NEW
Font size
WorksheetsMAKSUD PANTUN
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Baris 1 dan 2 pantun disebut
makna
baris
isi
pembayang
.................... pantun terdapat pada baris ketiga dan keempat.
pembayang
maksud
perumpamaan
Kenalpasti Makna Pantun
Banyak Udang
Banyak udang banyak garam
Banyak orang
Banyak orang banyak ragam
Beli benang jahit jala,
Seronok menang kepit ________.
bola
jalan
jali
Terbang kenari nun di sana,
Mencari makan tiada berteman;
Buku memberi ilmu berguna,
Menjadi rujukan sepanjang _____________ .
hari
minggu
masa
zaman
Tangkap kelah dengan joran,
Rajin-rajinlah membantu ______________ .
orang
adik
jiran
ibu
Anak Pak Dollah menanam ciku,
Menanam ciku dan juga_____________;
Rajin-rajinlah membaca buku,
Membaca buku amalan ___________.
kuini, mulia
kuini, murni
labu, murni
jambu, mulia
Jelaskan maksud pantun di bawah
Bunga matahari dibuat kuaci,
Pokoknya subur di tanah pamah;
Pintu rumah perlu dikunci,
Pencuri gagal memasuki rumah.
Kita perlu mengunci pintu rumah supaya pencuri tidak tahu ada orang di dalam rumah.
Kita perlu mengunci pintu rumah untuk mengelakkan pencuri memasuki rumahnya.
Kita perlu mengunci pintu rumah kita untuk mengelakkan pencuri daripada memasuki rumah kita.
Kita perlu mengunci pintu rumah kita untuk mengelakkan pencuri gagal dalam ujian bahasa melayu.
Pilih maksud pantun yang sesuai.
Indah malam tanpa pelita,
Terbang beramai si rama-rama,
Janganlah lupa peranan kita,
Persekitaran indah tanggungjawab bersama.
Kita mestilah tidak melupakan peranan kita terhadap alam sekitar kerana persekitaran yang indah tanggungjawab bersama
Kita tidak boleh membuang sampah
Kita mestilah menyayangi sungai
Pilih maksud pantun yang sesuai.
Pergi ke kedai membeli bunga,
Bunga di beli cantik sekali,
Alam sekitar perlu di jaga,
Agar hidup sentiasa harmoni.
Kita mestilah membersihkan halaman rumah
Kita mestilah menjaga alam sekitar agar hidup sentiasa harmoni
Kita tidak boleh membuang sampah ke dalam sungai
Pilih maksud pantun yang sesuai.
Cantik bulan kerana terang,
Ditambah bintang yang berkelipan,
Kehijauan hutan akan menghilang,
Kalau ditebang tanpa kawalan.
Kita mestilah memelihara hutan
Penebangan hutan tidak terkawal boleh menyebabkan kehijauan hutan akan hilang
Hutan merupakan kawasan yang memiliki flora dan fauna
Pilih maksud pantun yang sesuai.
Pergi ke kota bersama teman,
Kota Melaka tempat pilihan,
Menjaga sungai jadi amalan,
Agar tidak berlaku pencemaran.
Kita mestilah memelihara flora dan fauna
Kita dilarang membuang sampah ke dalam sungai
Penjagaan sungai mestilah diamalkan supaya sungai tidak tercemar
Jelaskan maksud pantun di bawah
Di tepi selusur batang jerami,
Pokok rotan tumbuh bersirat;
Bertolak ansur saling memahami,
Hubungan persahabatan kian erat.
Pokok rotan tumbuh di tepi batang jerami
Sikap bertolak ansur dan saling memahami akan mengeratkan persahabatan
Pokok rotan banyak dalam hutan
Jelaskan maksud pantun di bawah.
Dalam kota tumbuh meranti,
Pokok cermai di hujung muara;
Andai kita saling hormati,
Negara damai rakyat sejahtera.
Pokok meranti tumbuh dalam kota manakala pokok cermai tumbuh di muara.
Negara akan aman sekiranya rakyat sering bertelingkah
Sekiranya kita mengamalkan sikap hormat-menghormati, negara akan aman dan rakyat hidup harmoni.
Jelaskan maksud pantun di bawah.
Ikan tenggalan terkena pukat,
Jala tersikat terkena haruan;
Jadikan amalan hidup bermuafakat,
Tambah erat ikatan perpaduan.
Kita perlu mengamalkan sikap bersepakat supaya dapat mengeratkan ikatan perpaduan.
Ikan tenggalan dan ikan haruan terlekat pada jaring.
Kita hendaklah bersepakat unutk menjala ikan.
