Worksheetsakhlah f5: istiqamah menuju jln mujahadah
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Istiqamah bermaksud ketaatan yang berterusan (a) suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya
Apakah maksud
...فاستقم كما أمرت
Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu...
Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa berselisih di atas jalan yang salah sebagaimana yang telah diberitahukan kepadamu...
Maksud فاستقم ialah keteguhan memelihara _________________ dalam melaksanakan segala _______________ dan meninggalkan larangan_Nya
(a)
Amalan apakah yang paling disukai Allah swt?
amalan yang baik kepada semua makhluk
amalan yang dilakukan secara berterusan dengan sekejap
amalan yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit
amalan yang dilakukan dengan banyak tetapi sekejap
Berikut 2 cara memiliki sifat istiqamah dalam kehidupan:
sentiasa bermujahadah melawan hawa nafsu agar berterusan mengamalkan sifat mahmudah
sentiasa membaca surat khabar untuk mengetahui hal ehwal negara
sentiasa berdoa memohon bantuan Allah swt agar dapat melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangan-Nya secara berterusan
sentiasa berkawan dengan rakan yang tidak berdisiplin
Rasulullah saw tidak jemu memohon keampunan daripada Allah swt walaupun baginda seorang yang maksum. Hal tersebut merupakan contoh baginda istiqamah dalam ..................
beribadah
berdakwah
beramal
berjihad
Rasulullah saw tetap berdakwah menyebarkan agama Islam walaupun menghadapi pelbagai kesusahan dan ancaman. Hal demikian menunjukkan baginda seorang yang ........................................
istiqamah dalam berjihad
istiqamah dalam beribadah
istiqamah dalam berdakwah
istiqamah dalam beramal
"Benteng iman itu terdapat dalam 5 perkara, iaitu keyakinan, keikhlasan, melazimi solat sunat, istiqamah dalam beramal dan berdisiplin dalam ibadah". Kata-kata itu merupakan wasiat .......................................
al-Imam Ahmad bin Hanbal
al-Imam al-Ghazali
al-Imam al-Syafei
al-Imam Hasan al-Banna
3 cara memiliki sifat istiqamah ialah
sentiasa muhasabah diri agar ikhlas dan sabar dalam setiap tindakan
sentiasa membaca dan mengambil iktibar daripada kisah para rasul yang istiqamah melakukan kebaikan
sentiasa mempelajari ilmu dengan istiqamah supaya menjadi amalan dalam kehidupan
sentiasa mengharapkan bantuan orang lain untuk mendapatkan sesuatu
Antara hikmah mengamalkan sifat istiqamah dalam kehidupan individu ialah
membangunkan ekonomi kerana komited memajukan negara
melahirkan sifat kebersamaan dalam masyarakat kerana sentiasa menjaga kepentingan bersama
menzahirkan individu yang berakhlak mulia kerana melaksanakan kebaikan secara berterusan
membentuk insan yang teguh pendirian dalam mempertahankan kebenaran
