wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SEJARAH TINGKATAN 1 BAB 6

Total questions: 50

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

Pilih jawapan yang Betul.


( Apakah golongan di Sparta yang tidak terlibat dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan? )

a)

wanita

b)

tua

2.
Apakah corak pemerintahan yang diamalkan oleh Sparta?
a)
Pertanian
b)
Demokrasi
c)
Ketenteraan
d)
Oligarki
3.
Apakah persamaan yang paling ketara antara Athens dan Sparta?
a)
Corak pemerintahan
b)
Lokasi di atas peta
c)
Wanita tidak terlibat dalam urusan pemerintahan
4.

Kanak-kanak dilatih menjadi anggota tentera di Sparta.

a)

Betul

b)

Salah

5.

Sparta mempunyai _____________________ dan dikategorikan sebagai _________________

Pilih Jawapan lebih dari 1.

a)

seorang raja

b)

dua orang raja

c)

kerajaan baru

d)

kerajaan ketenteraan

6.

Nyatakan peningkatan tamadun Yunani dalam aspek pemerintahan.

a)

Monarki, Oligarki, Tirani, Aristokrasi, Demokrasi

b)

Aristokrasi, Demokrasi, Monarki, Oligarki, Tirani

c)

Demokrasi, Oligarki, Tirani, Aristokrasi, Monarki

d)

Monarki, Oligarki, Aristokrasi, Tirani, Demokrasi

7.

Sistem _____________ ialah pemerintahan yang dipilah oleh rakyat melalui pengundian.

a)

Monarki

b)

Aristokrasi

c)

Demokarasi

d)

Tirani

8.

Badan tertinggi dalam sistem pentadbiran di Athens ialah___________.

a)

Majlis

b)

Dewan Perhimpunan

c)

Majistret

d)

Juri

9.

Peranan Majlis ialah___________.

a)

mengendalikan jabatan-jabatan kerajaan

b)

pemutus kepada sesuatu kes

c)

melaksanakan dasar-dasar

d)

membuat aduan kepada Dewan Perhimpunan

10.

Apakah ciri-ciri negara kota di Tamadun Yunani?

(pilih lebih daripada 1 jawapan)

a)

penduduk yang ramai

b)

keluasan wilayah

c)

ketinggian bangunan

d)

bangunan yang besar

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah kawasan dalam Tamadun Yunani.


✅ Pusat komuniti

✅ Dilindungi oleh kubu

✅ Terdapat bangunan kerajaan dan keagamaan


Apakah kawasan tersebut?

a)

Polis

b)

Agora

c)

Istana

d)

Acropolis

12.

Masyarakat Tamadun Yunani menganggap setiap kota merupakan tanah suci yang dikurniakan Dewa.


Apakah kesan daripada anggapan tersebut?

a)

Sistem pentadbiran sering berubah

b)

Penduduk terlibat dalam urusan pentadbiran

c)

Hubungan antara warganegara makin renggang

d)

Rakyat bersatu padu untuk mempertahankan negara kota

13.

Sebelum sistem demokrasi diamalkan, Athens telah melalui sistem pemerintahan bercorak monarki, oligarki, aristokrasi dan tirani.


Mengapakah berlaku perubahan tersebut?

a)

Mengurangkan kuasa rakyat

b)

Mengelakkan perang saudara

c)

Memantapkan sistem pemerintahan

d)

Menghapuskan pemerintahan tradisional

14.

Maklumat berikut merupakan fungsi badan pentadbiran di Athens.


✅ Membuat perjanjian dengan negara lain

✅ Menerima duta asing

✅ Membuat deklarasi peperangan


Apakah badan pentadbiran tersebut?

a)

Juri

b)

Majlis

c)

Majistret

d)

Dewan Perhimpunan

15.

Dalam sistem demokrasi Athens, Majlis dianggotai oleh 500 orang dan dikenal sebagai Majlis 500.


Apakah peranan majlis?

a)

Melantik ahli Dewan Perhimpunan

b)

Mengawasi urusan Dewan Perhimpunan

c)

Membuat aduan kepada Dewan Perhimpunan

d)

Melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan

16.

Di Athens, ahli-ahli Majlis dilantik oleh Dewan Perhimpunan.


Apakah tanggungjawab mereka?

a)

Mengendalikan keadilan

b)

Menggubal undang-undang

c)

Melaksanakan dasar kerajaan

d)

Menguruskan jabatan kerajaan

17.

Di Athens, Juri dianggotai oleh 101 hingga 1001 orang.


Apakah tanggungjawab badan tersebut?

a)

Menggubal undang-undang

b)

Menguruskan pentadbiran

c)

Melaksanakan segala dasar negara

d)

Menguruskan hal berkaitan dengan keadilan

18.

Juri merupakan badan yang bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan keadilan. Kuasa pengadilan terletak dalam tangan .....

a)

Raja

b)

Hakim

c)

Pengerusi

d)

Warganegara

19.

Negara berikut telah mewarisi sistem pemerintahan demokrasi yang diperkenalkan oleh Tamadun Yunani.


✅ Indonesia

✅ Malaysia

✅ Britain


Apakah ciri demokrasi yang diamalkan oleh negara tersebut?

a)

Raja menggubal undang-undang

b)

Rakyat memilih pemimpin

c)

Negara diketuai oleh Perdana Menteri

d)

Anggota Dewan Rakyat dilantik oleh ketua negara

20.

Di Sparta, lima orang pegawai dilantik sebagai ephors.


Apakah peranan ephors?

a)

Mengetuai pentadbiran

b)

Menggubal undang-undang

c)

Memajukan ekonomi negara

d)

Mengawal kuasa mutlak raja

21.

Di Sparta, anak lelaki diberi latihan tentera dari kecil.


Mengapakah kerajaan Sparta mengambil langkah tersebut?

a)

Melatih rakyat mentaati pemerintah

b)

Memastikan kehidupan rakyat sihat dan cergas

c)

Menyediakan rakyat untuk menakluk negara lain

d)

Memastikan rakyat mampu mempertahankan negara

22.

Kaum wanita di Sparta menjalani latihan fizikal dan diajar berlari serta bertinju.


Mengapakah mereka perlu berbuat demikian?

a)

Membina jati diri

b)

Mempertahankan negara

c)

Menjaga maruah keluarga

d)

Mengelakkan ancaman kaum lelaki

23.

Tamadun Rom mencapai zaman kegemilangan pada era Pax Romana (27M - 180M).


Apakah pencapaian Tamadun Rom pada era tersebut?

a)

Keamanan empayar

b)

Pembentukan republik

c)

Pertambahan penduduk

d)

Penyebaran agama

24.

Gambar berikut menunjukkan binaan berkubah yang terbesar di dunia, iaitu Pantheon.


Apakah tujuan pembinaan bangunan tersebut?

a)

Pusat pentadbiran

b)

Pusat perniagaan

c)

Tempat persembahan seni

d)

Tempat penyembahan dewa-dewi

25.

Dalam Tamadun Rom, aqueduk yang pertama dibina di Aqua Appia pada tahun 312SM.


Apakah fungsi aqueduk?

a)

Bekalan air

b)

Rumah ibadat

c)

Benteng pertahanan

d)

Tempat persembahan

26.

Kaum wanita di Sparta menjalani latihan fizikal dan diajar berlari serta bertinju.


Mengapakah mereka perlu berbuat demikian?

a)

Membina jati diri

b)

Mempertahankan negara

c)

Menjaga maruah keluarga

d)

Mengelakkan ancaman kaum lelaki

27.

Apakah peranan agora dalam kehidupan masyarakat Yunani?

a)

Pusat pertemuan

b)

Pusat komunikasi

28.

Manakah kawasan polis yang menjadi tumpuan masyarakat Yunani?

a)

Sparta

b)

Athens

c)

Corinth0

29.

Apakah bentuk pentadbiran yang terawal diperkenalkan dalam Tamadun Yunani?

a)

Pentadbiran tirani

b)

Pentadbiran monarki

c)

Pentadbiran demokrasi

30.

Apakah badan yang bertanggujawab membuat deklarasi peperangan?

a)

Badan Juri

b)

Badan Majistret

c)

Badan Perhimpunan

31.

Bentuk pemerintahan dan pentadbiran di Sparta ialah ____________

a)

Demokrasi

b)

Ketenteraan

c)

Monarki terhad

32.

Perkara yang dipelajari oleh kanak-kanak di Sparta ialah ___________ dan __________.

a)

Menari

b)

Bercerita

c)

Memasak

d)

Bertinju

33.

Apakah sumbangan Marco Vitruvius semasa kegemilangan Tamadun Rom?

a)

Aspek peperangan

b)

Aspek pembinaan

34.
  • Binaan berkubah terbesar di dunia
  • Dibina pada tahun 27 SM
a)

Colosseum

b)

Pantheon

c)

Panthenon

35.

Apakah teknologi luar yang mempengaruhi bidang pembinaan Tamadun Rom?

a)

Tamadun Yunani

b)

Tamadun Mesopotamia

36.

Mengapakah Ocolus dibina dalam bangunan oleh masyarakat Rom?

a)

Meluaskan kemasukan udara

b)

Memudahkan kemasukan cahaya

37.

Apakah lokasi terawal dipilih untuk membina binaan tersebut?

a)

Aqua Appia

b)

Pont du Gard

38.

Bilakah bermulanya kesenian membina tembok pertahanan oleh masyarakat Tamadun Rom?

a)

100 M

b)

200 M

39.

Berapakah ketinggian Tembok Hadrian?

a)

Tiga meter

b)

Lima meter

40.

Tujuan pembinaan Tembok Hadrian untuk _________.

a)

Mengelakkan banjir

b)

Menjamin keselamatan

41.

Apakah kepercayaan masyarakat Rom terhadap pembinaan tempat mandi awam?

a)

Lambang kekayaan

b)

Lambang ketamadunan

42.

Manakah kelompok atasan dalam masyarakat Tamadun Rom?

a)

Plebian

b)

Tentera

c)

Patrician

43.

Siapakah arkitek yang banyak memberi pandangan tentang seni bina Tamadun Rom dalam buku On Architecture?

a)

Marco Vitruvius

b)

Marcus Visanius

44.

Pemimpin yang menekankan kepentingan kuasa rakyat untuk mantapkan sistem demokrasi ialah ___________.

a)

Pericles

b)

Raja Philip

45.

Jumlah keanggotaan jawatankuasa Majlis di Athens ialah _________ orang.

a)

500

b)

1001

46.

Penekanan terhadap disiplin dan ____________ kepada negara kota menjadi asas perkembangan Sparta.

a)

Ketenteraan

b)

Taat setia

47.

Antara berikut yang manakah sumbangan terbesar Tamadun Yunani kepada dunia?

a)

pertanian

b)

seni bina

c)

kesusasteraan

d)

pemerintahan dan pentadbiran

48.

Antara berikut kemudahan apakah yang boleh dijumpai dalam acropolis?

a)

bangunan kerajaan

b)

rumah golongan rakyat

c)

kawasan pertanian

d)

pelabuhan antarabangsa

49.

Pemerintahan yang dikuasai oleh golongan yang zalim dan menindas rakyat. Apakah sistem pemerintahan tersebut?

a)

monarki

b)

tirani

c)

oligarki

d)

demokrasi

50.

Antara ciri berikut, yang manakah benar tentang polis X?

a)

mengamalkan pemerintahan ketenteraan

b)

memiliki keluasan wilayah yang paling kecil

c)

mempunyai bilangan penduduk yang paling ramai

d)

mengamalkan sistem pemerintahan bersifat monarki terhad