WorksheetsPENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3
Total questions: 14
Worksheet time: 10mins
Hadis :
Daripada Ibnu Abbas berkata; Rasulullah SAW bersabda : "Bukan daripada golongan kami orang yang tidak mengasihi orang yang lebih muda dan tidak memuliakan orang yang lebih tua".
(Riwayat Abi Daud dan At-Tarmizi)
Pilih jawapan yang sesuai berdasarkan hadis ini.
Hadis tentang ibu bapa
Hadis tentang memuliakan tetamu
Hadis tentang meghormati orang tua dan memuliakan orang muda.
Apakah pengertian hadis ?
Perkara yang disanadkan kepada Nabi Muhammad SAW sama ada dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat baginda.
Sifat-sifat Nabi Muhammad SAW.
Kata-kata sahabat Nabi Muhammad SAW.
Tandakan ✔️ bagi pernyataan yang betul.
Apakah kepentingan hadis ?
Dijadikan sumber hukum kedua selepas Al-Quran.
Menceritakan kisah-kisah Nabi terdahulu.
Befungsi untuk menjelaskan hukum secara terperinci.
JAWI:
Pilih imbuhan awalan yang betul bagi perkataan di bawah.
1. مڠاجر
2. دماسق
3. ترݢيݢيت
کن, ي ,ان
مڠ, د,تر
Pilih tulisan rumi yang sesuai berdasarkan tulisan jawi di bawah :
ساي سوک ممباچ بوکو . ساي ممڤوڽاٴي باڽق کوليقسي بوکو د رومه . بوکو کݢمرن ساي اياله تيه ڤروميسي نيۏيرلند
Saya suka membaca buku. Saya suka membeli banyak buku. Buku kegemaran saya ialah Harry Potter.
Saya suka membaca buku. Saya mempunyai banyak koleksi buku di rumah. Buku kegemaran saya ialah The Promise Neverland.
Saya suka membaca buku. Saya meminjam banyak buku dari perpustakaan. Buku kegemaran saya ialah To The Centre of The Earth.
Pilih tulisan jawi yang sesuai berdasarkan petikan di bawah.
Saya suka menonton televisyen. Setiap hari saya menonton rancangan kegemaran saya iaitu Detective Conan.
ساي سوک منونتون تيليۏيشين. ستياڤ هاري ساي منونتون رانچڠن کݢمرن ساي ياٴيت دوراايمون
ساي سوک منونتون تيليۏيشين. ستياڤ هاري ساي منونتون رانچڠن کݢمرن ساي ياٴيت ناروتو
ساي سوک منونتون تيليۏيشين. ستياڤ هاري ساي منونتون رانچڠن کݢمرن ساي ياٴيت ديتيچتيۏ کونن
Kepada siapakah al-Quran diturunkan ?
Nabi Musa a.s
Nabi Adam a.s
Nabi Muhamad s.a.w
Dimanakah Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu pertama ?
Gua HIra'
Mekah
Jabal Nur
Apakah maksud sifat Tabligh ?
Menerima
Menyampaikan
Menulis
Tandakan ✔️ bagi pernyataan yang betul.
Apakah kepentingan Nabi Muhammad s.a.w bersifat Tabligh.
Semakin banyak yang menyembah berhala.
Islam tersebar luas.
Mengamalkan akhlak mulia.
Amalan menilik nasib dihapuskan.
Akidah :
Apakah maksud nama Allah swt Al-Alim ?
Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu secara terperinci.
Allah Maha Bijkasana mencipta dan mentadbr alam
Tandakan ✔️ bagi pernyataan yang betul.
Allah Maha Bijaksana mencipta dan mentadbir alam.
Apakah keajaiban dunia yang dapat kita lihat ?
gunung berapi
gerhana matahari
aurora
galaksi
Adab :
Pilih jawapan yang betul tentang amalan sebelum tidur.
makan
mengibas tempat tidur
membaca doa bangun tidur
Tandakan ✔️ bagi pernyataan yang betul.
Apakah kepentingan mengamalkan adab tidur mengikut sunnah ?
mendapat pahala daripada Allah swt.
badan menjadi lemah.
menjadi ibadah dalam kehidupan.
tidak cukup tidur.
