Font size
WorksheetsGenetik (5.1 Pembahagian Sel)
Total questions: 15
Worksheet time: 12mins
Nukleus dalam sel mengandungi struktur bebenang halus yang dipanggil _________________.
sel
kromosom
asid deoksiribonukleik (DNA)
gen
_________ adalah unit asas perwarisan yang akan menentukan ciri-ciri individu.
Kromosom
DNA
Gen
Nukleus
Berikut merupakan ciri-ciri bagi asid deoksiribonukleik (DNA) kecuali....
Unit asas dipanggil nukleotida
Terdiri dari tiga komponen iaitu gula deoksiribosa, bes bernitrogen dan kumpulan fosfat
Satu rantaian polinukleotida yang berpintal
Berstruktur heliks ganda dua
Kromosom (a) adalah merujuk kepada pasangan kromosom yang wujud berpasangan mengikut bentuk dan saiz serupa.
Penyusunan kromosom homolog dipanggil sebagai (a) .
Berikut merupakan ciri-ciri yang dikawal oleh kromosom autosom kecuali.....
jantina
kebolehan menggulung lida
warna kulit
jenis rambut
Lelaki normal mempunyai kromosom seks (a)
Mitosis merupakan contoh pembahagian sel yang berlaku dalam dalam benda hidup. Tandakan pada semua yang berkaitan dengan mitosis.
Menghasilkan empat sel anak
Berlaku di dalam sel soma
Sel anak mempunyai bilangan kromosom yang sama dengan sel induk
Bertujuan menghasilkan sel gamet
Kandungan genetik sel anak adalah seiras dengan sel induk
Antara berikut, yang manakah adalah tidak berkaitan dengan meiosis?
Berlakunya proses pindah silang
Menghasilkan empat sel anak
Bertujuan untuk menggantikan tisu yang rosak
Menghasilkan variasi dalam spesies hidupan
Salah satu peringkat pembahagian sel dalam mitosis adalah metafasa. Apakah perlakuan kromosom dalam fasa metafasa ini?
Kromosom dalam bentuk bebenang halus
Kromosom beratur pada satah khatulistiwa
Kromosom bergerak ke kutub bertentangan
Kromosom sampai ke kutub bertentangan
Di dalam proses meiosis, satu proses pindah silang berlaku melibatkan pertukaran maklumat genetik antara kromosom homolog. Apakah nama fasa proses ini berlaku?
Profasa I
Metafasa II
Anafasa I
Telofasa II
(a) adalah struktur di mana kromatid melakukan proses pencantuman.
Tandakan pada semua kepentingan mitosis yang berkaitan dengan hidupan.
Pembentukan sel sperma di dalam testis
Penambahan bilangan sel dalam manusia
Ekor cicak yang putus akan tumbuh semula
Pembiakan aseks pada Amoeba
Penghasilan butir debunga dalam anter.
Berikut adalah perbezaan yang benar antara mitosis dan meiosis kecuali....
Mitosis tiada pindah silang manakala meiosis ada pindah silang
Mitosis tidak menghasilkan variasi manakala meiosis menghasilkan variasi
Mitosis bertujuan untuk penghasilan sel gamet manakala meiosis bertujuan untuk pertumbuhan
Mitosis menghasilkan 2 sel anak dan meiosis menghasilkan 4 sel anak
Mengapakah ekor cicak yang terputus boleh tumbuh semula?
Kerana DNA cicak ada gen penjanaan semula
Kerana berlaku proses pindah silang dalam sel
Kerana berlaku pembahagian sel dipanggil mitosis
Kerana sel cicak mengalami proses mutasi
