Font size
WorksheetsSains T1 Intervensi CP2
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
1. Apakah unit asas benda hidup ?
Sel
Organ
Tisu
Sistem
2. Apakah nama bagi unit warisan ?
Bes
Gula
Sel
Gen
3. Apakah cara terbaik untuk menentukan hubungan kekeluargaan antara dua individu ?
Membandingkan jenis darah mereka
Membandingkan gen mereka
Membandingkan cap jari mereka
Membandingkan rupa paras mereka
4. Kenalpasti tiga struktur berlabel yang boleh digunakan untuk mengenalpasti sel ini ialah sel tumbuhan.
Dinding sel
Membran sel
Kloroplas
Sitoplasma
Vakuol
5. Organ yang mana dalam katak yang mempunyai fungsi yang sama dengan peparu dalam seekor burung ?
Ginjal
Kulit
Hati
Jantung
6. Persamaan yang mana merumuskan proses respirasi ?
Air + Karbon dioksida + tenaga ---> gula + oksigen
gula + oksigen ---> Air + Karbon dioksida + tenaga
Air + Karbon dioksida + oksigen ---> gula + tenaga
gula + Karbon dioksida + tenaga ---> Air + oksigen
7. Syarmila menyiasat kesan keamatan cahaya dan kepekatan karbon dioksida ke atas kadar fotosintesis. Dia mengukur kadar fotosintesis pada keamatan cahaya yang berbeza pada dua pokok yang serupa. Pokok diletakkan dalam bekas bertutup. Satu bekas mempunyai kepekatan awal karbon dioksida 0.40% .Bekas yang satu lagi mempunyai kepekatan awal karbon dioksida 0.03%. Dia memplot keputusan dalam graf ini.
Perhatikan graf. Mengapakah peningkatan dalam kepekatan karbon dioksida mempengaruhi kadar fotosintesis ?
Karbon dioksida diperlukan untuk fotosistesis
Semakin tinggi kepekatan karbon dioksida, semakin rendah kadar fotosintesis
8. Sepasang kembar dilahirkan oleh Puan Hani. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Manakah pernyataan yang BENAR tentang genetik mereka ?
Bayi lelaki mewarisi bahan genetik bapa sahaja
Bayi perempuan mewarisi bahan genetik ibu sahaja
Bayi lelaki dan perempuan mewarisi bahan genetik ibu dan bapa
Bayi lelaki mewarisi bahan genetik bapa manakala bayi perempuan mewarisi bahan genetik ibu
9. Kuda kerdil yang kebanyakannya terdapat di Eropah mempunyai purata ketinggian 86 -97 cm. Sekiranya kuda kerdil dibiakkan sesama sendiri, adakah mungkin anak yang dilahirkan mempunyai ketinggian kuda biasa iaitu lebih kurang 160 cm ?
Ya
Tidak
10. Bolehkah pokok mangga dan pokok pisang emas yang ditanam bersama-sama menghasilkan satu pokok mangga yang mempunyai buah pisang emas ?
Ya
Tidak
