Font size
WorksheetsULANGKAJI NOVEL LAWB
Total questions: 60
Worksheet time: 30mins
Apakah sebab utama kita perlu belajar Komponen Sastera?
Menghiburkan hati kita
Membentuk sifat positif dalam kalangan pelajar agar menjadi warganegara yang seimbang aspek JERI.
Membantu guru mengajar aspek-aspek lain dalam bahasa Melayu
Murid cemerlang dalam peperiksaan dan amalan kehidupan
Apakah maksud tema dalam komponen sastera?
Idea terbaik
Idea sampingan
Idea utama
Idea penyajak
Siapakah nama pengarang novel Leftenan Adnan WIra Bangsa?
Abdul Latif Talib
Abdul Talib Latif
Abdul Latib Talib
Abdul Latip Talib
Embun pagi masih menitis di hujung daun. Hujan yang turun sepanjang malam tadi menjadikan cuaca pagi itu sejuk.
Teknik plot dalam peristiwa tersebut ialah ...
Teknik Imbas muka
Teknik Pemerian
Teknik Saspens
Teknik Imbas muka
Apakah bukti watak utama merupakan seorang yang penyayang?
Adnan banyak membantu ayahnya menoreh getah, bersawah padi dan memungut buah durian di dusun kerana mengasihi ayahnya.
Adnan bercita-cita untuk menjadi seorang tentera kerana sayangnya kepada negara. Untuk mencapai cita-citanya, Adnan menolak jawatan guru pelatih dan memohon jawatan askar.
Adnan membawa anak-anak dan isterinya berpindah ke Singapura. Namun, beliau terpaksa menghantar isteri dan anak-anaknya pulang ke kampung demi keselamatan mereka apabila terdengar ura-ura Jepun akan menyerang Tanah Melayu dan Singapura.
Pak Saidi menghantar anak-anaknya ke sekolah Inggeris dengan menaiki basikal pada setiap pagi sebelum ke kebun.
Berdasarkan novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, pilih penyataan contoh peristiwa masyarakat yang berani?
Leftenan Adnan dan askar Melayu telah berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir demi mempertahankan negara.
Penduduk kampung bekerjasama untuk menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan. Namun, pihak Jepun telah menangkap Pak Saidi dan mengheretnya ke atas lori untuk di bawa ke Melaka.
Adnan berani menyertai pertandingan syarahan bahasa Inggeris. Adnan berlatih bersunguh-sungguh supaya fasih dalam bahasa Inggeris. Adnan sentiasa berlatih di hadapan keluarganya supaya berasa yakin dan mendapat keberanian menghadapi hari pertandingan tersebut.
Masyarakat yang berani mempertahankan pendirian. Buktinya, Pak Saidi tetap menghantar anak-anaknya ke sekolah Inggeris walaupun ditentang oleh orang kampung.
Leftenan Adnan sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh sehingga beliau terkorban dalam pertempuran di Bukit Candu, Singapura. Penyataan ini menggambarkan Leftenan Adnan ...
Seorang yang berani
Seorang yang berjiwa patriotik
Seorang yang amanah
Seorang yang gigih berusaha
Pilih peristiwa yang menjadi perkembangan dalam binaan plot novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya Perang Dunia Kedua. Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir panjang dan Bukir Candu bagi menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu sudahpun berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu.
Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera Jepun. Askar Melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah. Ketika itu peluru hampir habis dan banyak askar Melayu terkorban sedangkan tentera Jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu
Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hirosyima dan Nagasaki. Sophia membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai Ramal.
Adnan semasa kecil yang membesar bawah jagaan bapanya Pak Saidi dan Mak Milah. Adnan mendapat pendidikan awal di sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal sebelum memasuki kem tentera di Port Dickson untuk melayakkannya menjadi askar Melayu.
P1 : Pak Saidi sangat bijak apabila menghantar anaknya bersekolah di sekolah Inggeris kerana dia berfikiran jauh bahawa anaknya akan mendapat pendidikan yang berbeza, tambahan lagi ilmu agama sudah diajar sejak anak-anaknya kecil.
P2: Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika cubaan menyerang pasukan askar Melayu di Bukit Candu.
Daripada kedua-dua peristiwa ini , latar masyarakat yang dapat dirumuskan ialah ________________________
Masyarakat yang berpandangan positif.
Masyarakat yang berfikir-fikir masak sebelum membuat keputusan.
Masyarakat yang bijak membuat keputusan.
Masyarakat yang penyayang.
Pilih dua peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat penyayang daripada peristiwa-peristiwa berikut.
Sophia taat akan suaminya yang mengarahkan pulang ke kampung halaman walaupun hatinya berasa sedih untuk berjauhan dengan suaminya itu kerana mereka baru sahaja tinggal bersama-sama di Singapura.
Pak Saidi prihatin akan masa depan anak-anaknya buktinya dia memberikan pendidikan yang terbaik buat mereka sehingga sanggup melakukan apa-apa sahaja seperti membeli basikal untuk Leftenan Adnan agar mudah pergi ke sekolah walaupun terpaksa berhutang.
Leftenan Adnan membawa Sophia tinggal bersama-sama dengannya di Pasir Panjang kerana tidak mahu berjauhan. Namun begitu, Sofea dihantar pulang ke kampung halaman demi keselamatan ahli keluarganya apabila Jepun ingin melakukan serangan ke atas Pasir Panjang.
Sophia mengajar kanak-kanak Singapura secara percuma kerana dia berasa bosan tidak melakukan sebarang kerja berbanding ketika dia menetap di Tanah Melayu. Leftenan Adnan bersetuju dengan keputusan isterinya itu.
Tiga latar tempat yang dapat dikaitkan dengan bahagian perkembangan novel Leftenan Adnan ialah __________
Kem Latihan Haig Lines, Port Dickson; Sekolah Melayu Sungai Ramal; Bukit Candu, Singapura.
Bukit Candu Singapura; Sekolah Inggeris Sungai Ramal ; Warung Pak Samad
Sekolah Inggeris Sungai Ramal ; Warung Pak Samad ; Kem Latihan Haig Lines, Port Dickson.
Kem Latihan Haig Lines, Port Dickson; Kampung Pasir Panjang, Singapura ; Bukit Candu, Singapura.
Dalam sesebuah cerpen atau novel, terdapat
urutan atau jalinan peristiwa. Urutan dalam
sesebuah cerita ini dipanggil sebagai ....
peristiwa
plot
contoh
persoalan
Binaan plot permulaan novel ...
Perjalanan cerita yang berkembang dan wujudnya watak-watak lain.
Dalam plot ini, masalah yang wujud/ klimaks berjaya diselesaikan
Wujudnya masalah yang dihadapi oleh watak dalam cerita.
Menceritakan tentang latar belakang watak/suasana
pada awal cerita.
Adnan agak terkejut apabila mengetahui pertunangannya diatur oleh ayah dan ibunya. Namun, Adnan tetap bersetuju dengan perancangan orang tuanya.
Berdasarkan pernyataan di atas, yang manakah merujuk kepada perwatakan Adnan yang paling tepat.
Seorang yang tidak mudah gentar dan pantang dicabar
Seorang yang amat menyayangi dan menghormati orang tuanya
Seorang yang cinta akan tanah air
Seorang yang bijak menyusun strategi peperangan
7. Siapakah yang mengajak Adnan bertanding tinju setelah pasukan bola sepak kampungnya kalah?
Mamat
Nordin
Botak
Budin
Mengapakah Adnan menghantar isteri dan anak-anaknya pulang ke kampung?
Keadaan quarters tidak selesa.
Berlaku huru-hara di Singapura.
Adnan akan bertugas di tempat lain.
Berita Jepun akan menyerang Tanah Melayu dan Singapura.
Alexandria ialah
Tempat latihan ketenteraan
Benteng Terakhir tentera British yang diserang oleh tentera Jepun
Tempat Tentera British menyimpan senjata
Kubu tentera British di Singapura
Adnan dinaikkan pangkat sebagai ... seterusnya sebagai ... kerana berdisiplin dan kecemerlangannya menjalankan tugas.
prebet .... sarjan
prebet ... leftenan muda
sarjan .... leftenan muda
sarjan .... jeneral
Novel ini mengutarakan persoalan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Buktinya ....
Tentera Jepun suka membaca hingga membuka mindanya untuk menyerang tanah Melayu.
Adnan suka membaca hingga membuka mindanya untuk menjadi askar.
Mak Milah suka membaca hingga membuka mindanya untuk menasihati Adnan menjadi seorang guru.
Pak Saidi seorang yang gemar membaca, terutama buku karya Syed Syeikh al-Hadi hingga membuka mindanya untuk memastikan anak-anaknya berpendidikan tinggi.
Leftenan Adnan seorang yang berani sejak di bangku sekolah. Buktinya beliau ....
Menyertai pertandingan pidato Bahasa Inggeris kerana beliau memang fasih berbahasa Inggeris.
Menyertai pertandingan koir bahasa Inggeris walaupun dia tidak fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Menyertai pertandingan pidato Bahasa Inggeris walaupun dia tidak begitu fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Menyertai pertandingan mengarang Bahasa Inggeris walaupun dia pandai dalam Bahasa Inggeris.
Nyatakan gaya bahasa berdasarkan contoh berikut:
sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
simile
hiperbola
peribahasa
personifikasi
Nyatakan gaya bahasa berdasarkan contoh berikut.
langit terbentang luas bagaikan kawah biru.
simile
hiperbola
peribahasa
personifikasi
Adnan bersungguh-sungguh menjalani latihan di kem tentera di Port Dickson. Apakah pengajaran yang sesuai dengan situasi ini.
Kita haruslah nekad apabila membuat keputusan.
Kita haruslah bersungguh-sungguh untuk bersaing.
Kita haruslah bersungguh-sungguh apabila melakukan sesuatu untuk mendapatkan kejayaan.
Kita haruslah bersungguh-sungguh untuk berjaya tanpa menghiraukan perasaan orang lain.
Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan. Buktinya ialah moyangnya ...
pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning.
berketurunan Hang Tuah yang menyebabkan Adnan selalu bermimpi menjadi Hang Tuah.
sanggup berkorban demi menentang Inggeris di negeri Perak.
Pak Saidi berketurunan pahlawan iaitu keturunan ...
Datuk Siantan Ali
Datuk Pahlawan Naning
Datuk Siamang Gagap
Datuk Wira Maharaja Lela
Apakah perjanjian Pak Saidi kepada Adnan setelah dia selesai berkhatan?
Pak Saidi membelikan Adnan basikal baharu.
Pak Saidi membawa Adnan ke bandar.
Adnan tidak perlu menolong Pak Saidi di dusun selama dua bulan.
Pada klimaks cerita, Leftenan Adnan dibunuh dengan kejam oleh Jeneral Yamashita kerana ...........
membalas dendam
mungkir janji
dengki dan iri hati
membalas budi
Pengajaran yang SALAH dalam novel Leftenan Adnan ialah:
Kita perlulah memiliki semangat cinta akan tanah air akan negara yang tinggi
Kita perlulah berani mempertahankan negara daripada ancaman musuh
Kita hendaklah memiliki wawasan dan berpandangan jauh
Kita mestilah selalu mengingati ibu bapa yang sakit dan telah uzur
Mengapakah Sophia meninggal dunia pada akhir cerita?
Akibat penyakit jantung
Akibat demam denggi
Akibat penyakit leukemia
Akibat penyakit darah tinggi
Bak kata pepatah orang Melayu, "Sepandai-pandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh ke Tanah Jua"
Apakah jenis gaya bahasa bagi contoh di atas?
SINKOPE
METAFORA
PERIBAHASA
HIPERBOLA
Apakah yang dimaksudkan dengan "METAFORA" ?
Bahasa perbandingan abstrak-konkrit
Perbandingan sifat manusia
Perbandingan yang berlebihan
Perbandingan yang menggunakan kata perbandingan
"Pujukan orang tuanya tidak dapat memujuk kesedihan yang bertandang". - Halaman 173
Apakah jenis gaya bahasa tersebut?
Metafora: Perbandingan abstrak-konkrit
Hiperbola: Perbandingan secara berlebihan sehingga mustahil untuk terjadi.
Simile: Perbandingan menggunakan kata banding misalnya seperti, bagai, seumpama, bak dan lain-lain.
Personafikasi: Perbandingan memberikan sifat manusia.
Apakah kelebihan menggunakan gaya bahasa dalam sesebuah penghasilan karya, kecuali?
Menggalakkan pembaca membaca dengan penuh emosi.
Menambah kreativiti dan faktor menarik dalam karya yang dihasilkan.
Menggelakkan kebosanan kerana tiada unsur-unsur sastera yang menarik.
Menyebabkan kebosanan kepada pembaca
Apakah bukti Adnan merupakan seorang yang penyayang?
Adnan banyak membantu ayahnya menoreh getah, bersawah padi dan memungut buah durian di dusun kerana mengasihi ayahnya.
Adnan bercita-cita untuk menjadi seorang tentera kerana sayangnya kepada negara. Untuk mencapai cita-citanya, Adnan menolak jawatan guru pelatih dan memohon jawatan askar.
Adnan membawa anak-anak dan isterinyaberpindah ke Singapura. Namun, beliau terpaksa menghantar isteri dan anak-anaknya pulang ke kampung demi keselamatan mereka apabila terdengar ura-ura Jepun akan menyerang Tanah Melayu dan Singapura.
Pak Saidi menghantar anak-anaknya ke sekolah Inggeris dengan menaiki basikal pada setiap pagi sebelum ke kebun.
Yang manakah antara persoalan berikut menunjukkan persoalan kasih sayang?
Persoalan tentang rakyat yang mencintai negara. Adnan sanggup berjuang demi mempertahankan negara walaupun kehabisan peluru.
persoalan tentang kasih sayang bapa terhadap anak-anaknya. Sebagai contohnya, Pak Saidi yang menyayangi Adnan, Ahmad dan Amarullah telah mengajar mereka ilmu persilatan dan ilmu agama selain menghantar mereka ke sekolah Inggeris agar mereka mendapat pelbagai ilmu pengetahuan.
Persoalan tentang pengorbanan menempuh kehidupan. Buktinya, Pak Saidi dan Mak Milah merelakan Adnan menjadi askar sebagai menghormati cita-cita Adnan sejak kecil walaupun terlalu menyayanginya.
Persoalan tentang pandangan jauh seorang ketua keluarga. Sebagai contohnya, Pak Saidi berpandangan bahawa pelajaran di sekolah Melayu hanya setakat sekolah rendah sahaja. Sekiranya di sekolah Inggeris, mereka berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan menjawat jawatan yang tinggi.
Siapakah watak sampingan dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib?
Sophia
Budin
Leftenan Adnan
Izzati
Nordin
Berdasarkan novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, yang manakah menunjukkan peristiwa keberanian?
Masyarakat yang berani mempertahankan negara. Sebagai contohnya, Leftenan Adnan dan askar Melayu telah berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir demi mempertahankan negara.
mayarakat yang berani bekerjasama menyembunyikan rahsia. sebagai contohnya, Penduduk kampung bekerjasama untuk menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan. Namun, pihak Jepun telah menangkap Pak Saidi dan mengheretnya ke atas lori untuk di bawa ke Melaka.
Masyarakat yang berani menyahut cabaran. Buktinya, Adnan berani menyertai pertandingan syarahan bahasa Inggeris. Adnan berlatih bersunguh-sungguh supaya fasih dalam bahasa Inggeris. Adnan sentiasa berlatih di hadapan keluarganya supaya berasa yakin dan mendapat keberanian menghadapi hari pertandingan tersebut.
Masyarakat yang berani mempertahankan pendirian. Buktinya, Pak Saidi tetap menghantar anak-anaknya ke sekolah Inggeris walaupun ditentang oleh orang kampung.
Apakah peristiwa bagi teknik saspens yang digunakan oleh penulis dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa?
peristiwa Samad yang ditangkap oleh penduduk kampung kerana mencuri. Pada mulanya, tiada seorang pun yang tahu indentiti lembaga yang memecah masuk ke dalam rumah orang-orang kampung yang telah dikosongkan demi keselamatan mereka. Namun, setelah hendapan dibuat, mereka berjaya menangkap lembaga tersebut yang memakai penutup di mukanya. Setelah penutup muka dibuka, penduduk kampung sangat terkejut kerana pencuri itu ialah Samad yang sebelum ini dipercayai oleh orang kampung.
Pak Saidi terkenang kembali peristiwa basikalnya yang dirosakkan oleh orang yang mencerobohi kawasan rumahnya. Beliau juga teringat akan kata-kata Adnan bahawa dia sempat membaling kayu belati dan terkena pada salah seorang daripada dua lembaga yang mencerobohi kawasan rumahnya.
Jeneral A.E Percival yang masih yakin bahawa kekuatan tentera British sebanyak 85 000 orang masih mampu menyekat kemaraan tentera Jepun yang hanya berjumlah 30 000 orang.
Sebagai contohnya, peristiwa kedatangan seorang askar Jepun yang memakai turban mendapat pangkat Leftenan. Askar Jepun itu telah menyamarkan diri sebagai tentera Sikh. Akhirnya, Adnan sedar akan penyamaran itu dengan mengamati cara mereka melakukan formasi serta senjata mereka mempunyai bayonet. Tentera Jepun itu akhirnya telah mati ditembak oleh Adnan dan pasukannya.
Yang manakah peristiwa bagi binaan plot klimaks dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa?
Kebanyakan penduduk kampung melakukan aktiviti bercucuk tanam, bersawah padi, menorah getah, dan menternak. Kemiskinan penduduk kampung telah memberikan kesedaran kepada ayah Adnan iaitu Pak Saidi untuk mengubah nasib bangsanya. Mereka tidak harus kekal menjadi petani yang miskin. Pak Saidi berpendapat bahawa anak-anak perlu diberi pelajaran yang sempurna agar mereka lebih berpendidikan dan akhirnya mampu membawa perubahan kepada keluarga, bangsa dan negara. Pak Saidi juga turut membekalkan anak ilmu silat sebagai pertahanan diri dan mengajar anak-anaknya ilmu agama dengan mengaji al-Quran pada waktu malam. Malah, Pak Saidi sentiasa menasihati anak-anaknya tidak kira masa dan membawa mereka bersembahyang berjemaah di surau di kampung mereka.
Zaman pemerintahan Jepun merupakan zaman yang penuh penyiksaan bagi seluruh penduduk Tanah Melayu tidak kira bangsa. Perlakuan kejam berlaku di mana-mana dan penduduk tiada kebebasan. Pada masa inilah Sophia telah melahirkan bayi ketiganya iaitu Fatimah. Namun, satu-satunya nak perempuan Leftenan Adnan itu tidak dapat hidup lama kerana diserang demam panas. Sophia membesarkan anak-anaknya dengan kepayahan hidup pada zaman pemerintahan Jepun. Beliau melakukan kerja-kerja bercucuk tanam dan bersawah padi sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Melayu Sungai Ramal apabila sekolah itu dibuka setelah British mengambil alih Tanah Melayu dengan kekalahan Jepun. Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki
Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera Jepun. Askar Melayu terus berjuang dan tidak berputus asa. Ketika itu peluru hampir habis dan banyak askar Melayu mati sedangkan tentera Jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu. Semua askar Melayu terkorban dan Leftenan Adnan turut tercedera. Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu mengheretnya. Tentera Jepun kemudiannya telah mengikat dan mneyerkup dengan guni Leftenan Adnan yang cedera parah itu. Leftenan Adnan digantung pada dahan pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur.
Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya Perang Dunia Kedua. Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir Panjang dan Bukit Candu bagi menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu sudahpun berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu. Pasir Panjang dan Bukit Candu merupakan laluan ke Alexandria yang merupakan depot penyimpanan senjata dan ubat-ubatan. Di Pasir Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun sehingga memaksa tentera Jepun berundur. Namun begitu kedatangan semula pasukan tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang bermati-matian sehingga kehabisan peluru.
I. Nilai keberanian - Contohnya Leftenan Adnan mempunyai sifat keberanian yang luar biasa
II. Nilai Cinta akan Negara - Leftenan Adnan sanggup melepaskan jawatan guru demi menjadi askar dan bertujuan mempertahankan negara
III. Nilai Ketabahan - Adnan rajin membantu ibu bapanya menoreh getah, bersawah dan menjaga kebun durian.
IV. Nilai Rasional - Sophia bersikap rasional apabila taat mengikuti suaminya yang mahukan dia dan anak-anak pulang ke kampung.
apakah yang telah terjadi kepada kapal Perang British yang dalam perjalanan ke Kelantan?
telah ditawan
telah ditumpaskan
diambil alih
berhenti
Apakah maksud serangan Kamikaze oleh tentera Jepun?
Pasukan tenteranya yang akan berjalan kaki
Pasukan tenteranya yang berani mati
Pasukan tenteranya yang boleh dipercayai
Pasukan tenteranya yang bijak mengatur strategi
Mengapakah Mak Milah menangis?
kerana telah ditinggalkan oleh anak-anaknya
kerana anaknya Ahmad telah terkorban
kerana anaknya Adnan telah terkorban
kerana mengingatkan anak-anaknya
Apakah reaksi Sophia apabila melihat keadaan Mak Milah?
dia turut menangisi keadaan tersebut
dia berasa risau akan keadaan suaminya Adnan
dia terduduk tersungkur
dia tidak mampu menahan air matanya
Mengapakah Sir Robert Brooke telah dilucutkan jawatan?
kerana tentera Jepun telah berjaya menawan Tanah Melayu
kerana tentera Jepun telah menyerang kubu mereka
kerana tentera Jepun telah mempamerkan kehebatan mereka
kerana tentera Jepun mempunyai senjata moden
Sebelum British meninggalkan Tanah Melayu, apakah yang telah dilakukan oleh British di Johor?
menghantar kereta kebal ke Johor
menghanta kapal perang ke Johor
meletupkan Tambak Johor
Apakah motif British meletupkan Tambak Johor?
untuk menyekat kemaraan Jepun ke Singapura
untuk membunuh Tentera Jepun di Johor
untuk memberi Jepun kelebihan dari segi bentuk muka bumi
Apakah rundingan yang dilakukan oleh tentera Jepun dengan Leftenan Adnan?
menyerah kalah atau mati
menyerahkan Singapura dan kembali ke Tanah Melayu
mengembalikan Singapura kepada Jepun
Apakah yang telah terjadi kepada Samad dan dua lagi rakannya yang menjadi tali barut tentera Jepun?
mereka telah ditangkap oleh tentera British
mereka telah ditembak mati
mereka telah dihantar ke tentera Jepun
mereka telah dikepung oleh orang kampung
Apakah yang dilakukan oleh tentera Jepun untuk mengelirukan tentera Melayu semasa di Bukit Candu?
menghantar pengintip sebagai tentera Sikh
menghantar kereta kebal
menghantar kelengkapan perang
Mengapakah tentera jepun menyerang pasukan Rejimen Askar Melayu tanpa henti?
kerana menyasarkan pasukan Rejimen Askar Melayu terbunuh
kerana menyasarkan pasukan Rejimen Askar Melayu kehabisan peluru
kerana menyasarkan pasukan Rejimen Askar Melayu menjadi tertekan
kerana mengharapkan pasukan Rejimen Askar Melayu melarikan diri
Mengapakah cadangan untuk meminta bantuan tentera British terbantut?
kerana British telah mengibarkan bendera putih
kerana kebanyakan kawasan British telah ditumpaskan
kerana Jepun lebih berkuasa dan gagah
kerana Jepun mengambil alih kawasan pendaratan tentera
Mengapakah orang kampung menyayangi Pak Saidi?
Pak Saidi mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi tanah perkuburan dan menyedekahkan buah-buahan kepada penduduk kampung.
Pak Saidi membenarkan penduduk kampung menanam buah-buahan di tanahnya tanpa meminta sewa.
Pak Saidi mendermakan semua hartanya untuk pembangunan pendidikan di kampungnya dan mengajar anak-anak kampung bersilat.
Pak Saidi mewakafkan sebahagian daripada kebunnya menjadi hak milik oarang kampung
Pilih dua peristiwa yang menunjukkan Pak Saidi ingin melihat anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran.
Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah dan menjemputnya balik dari sekolah.
Pak Saidi meminta guru-guru sekolah Inggeris memberikan kelas tambahan kepada anaknya.
Pak Saidi menuruti syarat memakai baju dan seluar baharu ke sekolah Inggeris.
Pak Saidi membeli buku-buku rujukan tambahan kepada anak-anaknya.
Mengapakah akhirnya Tuk Ketua, Lebai Pian bersetuju dengan pendapat Pak Saidi menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris?
Anak-anaknya akan mengaji Quran bersama dengan Tuk Ketua setiap malam.
Pak Saidi akan melaporkan perkembangan anak-anaknya kepada Tuk Ketua setiap bulan.
Guru Melayu yang mengajar di sekolah Inggeris akan memantau anak-anaknya.
Adnan akan belajar pada waktu pagi sahaja.
"Pak Deraman dan anak-anak buahnya berusaha untuk mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu untuk dikebumikan " Apakah latar masyarakat yang sesuai dengan pernyataan di atas?
Masyarakat yang bertanggungjawab
Masyarakat yang adil
Masyarakat yang patuh
Masyarakat yang prihatin
Mengapakah ibu Adnan tidak bersetuju pada awalnya untuk membenarkan Adnan belajar di sekolah Inggeris?
Adnan perlu berlatih silat pada waktu pagi
Adnan akan belajar pelbagai ilmu berbanding sekolah agama atau sekolah Melayu
bimbang pandangan orang kampung yang negatif
penentangan zaman sekarang bukan lagi menggunakan senjata
Kompeni C di bawah pimpinan Leftenan Adnan memberi tentangan hebat terhadap tentera Jepun sehingga tentera Jepun terpaksa berundur. Di manakah peristiwa ini berlaku?
Pasir Putih
Pasir Panjang
Bukit Candu
Bukit Cina
Pak Saidi dan Mak Milah sangat menitikberatkan penguasaan ilmu agama dalam kehidupan keluarga mereka. Buktinya, mereka mengajar anak-anak mereka mengaji al-Quran dan solat yang sempurna. Apakah persoalan yang boleh dikaitkan dengan huraian tersebut?
Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan dalarn kehidupan
Persoalan kepentingan ilmu agama dalam kehidupan
Persoalan kasih sayang sesama ahli keluarga
Persoalan amanah dalam menggalas tanggungjawab memberi pendidikan
