Font size
WorksheetsPENDIDIKAN MORAL TAHUN 6- KEADILAN
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
1. Apakah yang dimaksudkan dengan adil?
mengutamakan orang yang berharta
memberikan hak keistimewaan kepada orang tertentu
memberikan hak yang sama rata
menghargai orang yang kaya
2. Apakah tujuan kita bersikap adil?
supaya dapat hadiah
supaya hak dan kesitimewaan semua terjamin
supaya kita dapat hidup bersaing
supaya rakyat hidup sengsara
3. Seseorang raja atau pemerintah yang bersikap adil akan..............................
dibenci oleh rakyat
bertindak melulu
ditakuti rakyat
dihormati dan disayangi
4. Berikut adalah kepentingan bersikap adil kecuali.......
rakyat mendapat hak yang sama rata
kepentingan orang kaya terjamin
rakyat diberi hak bersuara
negara menjadi aman harmoni
5. Kesan seorang raja yang tidak bersikap adil ialah....
rakyat hidup aman damai
hidup rakyat ditindas dan tidak dibela
negara semakin maju
bayaran cukai dikenakan keoada semua rakyat
6. Kamu tidak dipilih sebagai pemain bola sepak sekolah kerana kamu berbangsa India.Adakah tindakan itu adil?
Adil
Tidak adil
7.Situasi: Kamu terlihat salah seorang rakan kamu memilih milih rakan sepasukan untuk kerja kumpulan projek Sains.Apakah tindakan kamu?
memarahinya dan memulaukannya
mendiamkan diri sahaja
tidak peduli dengan tindakan rakan kamu
menasihati dan menegur kesalahannya
8. Kamu dituduh oleh rakan mencuri barang kepunyaan Hamid tanpa usul periksa.Adakah tindakannya adil? Berikan sebab...
Adil, kerana kamu berada dibelakang tempat duduk Hamid
Tidak adil kerana mereka tidak menyiasat kes kecurian tersebut
Tidak adil kerana kamu tidak bersahabat baik dengannya
Adil kerana kamu orang yang paling mencurigakan
9. Keputusan pertandingan badminton yang disertai oleh oleh kamu adalah berat sebelah.Apakah tindakan kamu?
memprotes dengan membuat rusuhan
memprotes dengan membuat aduan secara betul
membiarkan dan menerima keputusan dengan rela hati
memberontak dan memarahi hakim
10. Kamu ditugaskan untuk mengagihkan makanan dan minuman kepada peserta kem.Bagaimanakah kamu mengagihkannya?
mengagihkan kepada semua peserta
mengagihkan kepada peserta negeri kamu sahaja
tidak memberikan kepada semua orang
memilih pasukan kegemaran kamu sahaja
