Font size
WorksheetsKUIZ IBADAH TINGKATAN SATU SMKST
Total questions: 30
Worksheet time: 16mins
Maksud ibadah menurut bahasa adalah
solat dan puasa
tunduk dan patuh
ambil dan buat
beribadah
Allah menjelaskan bahawa, tujuan utama manusia diciptakan adalah untuk ________________ kepada-Nya
berkasih sayang
bertawakal
beribadah
berdoa
Terdapat 5 jenis hukum. "Mendapat pahala jika ditinggalkan dan tidak berdosa jika dilakukan" adalah maksud bagi?
wajib
fardu
makruh
sunat
Berikut adalah jenis-jenis hukum kecuali
haram
makruh
sunat
tawakal
apakah hukum mendedahkan aurat
afdal
makruh
sunat
haram
hukum berpuasa pada hari khamis dan Isnin adalah sunat
betul
salah
maksud taharah dari segi istilah adalah suci dan bersih daripada hadas dan najis
betul
salah
Hadas kecil boleh disucikan dengan cara ______________
berwuduk
membasuh
berdoa
beristiqamah
Hadas besar boleh disucikan dengan cara _____________
bertaubat
mandi sunat
mandi wajib
istinjak
berikut adalah alat untuk bersuci kecuali
vakum
air
tanah
batu
Yang manakah air mutlak
air mata
air wuduk
air salji
milo ais ikat tepi
Debu tanah yang suci daripada najis boleh digunakan untuk ____________
bertayamum
bersemayam
tukmaninah
bersugi
Jenis-jenis air ialah air mutlak, air musyammas, air mutanajjis dan air ____________
hakiki
mukbang
bersih suci
mustakmal
Air musyammas adalah ....
air yang disimpan di dalam bekas logam yang terdedah kepada cahaya matahari kecuali bekas emas dan perak
air yang disimpan di dalam bekas yang mengandungi tahi cicak yang boleh dilihat dengan mata dan berubah warna
air yang disimpan secara rapi oleh kabilah arab yang diketuai oleh Musa al-Syam
air yang suci dan boleh digunakan untuk bersuci
Air mutanajjis adalah air yang suci tetapi tidak boleh digunakan untuk bersuci.
betul
salah
Berikut adalah kepentingan bersuci terhadap diri kecuali
mendapat keredaan dan rahmat Allah SWT
menjaga kesihatan tubuh badan
mengekalkan wajah yang kacak dan jelita
memelihara kebersihan diri
Bangkai, tahi, nanah dan darah merupakan contoh bagi najis
mutawassitah
mughalazah
mustakmal
yang mengerikan
cara menyucikan najis mukhafafah adalah
1. lap tempat terkena najis
2. renjis air mutlak ke atas tempat najis
3. ________________________________
bersihkan hingga hilang bau, rasa dan warna
basuh dengan 1 kali air tanah
lap tempat terkena najis hingga kering
menasihati orang yang menyebabkan tempat itu bernajis
Kulit haiwan boleh dijadikan bahan untuk membuat beg, baju dan tali pinggang
betul
salah
Cara menyucikan kulit haiwan.
1. sediakan bahan yang bersifat menghakis
2. buang segala lendir, lemak dan darah yang melekat pada kulit
3.gosok kulit dengan bahan yang disediakan
4. bilas kulit dengan air mutlak
5. ____________________________________
menyapu tawas dan simpan dengan kemas
melipat dengan kemas dan di simpan di tempat lembab
menyimpan kulit di dalam peti yang mempunyai garam
jemur kulit sehingga keing
Istinjak menurut istilah adalah perbuatan ______________________ yang keluar dari qubul dan dubur
menyekat najis
menghilangkan najis
mencium najis
menyentuh najis
Hukum beristinjak daripada najis adalah wajib terhadap setiap muslim
betul
salah
Yang manakah alat yang tidak boleh digunakan untuk beristinjak
batu
tisu
daun kering
pokok kaktus
Alat yang diharamkan untuk beristinjak antaranya adalah benda yang bernilai seperti emas, perak dan perhiasan
betul
salah
Yang manakah bukan alat yang diharamkan untuk beristinjak
bahan makanan manusia dan jin seperti roti dan tulang
banda yang terkena najis
kertas yang mengandungi tulisan al-Quran, hadis dan nama-nama Allah
Kertas tisu berjenama terkenal dan mahal
Wuduk dikira sebagai __________________ bagi ibadat solat dan tawaf
perkara penting
syarat sah
mukadimah
syarat wajib
Maksud wuduk dari segi istilah adalah
membasuh anggota tertentu beserta niat
membasuh anggota tertentu bermula dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan tertib
mengambil air sembahyang selepas terkentut
mengenakan air kepada keseluruhan badan beserta dengan niat
Yang manakah bukan dari rukun wuduk
membasuh kedua tangan hingga siku
tertib
membasuh kaki
berkumur
Apakah antara larangan ketika berhadas besar bagi lelaki.
berhenti di dalam masjid
berpuasa wajib
mengerjakan tawaf di kaabah
menunaikan solat sama ada fardu atau sunat
Yang manakah bukan diantara perkara yang mewajibkan mandi
keluar darah haid
keluar air mani
mati selain mati syahid
Buang air besar
