WorksheetsMinda Sihat - Kaunseling SK Bt Lintang
Total questions: 17
Worksheet time: 9mins
Apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan mental ?
Kesihatan mental adalah situasi dimana seorang individu
menyedari potensinya boleh berdaya tindak terhadap stress
kehidupan, boleh bekerja dengan produktif dan boleh
menyumbang kepada masyarakat.
Merujuk kepada cara kita berfikir, merasa dan bertindak, cara
menghadapi masalah dan mengatasinya, cara kita berinteraksi
dengan orang lain.
Kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, kebolehan mengambil bahagian dalam aktiviti
kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang kepada
masyarakat.
Kebimbangan ialah...
Kecelaruan mental yang sukar di kawal.
Perasaan tidak selesa, takut, resah dan gementar yang biasa dialami.
Perasaan risau kerana terlalu berfikir secara berlebihan.
Fasa awal kepada masalah mental yang serius.
Apakah ciri-ciri kebimbangan?
Berpeluh
Jantung berdegup kencang
Sering berperasaan takut dan gugup
Mengalami ketegangan
Tidak dapat bertenang dan menggigil
Antara yang berikut, manakah BUKAN penyebab kebimbangan?
Rasa cemas keterlaluan oleh ibubapa
Pernah mengalami kebimbangan
Selalu bermimpi buruk
Peribadi diri yang pemalu
Ponteng sekolah, tidak pandai berkawan serta pengambilan dadah/alkohol adalah contoh masalah__________ akibat kebimbangan.
Fizikal
Psikologi
Sosial
Hilang selera makan, gangguan tidur dan rasa rendah diri merupakan masalah _________ akibat kebimbangan.
Fizikal
Psikologi
Sosial
Berikut adalah cara anda boleh membantu diri dan orang lain dalam menghadapi kebimbangan KECUALI..
Berkongsi masalah dengan kaunselor
Menjalani pemeriksaan doktor
Ketahui kemampuan diri
Lepaskan tekanan kepada orang lain
Berikut adalah cara anda boleh membantu diri dan orang lain dalam menghadapi kebimbangan KECUALI...
Mengamalkan senaman
Amalkan pemakanan yang sihat
Amalkan ubat-ubatan yang dirasakan perlu
Perbanyakkan rehat
Komunikasi yang berkesan akan menyebabkan
salah faham
hubungan tegang
saling memahami
sukar mendapatkan bantuan
Kebosanan selalunya disebabkan oleh
Terlalu banyak aktiviti yang boleh dilakukan
Terlupa untuk melakukan aktiviti
Mengetahui cara untuk menjalankan sesuatu aktiviti
Tiada aktiviti yang dapat dilakukan
Aktiviti senaman dapat membentuk minda yang _____________.
lemah
lembab
cerdas
parah
Kita perlu mengambil makanan yang ____________ bagi menjamin kesihatan yang baik.
lazat
seimbang
mahal
berlemak
Antara berikut merupakan tanda-tanda stres, KECUALI
sakit kepala
cepat marah
mudah lupa
yakin diri
Tanda-tanda seseorang individu yang marah adalah
menjerit
gelisah
menangis
pening kepala
rasa bersalah
Pemikiran positif adalah
satu kebolehan individu semulajadi yang membantu mengagalkan kehidupan seseorang
satu kebolehan individu untuk melihat kebaikan dalam mana-mana situasi walaupun situasi tersebut adalah negatif
satu kebolehan individu yang menuju ke arah negatif
satu kebolehan individu yang mengurangkan keyakinan diri
Semakin positif semakin.....
Murung
Sedih
Seronok
Semakin positif semakin....
Bahagia
Derita
Malang
