Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kerajaan Bani Umaiyah SMKS 2021

Total questions: 24

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah pengasas kerajaan Umaiyah

a)

Muawiyah bin Abi Sufian

b)

Abu Bakar al-Sidik

c)

Abu al-Abbas Abdullah bin Muhammad

d)

Umar bin Abdul Aziz

2.

Nama kerajaan Umaiyah diambil sempena nama (a)   khalifah pertama.

3.

Kerajaan Umaiyah mula berkuasa pada tahun 41 Hijrah setelah Sayidina Hasan bin Ali menyerahkan kuasa pemerintahan dengan ___________.

a)

bersyarat

b)

megah

c)

terpaksa

d)

rela

4.

Kota ________ adalah pusat pemerintahan Kerajaan Umaiyah.

a)

Baghdad

b)

Madinah

c)

Mekah

d)

Damsyik

5.

Kerajaan Umaiyah diperintah oleh ______ orang khalifah.

a)

10

b)

14

c)

24

d)

30

6.

___________________ ialah khalifah terakhir pemerintahan Kerajaan Umaiyah

a)

Marwan bin Muhammad

b)

Marwan bin Hakim

c)

Umar bin Hakim

d)

Umar bin Muhammad

7.

Berikut ialah khalifah-khalifah terkenal Kerajaan Umaiyah kecuali

a)

Muawiyah bin Abi Sufian

b)

Abdul Malik bin Marwan

c)

Umar bin Abdul Aziz

d)

Abu Jaafar Abdullah al-Makmun bin Harun al-Rasyid

8.

Khalifah yang menetapkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran negara ialah

a)

Abdul Malik bin Marwan

b)

Umar bin Abdul Aziz

c)

Al-Walid bin Abdul Malik

d)

Harun al-Rashid bin Muhammad al-Mahdi

9.

Tokoh yang membina rumah transit untuk para pedagang ialah

a)

Khalifah Umar bin Abdul Aziz

b)

Khalifah Muwaiyah bin Abi Sufian

c)

Khalifah Harun al-Rashid bin Muhammad al-Mahdi

d)

Khalifah Abdul Malik bin Marwan

10.

Khaliifah yang memperbaik dan mencantikkan seni bina Masjid Nabawi ialah _______

a)

Umar bin Abdul Aziz

b)

Muawiyah bin Abi Sufian

c)

Abdul Malik bin Marwan

d)

Al-Walid bin Abdul Malik

11.

Pemerintahan khalifah ________ telah mewujudkan perkhidmatan pos berkuda (Dewan al-Barid)

a)

Muawiyah bin Abi Sufian

b)

Al-Walid bin Abdul Malik

c)

Umar bin Abdul Aziz

d)

Harun al-Rashid bin Muhammad al-Mahdi

12.

Dewan al-Jund digunakan untuk urusan

a)

pertahanan negara

b)

membina ifrastruktur seluruh negara

c)

majlis kehakiman

d)

pentadbiran saliran dan pengairan

13.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz menyemarakkan aktiviti _______ dengan pengajian al-Quran dan pembukuan Hadis.

a)

keilmuan

b)

kerohanian

c)

pertahanan

d)

pertanian

14.

Perlantikan gabenor yang berwibawa berjaya menghapuskan pemberontakan oleh puak Khawarij dan __________

a)

Syiah

b)

Muktazilah

c)

Maturudiah

d)

Nabi palsu

15.

Pemilihan _____________ yang strategik sebagai pusat pemerintahan negara merupakan satu faktor politik kemajuan Kerajaan Umaiyah.

a)

Damsyik

b)

Baghdad

c)

Andalus

d)

Cordova

16.

Pengurusan (a)   yang cekap sehingga hasil pendapatan negara melebihi keperluan salah satu faktor kegemilangan Kerajaan Umaiyah

17.

Faktor kegemilangan Kerajaan Umaiyah dalam bidang pendidikan ialah

a)

menjadikan masjid dan istana sebagai aktiviti keilmuan

b)

membangunkan negara dengan hasil pertanian dan perdagangan

c)

berjaya mengekang pemberontakan

d)

pembukaan wilayah-wilayah baru

18.

Dari sudut ketenteraan yang menyumbang kegemilangan kerajaan Umaiyah ialah

a)

pasukan yang berdisiplin dan bersemangat jihad

b)

kemudahan pangkalan tentera dan kapal perang dengan peralatan canggih

c)

adaptasi strategi peperangan dengan meniru corak gerakan ketenteraan daripada Parsi.

d)

kemudahan asas seperti masjid, jalan raya dan hospital

19.

Berikut ialah faktor kemorosotan Kerajaan Umaiyah dari segi politik

a)

khalifak-halifah mengamalkan cara hidup mewah dan boros

b)

sikap taksub antara kabilah

c)

sistem lantikan khalifah secara monarki

d)

keruntuhan moral dalam kalangan khalifah

20.

Sebagai seorang pelajar, adakah anda memerlukan negara yang aman?

a)

ya, saya pasti memerlukannya

b)

ya, saya akan menjadi penerus pimpinan supaya negara kekal aman

c)

ya, sayalah bakal menjadikan negara ini kekal aman supaya generasi akan datang dapat menikmati kestabilan dari pelbagai sudut

d)

agaknya. kerana terserah pada takdir

21.

Apakah bidang yang anda tertarik bagi memastikan negara kekal aman dan maju?

a)

ekonomi

b)

pertanian

c)

kerohanian

d)

politik

e)

sosial

22.

Jika anda seorang pentadbir negara di masa hadapan, apakah yang anda akan tanamkan dalam jiwa rakyat?

a)

memartabatkan ajaran al-Quran dan al-Hadis

b)

mempertahan kedaulatan negara

c)

meningkatkan ilmu pengetahuan

d)

bersatu padu walau berlainan bangsa

e)

menjaga tatasusila antara satu sama lain

23.

Perkataan "mawali" membawa maksud

a)

orang yang menjadi ketua negara

b)

orang Arab yang memeluk Islam

c)

orang bukan Arab tapi mempunyai taraf keistimewaan yang sama dengan orang Arab muslim

d)

orang bukan Arab Muslim dan mempunyai keistimewaan sama dengan Arab Muslim tetapi perlu membayar cukai tambahan

24.

Iktibar daripada pemerintahan kerajaan Umaiyah ialah

a)

mencontohi sifat-sifat mulia yang ada pada khalifah Islam

b)

menjaga hubungan antara pemimpin dan rakyat

c)

mengelak mencampuri urusan orang lain

d)

mendapatkan ilmu sains dan teknologi dan meninggalkan ajaran al-Quran dan al-Sunnah.