (air liur).
udara dan sentuhan.
sentuhan.
titisan cecair dari peluh.
Adakah COVID-19 merupakan penyakit berjangkit?
Ya
Tidak
Berikut merupakan cara COVID - 19 boleh tersebar KECUALI
Bersin
Batuk
Titisan cecair pernafasan
Buang angin
Apakah penyakit yang mengakibatkan bengkak pada kalenjar air liur?
beguk
cacar
campak
Apakah yang perlu dilakukan jika badan kita mengalami simptom - simptom penyakit berjangkit?
kekal berada di dalam rumah
biarkan penyakit baik dengan sendirinya
berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan
Apakah persamaan penyakit cacar, campak, beguk dan rubela?
bintik-bintik merah
bengkak kelanjar
ruam
demam
Manakah tempat yang perlu anda kunjungi jika anda merasakan anda menghidapi penyakit berjangkit
Apakah maksud penyakit berjangkit ?
Patah Kaki
Penyakit yang boleh menjangkiti individu lain atau penyakit pindah
Penyakit yang tidak boleh menjangkiti orang lain
Kekejangan otot
Apakah kebaikan mempunyai tahap kesihatan yang baik ?
Mudah rasa penat
Hidup lebih sejahtera dan harmoni
Sakit kepala
Tidak selesa
