wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

REKA BENTUK AKUAPONIK

Total questions: 11

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Akuaponik ialah teknologi pertanian yang menggabungkan ____________ (aktiviti ternakan ikan) dengan aktiviti __________ (menanam tanaman tanpa media tanah) dalam satu pusingan air (circulation).

a)

hidroponik, fertigasi

b)

akuakultur, hidroponik

c)

hidroponik, akuakultur

d)

akuakultur, fertigasi

2.

Apakah jenis reka bentuk akuaponik berdasarkan rajah diberi ?

a)

Raft

b)

Ebb and Flow

c)

NFT

d)

Hidroponik

3.

Tanaman yang diletakkan terus di atas permukaan air sehingga akar terendam di dalam air. Apakah jenis reka bentuk sistem akuponik itu?

a)

Ebb and flow

b)

NFT

c)

Hidroponik

d)

Raft

4.

Berdasarkan pernyataan yang berikut, yang manakah merupakan pernyataan yang BENAR mengenai sistem NFT (Near Film Technique) ?

a)

Dikenali juga sebagai sistem pasang dan surut.

b)

Akar tumbuhan boleh menyerap nutrien organik di dalam air secara langsung.

c)

Tidak menggunakan media penanaman dan akarnya menyentuh lapisan air yang mengalir.

d)

Menggunakan alat yang dipanggil loceng sifon.

5.

Apakah kelemahan sistem raft?

a)

Menggunakan elektrik 24 jam untuk mengairi media tanaman

b)

Terdedah oleh serangan bakteria pada akar tanaman

c)

Perlu memberi penekanan dalam penyelenggaraan loceng sifon

d)

Penyemaian benih tidak boleh dilakukan secara terus

6.

Berikut merupakan kelebihan sistem NFT KECUALI .....

a)

Akar tanaman boleh menyerap nutrien organik di dalam air secara terus.

b)

Air yang digunakan untuk mengairi tumbuhan adalah sangat sedikit

c)

Pam yang digunakan agak kecil

d)

Produktiviti cukup untuk memberikan hasil yang memuaskan

7.

Apakah nama media tanaman ini?

a)

Perlite

b)

Cocopeat

c)

Rock wool

d)

Hidroton

8.

Pilih yang manakah berikut merupakan jenis reka bentuk sistem akuaponik secara kitaran.

a)

Ebb and Flow

b)

Raft

c)

Near Film Technique (NFT)

9.

Apakah fungsi ikan dalam sistem akuaponik ?

a)

Mengubah ammonia menjadi nitrat dan zat

b)

Menghasilkan bakteria nitrosmonas dan Nitrobacter

c)

Menghasilkan ammonia daripada makanan yang dimakan

d)

Melimpahkan air dari media penanaman yang penuh dengan air

10.

Pilih yang manakah merupakan tujuan sistem akuaponik.

a)

Usaha meningkatkan prokduktiviti manusia dan mutu organisma akuatik

b)

Mengelakkan alam sekitar daripada tercemar

c)

Mengekalkan kualiti air

d)

Mengurangi kadar ammonia di dalam air

e)

Membekalkan air yang mencukupi untuk penggunaan domestik

11.

Apakah unsur yang terdapat pada sistem akuaponik ?

a)

Air, ikan dan bakteria

b)

Ikan, tanaman dan bakteria

c)

Pam , air dan bekas takungan

d)

Ikan, bekas takungan dan baja