wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TAHUN 4 PENDIDIKAN KESIHATAN Bukan Kupinta

Total questions: 12

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Apakah punca LEBAM?

a)

Terkena hentaman atau hentakan objek keras.

b)

Terkena gigitan nyamuk aedes.

c)

Terkena serangan virus demam dan selsema.

2.

Apakah punca TERSELIUH?

a)

Tergelincir akibat lantai licin atau berpasir.

b)

Terkena gigitan serangga liar bersaiz kecil.

c)

Akibat keracunan makanan.

3.

Semua jawapan dibawah adalah BENAR mengenai punca lebam KECUALI..

a)

terkena hentaman atau hentakan objek keras.

b)

pelanggaran antara manusia, haiwan atau objek.

c)

terjatuh.

d)

keracunan makanan.

4.

Semua jawapan dibawah adalah BENAR mengenai punca terseliuh KECUALI..

a)

terpijak permukaan yang tidak rata.

b)

mendarat dengan teknik yang tidak betul ketika melompat.

c)

tergelincir akibat lantai licin atau berpasir.

d)

diserang demam dan selsema.

5.

Mengapakah kawasan yang tercedera perlu ditinggikan melebihi aras jantung semasa menerima rawatan?

a)

Untuk mengurangkan rasa sakit.

b)

Untuk mengelakkan sakit jantung.

c)

Untuk memudahkan merawat kecederaan.

6.

Apakah gejala utama lebam yang paling menyerlah?

a)

Kawasan lebam berwarna biru atau ungu.

b)

Sakit pada bahagian gigi dan gusi.

c)

Pesakit akan pitam dan rebah.

7.

Berapa lamakah tempoh masa lebam untuk sembuh?

a)

Lima hingga tujuh hari.

b)

Lima hingga tujuh bulan.

c)

Lima hingga tujuh minggu.

d)

Lima hingga tujuh tahun.

8.

Berapa lamakah tempoh masa terseliuh untuk sembuh?

a)

Dua hingga tiga hari.

b)

Dua hingga tiga minggu.

c)

Dua hingga tiga bulan.

d)

Dua hingga tiga tahun.

9.

Mengapakah kita perlu membalut kawasan yang lebam atau terseliuh?

a)

Untuk mengenakan tekanan pada anggota tercedera.

b)

Untuk mengelakkan jangkitan kuman.

c)

Untuk memastikan kawasan tercedera kelihatan kemas.

10.

Selepas kita melakukan bantu mula terhadap rakan yang tercedera, perkara seterusnya yang harus dilakukan ialah..

a)

membawa rakan tercedera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

b)

menasihati rakan untuk duduk berehat dan jangan bergerak-gerak.

c)

melakukan rawatan susulan dengan sendiri tanpa perlu merujuk doktor.

11.

Apakah makna akronim yang betul bagi PRICER?

a)

Prevent - Rest - Ice - Compress - Elevation - Refer

b)

Prevent - Ride - Ice - Computer - Evacuate - Run

12.

Mengapakah kita tidak boleh menggunakan minyak hangat / losyen panas ketika rawatan?

a)

Boleh meningkatkan pengaliran darah dan melambatkan proses penyembuhan.

b)

Menyebabkan jangkitan kuman pada kawasan tercedera.

c)

Menyebabkan kawasan tercedera melecur.