wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

B4F4 KSSM

Total questions: 109

Worksheet time: 55mins

Name
Class
Date
1.

Pada 1 Disember 1945, British Military Administration (BMA) telah mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu. Apakah tujuan BMA mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu?

a)

Menguasai ekonomi

b)

Memulihkan keamanan

c)

Menentang Jepun

d)

Menyokong Malayan Union

2.

Apakah DUA tindakan awal yang dilakukan oleh MBA dalam usaha mengembalikan kestabilan dan keamanan di Tanah Melayu?

a)

mengarahkan supaya senjata dikembalikan

b)

memulihkan sosioekonomi

c)

memburu tali barut tentera Jepun

d)

membubarkan pasukan MPAJA

3.

Pilih DUA bukti yang menunjukkan rakyat Tanah Melayu mengalami kesukaran hidup di bawah pemerintahan Jepun.

a)

Bekalan ubat-ubatan sukar didapati

b)

Masalah kebuluran

c)

Dipaksa menjadi tentera

d)

Kegiatan kongsi gelap

4.

Berikan DUA sebab BMA gagal memulihkan sosioekonomi di Tanah Melayu?

a)

Perang gerila oleh MPAJA

b)

Penentangan oleh masyarakat tempatan

c)

Kesukaran membawa masuk jentera dan teknologi

d)

Kerosakan infrastruktur akibat bencana peperangan

5.

Berikut merupakan sebab Malayan Union diperkenalkan bagi menggantikan BMA KECUALI

a)

Melicinkan sistem pentadbiran

b)

Meningkatkan pelaburan ekonomi

c)

Mengadakan perkongsian kuasa dalam pentadbiran

d)

Mengekalkan orang asing sebagai sumber tenaga kerja

6.

Berikut merupakan latar belakang pembentukan Malayan Union. Pilih susunan yang paling tepat.

A - Pembentangan di Parlimen British

B - Kertas Putih 6274 disiarkan dalam Warta Kerajaan

C - Unit Perancang Tanah Melayu dibentuk

D - Memorandum dihantar kepada British

a)

A => C => D => B

b)

D => A => B => C

c)

C => A => D => B

d)

B => C => D => A

7.

Berikut merupakan perkara yang dibentangkan dalam Kertas Putih 6274 KECUALI

a)

Konsep kesatuan

b)

Syarat kewarganegaraan

c)

Hak istimewa orang Melayu

d)

Kedudukan Raja-Raja Melayu

8.

Siapakah antara TIGA yang berikut diberikan taraf kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli?

a)

Seluruh rakyat yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura

b)

Berumur 18 tahun dan ke atas serta bermastautin selama 10 hingga 15 tahun

c)

Berumur kurang daripada 18 tahun, ibu bapanya merupakan warganegara

d)

Berumur kurang daripada 18 tahun, ibu bapanya merupakan penduduk tetap

9.

Siapakah antara berikut yang ditugaskan oleh British untuk mendapatkan tandatangan sultan?

a)

H.C. Willan

b)

George Henry Hall

c)

Sir Harold MacMichael

d)

Mejar Jeneral Ralph Hone

10.

Siapakah antara berikut yang ditugaskan oleh British untuk meninjau sokongan Raja-Raja Melayu terhadap British?

a)

H.C. Willan

b)

George Henry Hall

c)

Sir Harold MacMichael

d)

Mejar Jeneral Ralph Hone

11.

Siapakah antara berikut yang ditugaskan untuk menjadi jurubahasa di pihak British?

a)

H.C. Willan

b)

A.T. Newboult

c)

Sir Harold MacMichael

d)

Mejar Jeneral Ralph Hone

12.

Siapakah antara berikut yang ditugaskan oleh British untuk membentangkan rancangan Malayan Union di Parlimen British?

a)

H.C. Willan

b)

George Henry Hall

c)

Sir Harold MacMichael

d)

Mejar Jeneral Ralph Hone

13.

Siapakah antara berikut yang dilantik mengetuai Unit Perancang Tanah Melayu?

a)

H.C. Willan

b)

Sir Edward Gent

c)

Richard Winstedt

d)

Mejar Jeneral Ralph Hone

14.

Antara Raja-Raja Melayu berikut, siapakah yang terpaksa menurunkan tandatangan setelah diugut tidak mengiktiraf Raja-raja Melayu yang enggan turunkan tandatangan?

a)

Sultan Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV (Kelantan)

b)

Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Kedah)

c)

Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin (Terengganu)

d)

Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (Johor)

15.

Antara Raja-Raja Melayu berikut, siapakah yang enggan menandatangani dokumen Malayan Union kerana bertentangan dengan Undang-undang Tubuh negeri?

a)

Sultan Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV (Kelantan)

b)

Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Kedah)

c)

Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin (Terengganu)

d)

Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (Johor)

16.

Antara berikut merupakan cara penentangan Raja-Raja Melayu terhadap Malayan Union KECUALI

a)

Menghantar surat bantahan ke London

b)

Menyertai demonstrasi dan bantahan secara terbuka

c)

Membawa kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England

d)

Memulaukan upacara pelantikan Gabenor Malayan Union

17.

Mengapakah Raja-Raja Melayu membawa kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England?

a)

Menentang prinsip jus soli

b)

Raja-Raja Melayu tidak diberikan kuasa pentadbiran

c)

Tidak puas hati dengan konsep pengasingan kuasa

d)

Cara MacMichael tidak sah dari segi perundangan British

18.

Siapakah yang mengetuai barisan hadapan perarakan dalam perhimpunan besar-besaran di Padang Bandar Diraja Kuala Kangsar?

a)

Tuanku Permaisuri Raja Perempuan Kelsom

b)

Dato' Onn Jaafar

c)

Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid

d)

Dato' Nik Ahmed Kamil

19.

Bagaimanakah akhbar berikut memainkan peranan dalam penentangan terhadap Malayan Union?

# Utusan Melayu

# Majlis

a)

Menjadikan akhbar sebagai alat propaganda

b)

Menyeru orang Melayu berhimpun

c)

Menyumbang bantuan kewangan

d)

Mengadakan mogok

20.

Kongres Melayu telah diadakan pada 1 Mac 1946 di Bangunan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apakah kesan Kongres Melayu tersebut?

a)

Pilihan raya pertama

b)

Penubuhan UMNO

c)

Pengenalan Persekutuan Tanah Melayu

d)

Pembubaran Pentadbiran Tentera British

21.

"Jika apa sekalipun terjadi, kami kaum wanita akan turut menggembleng tenaga bersama-sama kaum lelaki bagi mendapat kembali hak-hak kami."

Siapakah yang mengungkapkan kata-kata di atas?

a)

Halimahton Abd Majid

b)

Cikgu Zaharah Abdullah

c)

Saleha Mohd Ali

d)

Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid

22.

Antara berikut, manakah DUA pihak yang menganjurkan perarakan menentang Malayan Union di Alor Setar.

a)

SABERKAS

b)

Persatuan Melayu Johor

c)

Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu

d)

Kesatuan Ulama Kedah

23.

Antara berikut merupakan bekas pegawai British yang turut mengkritik keseluruhan rancangan Malayan Union KECUALI

a)

Frank Swettenham

b)

Edward Gent

c)

Cecil Clementi Smith

d)

George Maxwell

24.

UMNO telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Di manakah UMNO ditubuhkan?

a)

Istana Besar Johor

b)

King's House

c)

Bangunan Kelab Sultan Sulaiman

d)

Bangunan Sultan Abdul Samad

25.

Berikut merupakan lokasi UMNO menganjurkan bantahan secara besar-besaran terhadap Malayan Union KECUALI

a)

Padang Francis Light School, Pulau Pinang

b)

Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur

c)

Padang dan perkarangan Istana Alam Shah, Selangor

d)

Padang Bandar Diraja Kuala Kangsar

26.

Orang Melayu menganggap hari lahirnya Malayan Union sebagai "Hari Kematian". Bagaimanakah orang Melayu bertindak sebagai tanda berkabung?

a)

Memakai pakaian berwarna hitam

b)

Memakai lilitan kain putih di songkok

c)

Memakai kain hitam di lengan

d)

Memakai pakaian berwarna putih

27.

Antara berikut, yang manakah DUA bidang tugas Ahli Majlis Raja-Raja?

a)

Membincangkan bidang tugas Gabenor British

b)

Membincangkan syarat kerakyatan

c)

Membincangkan adat-istiadat Melayu

d)

Membincangkan soal agama Islam

28.

Malayan Union merupakan satu unit pentadbiran yang menyatukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta Negeri-Negeri Selat KECUALI

a)
b)
c)
d)
29.

Apakah maksud jus soli?

a)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan tempat dilahirkan

b)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan negara asal

c)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan bangsa

d)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan keturunan

30.

"Hari lahirnya Malayan Union itu adalah hari-hari yang sehabis-habis sedih bagi orang Melayu. Oleh itu orang-orang Melayu haruslah berkabung menandakan kesedihannya dan perbuatan berkabung itu mengandungi perasaan yang dalam maknanya bagi orang Melayu itu sendiri..."

Kata-kata ini dipetik daripada akhbar ________

a)

Utusan Melayu

b)

Warta Negara

c)

Warta Malaya

d)

Majlis

31.

Mengapakah Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British pada 1 Julai 1946? Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Tiada pengganti yang layak

b)

Kekalahan dalam pilihan raya

c)

Penjajahan British

d)

Masalah kewangan untuk memulihkan Sarawak

32.

Apakah peranan Gammans dalam proses penyerahan Sarawak kepada British?

a)

Menandatangani surat perjanjian

b)

Mendapatkan persetujuan daripada ketua tempatan

c)

Mendapatkan kelulusan Majlis Negeri

d)

Membuat tinjauan terhadap reaksi penyerahan Sarawak

33.

Apakah kaitan Rees Williams dengan proses penyerahan Sarawak kepada British?

a)

Setiausaha Tanah Jajahan

b)

Setiausaha peribadi Charles Vyner Brooke

c)

Ahli Parlimen British

d)

Gabenor British di Sarawak

34.

Pilih TIGA hasil tinjauan yang dilakukan oleh Gammans dan Rees Williams.

a)

Sebahagian besar peribumi menentang penyerahan Sarawak

b)

Orang Cina menyokong penyerahan Sarawak

c)

Pemimpin tempatan memberikan persetujuan bersyarat

d)

Terdapat penduduk yang tidak memahami maksud penyerahan Sarawak

35.

Berikut merupakan faktor penentangan penduduk tempatan terhadap penyerahan Sarawak kepada British KECUALI

a)

Tindakan Vyner Brooke bertentangan dengan Perlembagaan 1941

b)

Vyner Brooke mengetepikan surat wasiat Charles Brooke

c)

Gerard T. MacBryan menggunakan muslihat

d)

Majlis Negeri memberikan kelulusan tanpa mengambil kira pandangan rakyat

36.

Apakah yang dinyatakan dalam Prinsip Kelapan Perlembagaan 1941?

a)

Pemerintahan sendiri akan diberikan kepada rakyat Sarawak

b)

Kerajaan British mesti mendapatkan kelulusan Majlis Negeri dan persetujuan rakyat Sarawak

c)

Majlis Negeri berkuasa mengeluarkan Undang-Undang Penyerahan

d)

Taraf Sarawak sebagai negeri naungan British dimansuhkan

37.

Antara berikut merupakan cara yang digunakan oleh Gerard T. MacBryan dalam mendapatkan persetujuan daripada ketua tempatan KECUALI

a)

tipu helah

b)

pujukan

c)

desakan

d)

sogokan

38.

Siapakah yang menganjurkan persidangan yang dihadiri oleh perwakilan dari seluruh Sarawak?

a)

Datu Patinggi Abang Haji Abdillah

b)

Johari Anang

c)

Morshidi Sidek

d)

Rosli Dhoby

39.

Siapakah yang mengetuai demonstrasi ketika kedatangan Charles Arden Clarke di Astana?

a)

Datu Patinggi Abang Haji Abdillah

b)

Datu Bandar Abang Haji Mustapha

c)

Datu Amar Abang Haji Sulaiman

d)

Datu Patinggi Abdul Gapur

40.

Siapakah yang bertindak menikam Duncan Stewart dalam peristiwa "Sungkit Berdarah"?

a)

Bujang Suntong

b)

Morshidi Sidek

c)

Awang Rambli

d)

Rosli Dhoby

41.

Antara berikut merupakan pemimpin Kumpulan Rukun 13 KECUALI

a)

Awang Rambli

b)

Morshidi Sidek

c)

Sharkawi Osman

d)

Bujang Suntong

42.

Antara berikut merupakan kata-kata yang tertulis pada sepanduk dan poster antipenyerahan yang ditampal di pokok, perahu dan jeti KECUALI

a)

"Leburkan kolonial"

b)

"Sarawak adalah hak kami"

c)

"Kerajaan British Menipu Rakyat"

d)

"No Cession"

43.

Pilih DUA reaksi rakyat Sarawak apabila British mengeluarkan Pekeliling No. 9/1946 pada bulan Disember 1946.

a)

409 orang kakitangan kerajaan meletakkan jawatan

b)

56 orang pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak menamatkan pengajian

c)

16 persatuan Melayu menyertai perarakan di Kuching

d)

Rukun 13 ditubuhkan secara sulit di Sibu

44.

Apakah tindakan yang dilakukan oleh Cikgu Lily Eberwein sebagai reaksi terhadap bantahan penyerahan Sarawak?

a)

Mengadakan kempen kesedaran di rumah panjang

b)

Mengetuai kaum wanita dalam gerakan antipenyerahan

c)

Menyampaikan kritikan yang tajam dalam Utusan Sarawak

d)

Menghantar referendum memansuhkan penyerahan Sarawak

45.

Bagaimanakah Utusan Sarawak memainkan peranan dalam gerakan antipenyerahan?

a)

Menyeru kakitangan kerajaan meletakkan jawatan beramai-ramai

b)

Menghantar referendum memansuhkan penyerahan Sarawak

c)

Menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri British

d)

Sebagai saluran untuk menyebarkan penentangan rakyat

46.

"Sungkit Berdarah" merujuk kepada peristiwa

a)

pemimpin Rukun 13 dihukum gantung hingga mati

b)

Duncan Sterwart ditikam oleh Rosli Dhoby

c)

tunjuk perasaan di Kuching

d)

demonstrasi di Sibu

47.

Rosli Dhoby telah ditangkap kerana membunuh Sir Duncan Stewart, Gabenor kedua di Sarawak. Berikut merupakan kesan pembunuhan tersebut KECUALI

a)

Pemimpin Rukun 13 dihukum gantung hingga mati

b)

Anggota Rukun 13 yang lain dihukum penjara

c)

Gerakan antipenyerahan Sarawak gagal

d)

Tunjuk perasaan di Kuching

48.

Terdapat juga penduduk yang menyokong penyerahan Sarawak kepada British. Pilih TIGA sebab mereka memberikan sokongan.

a)

Dapat memajukan negeri Sarawak

b)

Dapat memajukan penduduk tempatan

c)

Dapat memberikan peluang pendidikan tinggi

d)

Dapat memberikan peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam

49.

Apakah DUA peranan Young Malay Association (YMA) yang ditubuhkan oleh golongan propenyerahan?

a)

Menggalakkan kemajuan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan sosial

b)

Memberi peluang golongan intelektual mengisi jawatan tinggi dalam perkhidmatan kerajaan

c)

Meningkatkan taraf hidup masyarakat Sarawak

d)

Membantu orang Melayu yang mundur dan ketinggalan dalam pelbagai aspek

50.

Apakah matlamat penubuhan Rukun 13 yang ditubuhkan oleh golongan muda pada 20 Ogos 1948?

a)

Menuntut kemerdekaan

b)

Menghalau keluar SBUB

c)

Menyertai gagasan Malaysia

d)

Menghapuskan pegawai tinggi British

51.

Berikut merupakan DUA faktor penyerahan Sabah kepada British iaitu

a)

Memenuhi kepentingan British

b)

Latihan untuk berkerajaan sendiri

c)

Rakyat tidak berkeyakinan untuk mentadbir

d)

Meneruskan dasar British dalam hubungan luar

52.

Apakah yang diperkenalkan di Sabah selepas tentera Jepun menyerah kalah?

a)

Syarikat Borneo Utara British

b)

Young Malay Association (YMA)

c)

British Military Administration (BMA)

d)

Malayan Union

53.

Siapakah Gabenor British yang pertama di Sabah?

a)

Sir Edward Gent

b)

Sir Edward Twining

c)

Sir Duncan Stewart

d)

Sir Cecil Clementi Smith

54.

Pilih DUA sebab Sabah penting kepada British?

a)

Mempunyai tanah yang subur

b)

Membekalkan rempah ratus

c)

Membekalkan sumber bahan mentah

d)

Menjadi kawasan pasaran bagi barangan British

55.

Sebelum meninggalkan Sabah, tentera Jepun telah memusnahkan TIGA bandar iaitu

a)

Jesselton

b)

Kudat

c)

Beaufort

d)

Sandakan

56.

Bandar Sandakan pernah dibom oleh tentera Jepun. Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?

a)

Penentangan penduduk terhadap tentera Jepun

b)

Menubuhkan Persekutuan Borneo

c)

Penyerahan Sabah kepada British

d)

Menyertai gagasan Malaysia

57.

Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik yang berbeza daripada pelbagai aspek KECUALI

a)

bahasa

b)

budaya

c)

sistem kepercayaan

d)

pengalaman sejarah

58.

Pilih padanan yang BETUL berkaitan pemimpin persatuan di Sabah.

a)

Tengku Noordin => Persatuan Kebangsaan Melayu Sabah

b)

Zakaria Gunn => Persaudaraan Sahabat Pena Sabah

c)

Imam Suhaili Yaakub => Parti Kebangsaan Melayu Labuan

d)

Apung Kerahu => Barisan Pemuda Sabah

59.

Apakah matlamat awal penubuhan persatuan-persatuan di Sabah?

a)

Menuntut kemerdekaan daripada British

b)

Menuntut British menyediakan kemudahan pendidikan

c)

Memperbaiki keadaan ekonomi dan politik kaum bumiputera

d)

Memperjuangkan kedudukan rakyat dalam pentadbiran kerajaan

60.

Apakah DUA cara yang digunakan oleh British untuk melumpuhkan gerakan nasionalisme di Sabah?

a)

Menawarkan kenaikan pangkat kepada ahli persatuan

b)

Memindahkan ahli dan pemimpin yang aktif ke bandar lain

c)

Mengeluarkan amaran yang melarang pegawai awam menyertai gerakan nasionalisme

d)

Menjatuhkan hukuman penjara kepada pemimpin persatuan

61.

Mengapakah penduduk Sabah kurang berpengalaman dalam sistem birokrasi Barat?

a)

British mengehadkan peluang penduduk tempatan dalam pentadbiran

b)

Penduduk tempatan tidak mendapat pendidikan tinggi

c)

Masyarakat peribumi tidak mahu meninggalkan tanah adat

d)

Penduduk tempatan lebih cenderung kepada pentadbiran tradisional

62.

Bagaimanakah British melumpuhkan pergerakan persatuan berikut?

# Persatuan Sahabat Pena Sabah

# Persatuan Kebangsaan Melayu Sabah

# Barisan Pemuda Sabah

a)

Mengharamkan penubuhan parti politik

b)

Menangkap pemimpin utama

c)

Menawarkan kenaikan pangkat

d)

Memecat ahli yang merupakan kakitangan awam

63.

Pilih DUA sebab penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat sebarang bantahan daripada penduduk tempatan.

a)

Tidak memahami tujuan penyerahan tersebut

b)

Berasa selesa di bawah pemerintahan British

c)

Percaya dengan janji British untuk memberikan kemerdekaan

d)

Membangunkan negeri Sabah selepas perang

64.

Pilih DUA sebab kegiatan berpersatuan di Sabah menjadi lemah.

a)

Ramai pemimpin yang ditangkap

b)

Perpecahan dalam kalangan ahli

c)

Mengalami masalah kewangan

d)

Kekurangan pemimpin yang berkebolehan

65.

# Dipindahkan ke Jesselton

# Ditawarkan bekerja di Treasury Jesselton


Siapakah tokoh tersebut?

a)

Pengiran Muhd Yusof Jamil Umar

b)

Imam Suhaili Yaakub

c)

Tengku Noordin

d)

Zakaria Gunn

66.

# Dihantar berkursus ke SITC


Siapakah tokoh tersebut?

a)

Pengiran Muhd Yusof Jamil Umar

b)

Imam Suhaili Yaakub

c)

Tengku Noordin

d)

Zakaria Gunn

67.

# Ditukarkan dari daerah Tawau ke daerah Sandakan


Siapakah tokoh tersebut?

a)

H.M Salleh

b)

Mandur Syarif

c)

Seruji Yaakub

d)

Apong Kerahu

68.

# Menyertai Khairat Jumaat Muslimin (KJM)


Siapakah tokoh tersebut?

a)

H.M Salleh

b)

Mandur Syarif

c)

Seruji Yaakub

d)

Apong Kerahu

69.

# Pemimpin Barisan Pemuda Sabah (BARIP)

# Berpindah ke Pulau Labuan


Siapakah tokoh tersebut?

a)

Pengiran Muhd Yusof Jamil Umar

b)

Imam Suhaili Yaakub

c)

Mandur Syarif

d)

H.M. Salleh

70.

Apakah status Sabah semasa pemerintahan SBUB?

a)

Negeri naungan British

b)

Tanah jajahan British

c)

Pengkalan tentera British

d)

Negeri penampan

71.

Apakah tugas British Military Administration (BMA) di Tanah Melayu?

a)

Memupuk semangat perpaduan

b)

Melindungi kepentingan peribumi

c)

Mengembalikan kestabilan negara

d)

Menghapuskan perasaan perkauman

72.

Mengapakah British Military Administration (BMA) membubarkan pasukan MPAJA?

a)

Memulihkan keamanan

b)

Mengukuhkan pentadbiran

c)

Meningkatkan nasionalisme

d)

Mempercepat kemerdekaan

73.

Penyakit beri-beri merebak ketika pemerintahan Jepun. Mengapakah berlaku situasi tersebut?

a)

Tiada bekalan air bersih

b)

Kekurangan ubat-ubatan

c)

Kekurangan zat makanan

d)

Tekanan perasaan yang tinggi

74.

Antara berikut, yang manakah merupakan DUA usaha yang dilakukan oleh BMA bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada British?

a)

Membaiki prasarana

b)

Memulihkan ladang getah

c)

Memberi latihan kepimpinan

d)

Menegakkan undang-undang

75.

British telah bertindak mengubah status Tanah Melayu daripada Negeri Naungan kepada Negeri Jajahan. Bagaimanakah perubahan tersebut dilaksanakan?

a)

Memperkenalkan Malayan Union

b)

Melaksanakan dasar dekolonisasi

c)

Menggubal perlembagaan merdeka

d)

Membentuk Persekutuan Tanah Melayu

76.

Mengapakah taraf kerakyatan tersebut layak diperoleh Swee Ling?

a)

Pembinaan satu bangsa

b)

Pelaksanaan prinsip jus soli

c)

Persetujuan penduduk tempatan

d)

Pengenalan dasar kependudukan

77.

Siapakah yang akan mengetuai pentadbiran Malayan Union di Tanah Melayu?

a)

Gabenor

b)

Residen General

c)

Raja-raja Melayu

d)

Pesuruhjaya Tinggi

78.

Apakah maksud prinsip Jus Soli?

a)

Kerakyatan melalui permohonan

b)

Kerakyatan berdasarkan sumbangan

c)

Kerakyatan menerusi undang-undang

d)

Kerakyatan berdasarkan tempat kelahiran

79.

Akhbar berikut memainkan peranan penting membincangkan isu semasa pada tahun 1946.

#Majlis

#Warta Negara

#Utusan Melayu

Apakah isu yang paling hangat pada ketika itu?

a)

Pengisytiharan darurat

b)

Pembentukan Malaysia

c)

Pelaksanaan pilihan raya

d)

Penubuhan Malayan Union

80.

Antara yang berikut, yang manakah DUA cara orang Melayu menentang Malayan Union?

a)

Meletakkan jawatan beramai-ramai

b)

Menggunakan taktik perang gerila

c)

Menyuarakan bantahan melalui akhbar

d)

Mengadakan demonstrasi dan rapat umum

81.

Apakah persamaan antara tokoh wanita ini?

# Cikgu Zaharah Abdullah

# Halimahton Abd Majid

# Dain Puteh Mariah Ibrahim

a)

Menjaga kebajikan wanita

b)

Meningkatkan ekonomi desa

c)

Mempelopori pendidikan wanita

d)

Menjadi benteng barisan hadapan

82.

#Membawa kes ke Mahkamah Tinggi England

#Menghantar surat bantahan ke London

#Menyokong Kongres Melayu

Mengapakah tindakan tersebut dilakukan oleh Raja-raja Melayu bagi menentang Malayan Union?

a)

Kehilangan kuasa politik

b)

Majlis Raja-raja dibubarkan

c)

Sistem pentadbiran disatukan

d)

Syarat kerakyatan diperketat

83.

"Hari lahirnya Malayan Union itu adalah hari yang sehabis-habis sedih bagi orang Melayu"

Mengapakah penubuhan Malayan Union dianggap sedemikian?

a)

Menghapuskan sistem beraja

b)

Mengalakkan kemasukan imigran

c)

Menggugat kedaulatan bangsa

d)

Mengutamakan pendidikan sekular

84.

Bagaimanakah orang Melayu menzahirkan kesedihan mereka pada hari lahirnya Malayan Union yang dianggap sebagai "Hari Kematian"?

a)

Memakai lilitan kain putih pada songkok

b)

Melancarkan pemberontakan bersenjata

c)

Membakar bangunan pentadbiran kerajaan

d)

Menganjurkan mogok secara besar-besaran

85.

Individu berikut merupakan Ahli Parlimen British yang dihantar ke Tanah Melayu.

# L.D. Gammans

# David Rees William

Apakah yang dilakukan oleh UMNO ketika kehadiran mereka?

a)

Menghantar surat bantahan rasmi

b)

Memohon diadakan rundingan damai

c)

Melancarkan pemberontakan bersenjata

d)

Mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran

86.

Apakah kesan pengenalan Malayan Union terhadap orang Melayu di Tanah Melayu?

a)

Perpaduan kukuh

b)

Peningkatan ekonomi

c)

Perkembangan budaya

d)

Pengukuhan kuasa sultan

87.

Senarai berikut merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh Charles Vyner Brooke.

# sudah tua dan uzur

# tidak mempunyai anak lelaki

# enggan melantik Anthony Brooke sebagai pengganti

Bagaimanakah beliau mengatasi masalah tersebut?

a)

Menyerahkan Sarawak kepada British

b)

Memberikan kemerdekaan kepada Sarawak

c)

Melatih pemimpin tempatan dalam pentadbiran

d)

Mengupah pakar perubatan memantau kesihatan

88.

Apakah TIGA faktor penyerahan Sarawak kepada British oleh Charles Vyner Brooke?

a)

Masalah kewangan

b)

Jaminan keselamatan

c)

Masalah pewarisan takhta

d)

Desakan kerajaan British

89.

Kata-kata berikut tertulis pada sepanduk dan poster gerakan antipenyerahan di Sarawak.

#"Leburkan kolonial"

#"Sarawak adalah hak kami"

#"Kami membantah dengan sekeras-kerasnya akan tindakan Brooke menyerahkan Sarawak kepada kolonial Inggeris"

Apakah tindakan British untuk menggagalkan gerakan tersebut?

a)

Mengadakan rundingan damai

b)

Memperkuat pasukan keselamatan

c)

Memberi amaran kepada kakitangan kerajaan

d)

Memindahkan pemimpin ke kawasan pedalaman

90.

Mengapakah Pekeliling No. 9/1946 dikeluarkan oleh British di Sarawak?

a)

Memberi amaran kepada parti politik

b)

Mengawal pelantikan kakitangan kerajaan

c)

Mengingatkan tentang kebebasan bersuara

d)

Melarang pegawai awam menyertai gerakan antipenyerahan

91.

Apakah yang diperjuangkan oleh Cikgu Lily Eberwein dan Cikgu Ajibah Abol di negeri Sarawak?

a)

Pengembalian hak mengundi

b)

Pendidikan tinggi untuk wanita

c)

Membantah Perlembagaan 1941

d)

Menentang penyerahan Sarawak

92.

Antara berikut, manakah DUA faktor British berminat untuk menguasai negeri Sabah?

a)

Menguasai sumber bahan mentah

b)

Menggantikan Sri Lanka sebagai jajahan

c)

Memajukan taraf hidup penduduk peribumi

d)

Menjalin hubungan diplomatik dengan Brunei

93.

Parti politik di Sabah tidak aktif semasa pemerintahan British. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Tiada keyakinan diri yang tinggi

b)

Taraf pendidikan penduduk yang rendah

c)

Kurang semangat nasionalisme dalam diri

d)

Penindasan terhadap kegiatan berpersatuan

94.

British memindahkan ahli dan pemimpin yang aktif dalam gerakan berpersatuan ke bandar yang lain. Mengapakah tindakan tersebut dilakukan oleh British?

a)

Meningkatkan perpaduan rakyat

b)

Menyekat perluasan kuasa asing

c)

Memajukan penduduk luar bandar

d)

Memantapkan kuasa pemerintahan

95.

Penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat tentangan hebat daripada penduduk tempatan. Mengapakah penduduk bersikap sedemikian?

a)

Perubahan dasar perjuangan

b)

Tidak memahami tujuan penyerahan

c)

Bersikap terbuka terhadap perubahan

d)

Lebih berfokuskan perkembangan agama

96.

Antara berikut yang manakah TIGA perkara yang terkandung dalam Kertas Putih 6274?

a)

Peranan BMA

b)

Sistem perundangan

c)

Syarat kewarganegaraan

d)

Kedudukan Raja-raja Melayu

97.

Apakah permintaan dalam memorandum Persatuan Pelajar Melayu Britain berkaitan kewarganegaraan dalam rancangan Malayan Union?

a)

Hak untuk rakyat sultan

b)

Berasaskan prinsip jus soli

c)

Tidak mengikut prinsip jus soli

d)

Ditentukan oleh Raja-raja Melayu

98.

Apakah peranan dan bidang kuasa sultan dalam pentadbiran Malayan Union?

a)

Ketua pentadbir

b)

Penasihat Gabenor

c)

Penggubal undang-undang

d)

Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu

99.

Dalam tempoh dua bulan, Sir Harold MacMichael berjaya mendapatkan tandatangan persetujuan Raja-raja Melayu untuk meneruskan Malayan Union.

Bagaimanakah MacMichael berjaya berbuat demikian?

a)

Mengugut raja

b)

Memelihara kedudukan raja

c)

Menentang kerakyatan jus soli

d)

Mempertahankan keistimewaan orang Melayu

100.

Apakah keputusan yang dicapai oleh Raja-raja Melayu dalam Persidangan Raja-raja Melayu di Kuala Kangsar Perak pada April 1946?

a)

Mengadakan rombongan ke London, England

b)

Membantah Malayan Union melalui mahkamah di England

c)

Menarik balik tandatangan persetujuan Malayan Union

d)

Menentang sistem perundangan British

101.

Raja-raja Melayu mengadakan perjumpaan dengan Dato' Onn Jaafar di Hotel Station. Orang ramai melaungkan "Daulat Tuanku" dan "Hidup Melayu".

Apakah peristiwa tersebut?

a)

Pembentukan UMNO

b)

Mengaktifkan semula persatuan Melayu

c)

Memulaukan upacara pelantikan Gabenor Malayan Union

d)

Rapat umum untuk membantah Malayan Union

102.

Mengapakah Sultan Hisahmuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah mendermakan $15 ribu kepada Persatuan Melayu Selangor?

a)

Menganjurkan Kongres Melayu

b)

Mengasaskan Persatuan Anak Negeri Selangor

c)

Menganjurkan demonstrasi besar-besaran

d)

Menjadi ahli Melayu Selangor

103.

Pada 15 Disember 1945, seramai 10 ribu orang berhimpun di Kota Bharu, Kelantan. Apakah tujuan mereka berhimpun?

a)

Mempertahankan institusi raja

b)

Menghapuskan Malayan Union

c)

Menentang kewarganegaraan jus soli

d)

Membantah tindakan Harold MacMichael

104.

Apakah kesan yang dibawa oleh Pekeliling No. 9/1946 (Circular No. 9) ?

a)

Aktiviti pertubuhan diharamkan

b)

Gerakan antipenyerahan berakhir

c)

Mutu perkhidmatan awam meningkat

d)

Kakitangan kerajaan meletak jawatan beramai-ramai

105.

Apakah tujuan penubuhan Rukun 13 ?

a)

Memelihara hak penduduk

b)

Menentang penyerahan Sarawak

c)

Menghapuskan pegawai tinggi British

d)

Memperjuangkan kemerdekaan Sarawak

106.

Mengapakah pihak British menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada Rosli Dhoby?

a)

Menikam Sir Duncan Stewart

b)

Melancarkan mogok besar-besaran

c)

Merupakan pengasas parti radikal

d)

Merupakan ahli gerakan antipenyerahan

107.

Antara berikut, yang manakah DUA cara masyarakat Sarawak menentang penyerahan Sarawak kepada British?

a)

Mengadakan demonstrasi

b)

Menyerang pejabat milik kerajaan

c)

Menganggotai Young Malay Association (YMA)

d)

Menghantar surat bantahan kepada kerajaan British

108.

Apakah nilai yang boleh dikaitkan dengan tokoh-tokoh berikut?

# Awang Rambli

# Morshidi Sidek

# Rosli Dhoby

a)

Mempunyai semangat utuh

b)

Sanggup berkorban nyawa

c)

Berfikiran sempit

d)

Berani mencuba

109.

Antara berikut, yang manakah DUA dasar perjuangan UMNO yang menjadikannya sebuah parti politik orang Melayu pada tahun 1946?

a)

Memajukan pendidikan orang Melayu

b)

Menyekat kemasukan imigran

c)

Menghalau penjajah

d)

Menyatupadukan orang Melayu