Font size
WorksheetsPERNIAGAAN TING.4 : BAB 3 : PENETAPAN VMO
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Apakah maksud visi perniagaan?
Apa yang ingin dicapai oleh organisasi
Tujuan penubuhan sesebuah organisasi
Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi dalam jangka pendek
Sesuatu yang dibentuk untuk memotivasikan pekerja
Pernyataan manakah yang membuktikan bahawa syarikat tersebut berjaya mencapai visinya.
Menjalankan tanggungjawab sosial korporat
Menjalankan operasi di merata tempat di dunia
Membangunkan sumber asli di merata tempat
Membuka lebih banyak stesen minyak di Malaysia
Antara yang berikut, yang manakah faktor dalaman yang boleh mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif perniagaan?
Pemasaran
Pengagihan
Kewangan
Sumber manusia
Pernyataan yang manakah benar tentang syer pasaran?
Jumlah sasaran syer pengguna di pasaran
Jumlah barangan yang dijual oleh organisasi di sebuah pasaran
Peratus barangan yang dikeluarkan di sebuah organisasi
Peratusan penguasaan pengguna sesebuah organisasi berbanding pesaing lain
Mengapakah objektif sesebuah organisasi mesti selaras dengan visi dan misi.
Objektif dibentuk setelah ditetapkan visi dan misi
Objektif pendokong kepada pencapaian visi dan misi
Pencapaian visi dan misi bergantung pada pencapaian objektif
Objektif dijadikan sebagai penjelasan lanjut tentang visi dan misi
Sebuah syarikat perumahan menggunakan Carta Gantt untuk merancang pelaksanaan aktiviti pembinaan rumah. Apakah ciri objektif yang dapat dicapai oleh syarikat berkenaan?
Spesifik
Boleh diukur
Boleh dikira
Jangka masa
Antara berikut, yang manakah langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kos operasi perniagaan.
Mengambil pekerja secara kontrak
Menghasilkan produk secara besar-besaran
Membuat pembelian bahan mentah secara pukal mengikut keperluan operasi
Menyimpan produk siap bagi mengelakkan kehabisan stok
Manakah yang mewakili Titik Pulang Modal (TPM) sesebuah organisasi perniagaan.
Jumlah hasil = Jumlah kos
Kos tetap = Kos berubah
Jumlah hasil melebihi jumlah kos
Jumlah hasil kurang daripada jumlah kos
Maklumat berikut berkaitan dengan kos pengeluaran bagi mengeluarkan 30 000 unit produk XYZ.
Berapakah unit produk XYZ yang perlu dikeluarkan untuk mencapai titik pulang modal (TPM) sekiranya harga jualan produk itu ialah RM15 seunit?
36 000 unit
46 000 unit
60 000 unit
65 000 unit
Pernyataan yang manakah merupakan kesan kegagalan mencapai matlamat dan objektif perniagaan?
Kualiti produk terjejas
Gagal dalam persaingan
Pengeluaran produk merosot
Produktiviti para pekerja menurun
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan visi dan misi?
Visi menyokong penyataan misi
Visi lebih umum berbanding misi
Visi dibuat terlebih dahulu daripada misi
Visi dibuat oleh pengurusan atasan sementara misi dibuat oleh pengurus pertengahan
Mengapakah objektif sesebuah organisasi mesti selaras dengan visi dan misi?
Objektif dibentuk setelah ditetapkan visi dan misi
Objektif pendokong kepada pencapaian visi dan misi
Pencapaian visi dan misi bergantung pada pencapaian objektif
Objektif dijadikan sebagai penjelasan lanjut tentang visi dan misi
Antara berikut, yang manakah ciri-ciri misi yang baik perlu ada pada sesebuah perniagaan?
Ringkas, tepat dan mudah difahami oleh semua pihak
Menerangkan kewujudan sesebuah organisasi dalam pasaran
Menggambarkan produk yang ditawarkan
Menggambarkan satu harapan yang hendak dicapai dalam jangka panjang
Syarikat Batik Ehsan mensasarkan pengeluaran batik sebanyak 3000 helai dalam tempoh seminggu sebagai memenuhi permintaan pelanggan dalam dan luar negara.
Nyatakan ciri-ciri SMART dalam penetapan objektif syarikat tersebut.
Spesifik
Munasabah
Jangka masa
Boleh dicapai
Apakah yang dimaksudkan dengan ciri objektif boleh dicapai?
Mengeluarkan produk dengan kemampuan mesin sedia ada
Meramalkan kuantiti produk yang diminta oleh pelanggan
Selaraskan kemampuan pengeluaran dengan kuantiti permintaan
Bilangan pekerja yang mencukupi untuk mengeluarkan jumlah produk yang telah ditetapkan oleh perniagaan
"Pencapaian objektif jangka pendek dalam tempoh kurang daripada setahun manakala pencapaian objektif jangka panjang dicapai dalam tempoh melebihi setahun". Nyatakan dimensi perbezaan antara objektif jangka pendek dengan objektif jangka panjang berdasarkan penyataan tersebut.
Tahun
Sasaran
Jenis objektif
Tempoh masa
Objektif Kedai Emas Glemer Gold ialah"Meningkatkan simpanan emas sebanyak 5500 kg". Penyataan objektif tersebut mempunyai ciri SMART, iaitu :
Spesifik
Munasabah
Boleh diukur
Boleh dicapai
Pemimpin yang mempunyai wawasan mampu menyampaikan visi organisasi perniagaan mudah supaya dapat dihayati semua golongan pekerja. Mengapa pekerja perlu menghayati visi organisasi perniagaan?
mengelakkan sebarang pembaziran
menjalankan tugas dengan lebih tepat
mewujudkan satu pasukan dengan lebih mantap
bekerjasama ke arah hala tuju organisasi yang sama
Apakah faedah pihak bank mengetahui misi sesebuah perniagaan?
Menilai aktiviti perniagaan yang dijalankan
Menentukan jumlah pinjaman perniagaan yang ingin diluluskan
Menjangkakan kejayaan organisasi perniagaan pada masa panjang
Menilai kemampuan organisasi perniagaan membayar balik pinjaman
Kegunaan titik pulang modal(TPM) dalam penetapan objektif organisasi ialah
meramalkan keuntungan
mengira kos berubah seunit
mengelakkan berlaku kerugian
menentukan kuantiti pengeluaran bagi menghasilkan keuntungan dan mencapai kerugian sifar
