wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TENANG-TENANG AIR DI TASIK

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah nama watak utama dalam drama "Tenang-Tenang Air Di Tasik"?

a)

Azizi

b)

Muzafar

c)

Muzamir

d)

Mustafa

2.

Mengapakah ibu Muzafar tidak bersetuju dengan tindakan anaknya yang ingin melatih sekumpulan peserta cacat penglihatan mengendalikan kayak bagi persediaan ekspedisi akan datang?

a)

Kerana tidak mahu anaknya menjadi mangsa penipuan

b)

Kerana ingin Muzafar menemaninya ke klinik pada tarikh tersebut

c)

Kerana bimbang akan keselamatan anak tunggalnya itu

d)

Kerana bimbang anaknya terjebak dengan anasir yang kurang bermoral

3.

Berapa lamakah Muzafar pergi untuk melatih sekumpulan peserta berkayak di tempat peranginan yang dimaksudkan?

a)

Empat hari tiga malam

b)

Empat hari lima malam

c)

Tiga hari empat malam

d)

Lima hari empat malam

4.

Berikut merupakan ciri-ciri ibu Muzafar yang diperkatakan oleh Azizi, KECUALI...

a)

Seorang wanita yang disegani dan unggul

b)

Seorang yang berfikiran terbuka

c)

Seorang yang berpandangan jauh

d)

Seorang yang mempunyai banyak alasan

5.

"Perasan awak pemuda paling kacak, paling tampan"


Berdasarkan petikan ayat di atas, gaya bahasa yang terdapat dalam ayat tersebut ialah :

a)

Responsi

b)

Anafora

c)

Repetisi

d)

Epifora

6.

Berikut merupakan persoalan yang boleh diperoleh dalam drama ini, KECUALI?

a)

Sikap mementingkan pangkat dan kedudukan

b)

Sikap bekerjasama dengan orang lain

c)

Keberanian dalam membuat keputusan

d)

Perasaan kurang senang terhadap anak

7.

Muzafar mengambil keputusan untuk melatih orang cacat penglihatan berkayak kerana yakin akan kemampuannya.


Nilai yang signifikan dengan situasi tersebut ialah nilai...

a)

Keprihatinan

b)

Keyakinan

c)

Kerjasama

d)

Keberanian

8.

Nyatakan tema drama ini ?

a)

Sikap prejudis segelintir masyarakat terhadap golongan kelainan upaya

b)

Sikap benci segelintir masyarakat terhadap golongan kelainan upaya

c)

Sikap menghormati segelintir masyarakat terhadap golongan kelainan upaya

d)

Sikap menyayangi segelintir masyarakat terhadap golongan kelainan upaya

9.

Berikut merupakan persoalan-persoalan yang terdapat dalam drama kecuali ?

a)

Keberanian melakukan aktiviti yang mencabar keupayaan sebenar seseorang.

b)

Kerjasama yang utuh dalam melakukan sesuatu aktiviti.

c)

Kasih sayang pengikat hubungan kekeluargaan.

d)

Kepentingan sikap penting diri dalam melaksanakan tugas.

10.

Berikut merupakan watak Muzaffar kecuali

a)

Anak tunggal dalam keluarga.

b)

Amanah dan bertanggungjawab

c)

Rasional dan tidak berpendirian tegas dalam membuat keputusan.

d)

Dia mempunyai wajah dan perawakan yang seiras dengan Muzamir

11.

Berikut merupakan latar masyarakat drama...

a)

Masyarakat yang tidak mengamalkan sikap bertolak ansur dan bertoleransi dalam melaksanakan tugas.

b)

Masyarakat kurang penyayang terhadap ahli keluarganya

c)

Masyarakat yang berani melakukan aktiviti yang mencabar keupayaan sebenar seseorang.

d)

Masyarakat golongan kelainan upaya yang kurang gigih mempelajari ilmu baharu untuk membuktikan keupayaan diri yang sebenar.

12.

Pilih klimaks drama tersebut

a)

Ibu Muzaffar enggan meneruskan menonton rakaman video apabila melihat wajah Muzamir dalam rakaman itu.

b)

Muzaffar yakin dia ada pertalian darah dengan Muzamir.

c)

Ibu Muzaffar agak keberatan membenarkan Muzaffar pergi mengendalikan ekspedisi berkayak bersama dengan sekumpulan orang cacat penglihatan

13.

Berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam drama kecuali...

a)

Kita hendaklah gigih mempelajari ilmu baharu tanpa menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang.

b)

Kita perlu ragu mengambil keputusan untuk membuktikan keupayaan diri yang sebenar.

c)

Kita mestilah mengamalkan sikap kerjasama dalam menjalankan aktiviti berpasukan

d)

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati.

14.

Apakah gaya bahasa ini "

Habis tu, kenapa Zam tak dapat tidur?

a)

Metafora

b)

sinkope

c)

anafora

d)

hiperbola

15.

Berikut merupakan latar masyarakat drama...

a)

Masyarakat yang tidak mengamalkan sikap bertolak ansur dan bertoleransi dalam melaksanakan tugas.

b)

Masyarakat kurang penyayang terhadap ahli keluarganya

c)

Masyarakat yang berani melakukan aktiviti yang mencabar keupayaan sebenar seseorang.

d)

Masyarakat golongan kelainan upaya yang kurang gigih mempelajari ilmu baharu untuk membuktikan keupayaan diri yang sebenar.