Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENILAIAN SUMATIF BM TAHUN 5 2021

Total questions: 30

Worksheet time: 44mins

Name
Class
Date
1.

“Mengapakah ______________ tidak lalu bersantap sejak beberapa hari ini?” sembah Mak Inang kepada Puteri Cempaka Sari.

a)

anda

b)

tuanku

c)

baginda

d)

awak

2.

Mak Tijah dan Mak Cun telah_____________ semula setelah sekian lama bermasam muka akibat perselisihan faham antara mereka.

a)

beramah

b)

bermesra

c)

berkawan

d)

berbaik

3.

Syazwan berasa________________ apabila melalui

kawasan pokok yang berjuntai-juntai di tepi jalan yang gelap dan sunyi itu.

a)

sayu

b)

haru

c)

gerun

d)

lemah

4.

“Kita _____________ sampai dahulu daripada mereka jika____________ memenangi pertandingan ini,” kata Razif kepada Hadi dan Jalil.

a)

akan ... belum

b)

telah.... dapat

c)

mesti... hendak

d)

mahu ... sudah

5.

Puan Fatimah menghadiahkan ______________ anting-anting dan _________________ kalung mutiara kepada anak perempuannya.

a)

sebuah ... seurat

b)

sebentuk ... seutas

c)

sepasang ... seutas

d)

sepasang ... seuntai

6.

Ramli ________________ sebidang tikar dan ____________ sebungkus pakaian untuk menyelamatkan diri setelah rumahnya dilanda banjir.

a)

Membawa ... mengalas

b)

Membimbit ... mengangkat

c)

mengelek ... menjunjung

d)

mengandar ... menjulang

7.

Puan Hanita sedang___________________rambut anak kecilnya yang sedang menangis.

a)

mengelus-elus

b)

menyapu-nyapu

c)

mengurut-urut

d)

menyelak-nyelak

8.

Syarikat telekomunikasi itu menawarkan potongan harga bagi _____________ yang dijual sepanjang bulan Februari.

a)

kad kredit

b)

kad penanda

c)

kad pengenalan

d)

kad prabayar

9.

Pilih peribahasa yg sesuai dgn penyataan:


Penduduk di taman perumahan itu melakukan hal masing-masing tanpa mempedulikan

keadaan jiran tetangga.

a)

Bagai melepaskan anjing tersepit

b)

Bagai tidur di atas miang

c)

Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

d)

Bagai melepaskan batok di tangga

10.

Pilih ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul.


I Mak Leha menongkah kain batiknya dengan

sehelai kain yang berwarna putih.

II Kami terpaksa menongkah arus untuk menuju

ke Taman Negara Endau-Rompin

III Encik Sahrom menongkah dengan keluarganya untuk membawa mereka bercuti di Pulau Perhentian.

iV Pak Sudin menongkah kawasan yang becak di halaman rumah untuk memudahkan tetamu yang bertandang ke rumahnya.

a)

I dan II

b)

I,II dan IV

c)

I, II dan III

d)

I, III dan IV

11.

Najmi ________________ apabila mendengar berita

tentang kemalangan yang menimpa keluarganya.

a)

sedih agak

b)

paling sedih

c)

sedih sungguh

d)

paling sedih sekali

12.

“Cis, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan!” jerit Datuk Maharajalela dengan lantangnya.


Pilih perkataan yang seerti dengan perkataan yang diwarnakan.

a)

raung

b)

seru

c)

teriak

d)

panggil

13.

Keris yang hulunya____________ suasa ditempah khas dari Kelantan.

a)

disadurkan

b)

bersadur

c)

menyadur

d)

saduran

14.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


“Ayah, Majlis Motivasi Ibu Bapa akan diadakan di sekolah saya pada hari Sabtu ini,” kata Farid kepada ayahnya.

a)

Farid ingin tahu daripada ayahnya tentang Majlis Motivasi Ibu Bapa yang akan diadakan pada hari Sabtu.

b)

Farid memberitahu ayahnya tentang Majlis Motivasi Ibu Bapa yang akan diadakan pada hari Sabtu.

c)

Farid memberitahu ayahnya tentang Majlis Motivasi Ibu Bapa yang telah diadakan pada hari Sabtu.

d)

Farid meminta ayahnya menghadiri Majlis Ibu Bapa yang akan diadakan di sekolah pada hari Sabtu.

15.

Pilih ayat tanya yang sesuai dengan ayat di bawah.


Ayah menasihati abang supaya memandu kereta

dengan berhati-hati.

a)

Apakah nasihat ayah kepada abang?

b)

Mengapakah ayah menasihati abang?

c)

Bagaimanakah reaksi abang terhadap nasihat ayah?

d)

Siapakah yang memandu kereta dengan berhati-hati?

16.

Pilih ayat yang betul.

I Maruah diri hendaklah dijaga tidak kira di mana jua kita berada.

II Kakak menempa sepasang baju kebaya untuk dipakai di majlis hari jadinya.

III Orang tua itu mengopek buah kelapa dengan menggunakan sebatang parang.

IV Bekas tapak rumah setinggan itu akan dibina pangsapuri 30 tingkat.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Lori pasir yang ________ di hadapan rumahnya itu menyebabkan debu-debu jalan berterbangan.

a)

lalu-lalang

b)

mundar-mandir

c)

pontang-panting

d)

lintang-pukang

18.

Kenal pasti kata majmuk kiasan yang terdapat dalam ayat di bawah.


Kejayaan Program Jejak Cemerlang menjadi penanda aras bagi program-program lain yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

(a)  

19.

Kenal pasti kata majmuk kiasan yang terdapat dalam ayat di bawah.


Zulhairi tidak sabar menanti kehadiran cahaya mata pertamanya hasil perkongsian hidupnya dengan Azwani.

(a)  

20.

Keropok yang digoreng oleh Lili semalam telah menjadi ____ kerana tidak disimpan di dalam bekas kedap udara.

a)

keras

b)

lembik

c)

lemau

d)

rangup

21.

"_________ bapa Permodenan Malaysia?" tanya cikgu Durran kepada murid-murid tahun 5 Bestari.

a)

Apakah

b)

Siapakah

c)

Bilakah

d)

Berapakah

22.

Cikgu Syarifah ___________ Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsan Seri Masai, dengan sokongan para ahli.

a)

menjalankan

b)

menggerakkan

c)

mempopularkan

d)

menyatupadukan

23.

Pihak polis sedang mempergiat usaha memburu penjenayah yang masih __________________ di dalam negara.

a)

bertitisan

b)

bertaburan

c)

bersembunyi

d)

bertempiaran

24.

Program Budi Kasih yang dijalankan pada bulan lepas itu _______ berjaya menarik ramai dermawan membantu keluarga fakir miskin di bandar Sibu.

a)

telah

b)

harus

c)

mesti

d)

akan

25.

Pokok kelapa di belakang rumah itu telah tumbang dan ____________bumbung rumah Pak Cik Malik.

a)

dikenai

b)

terkena

c)

mengena

d)

mengenai

26.

Tiang lampu isyarat yang baru dipasang itu _________________ kerana dilanggar oleh kereta yang terbabas pagi tadi.

a)

senget

b)

serong

c)

bengkok

d)

condong

27.

Guru Besar memulakan ucapannya dengan se_____________ pantun nasihat.

a)

rangkap

b)

potong

c)

patah

d)

baris

28.

Encik Fariz dan anaknya membawa ______________ buntil yang berisi dokumen penting semasa mengharungi banjir untuk berpindah.

a)

sehelai

b)

sebuah

c)

segulung

d)

senaskah

29.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Pasukan Pidato itu bekerja keras untuk menjuarai pertandingan tersebut.

II Kepalanya cedera kerana hentakan objek yang keras.

III Air Sungai Plentong mengalir dengan keras akibat hujan lebat semalam.

IV Murid-murid kesejukan kerana kipas di dalam makmal Komputer itu berputar keras.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

30.

Mak Limah selalu mengingatkan dan menasihati anak-anaknya supaya _______________________________ agar tidak ditimpa kesusahan di kemudian hari.

a)

ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu.

b)

hati hendak semua jadi

c)

lepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya

d)

ingat sebelum kena, jimat sebelum habis