NEW
Font size
WorksheetsCelik Peribahasa
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Nyatakan peribahasa yang bermaksud
ajakan yang tanpa bersungguh-sungguh
cakar ayam
ajak-ajak ayam
malu-malu kucing
Nyatakan peribahasa yang bermaksud
makan saja untuk menahan daripada lapar
isi perut
alas perut
makan hati
Nyatakan peribahasa yang bermaksud
perempuan yang mudah mesra tapi akan menjauhkan diri apabila didekati
anak emas
puteri lilin
jinak-jinak merpati
Nyatakan peribahasa yang bermaksud
orang yang buncit perutnya sampai jalan pun sudah tidak betul lagi
Macam orang biduk
Macam ular kekenyangan
Macam betung seruas
Nyatakan peribahasa yang bermaksud
lelaki suka menggangu perempuan cantik
Mata keranjang
Mata duitan
Mulut murai
Nyatakan maksud peribahasa
membuka pekung di dada
menceritakan keburukan sahabat
berkongsi kegembiraan bersama kawan-kawan
membocorkan keburukan sendiri atau keluarga-keluarga
Nyatakan maksud peribahasa
makan bubur panas-panas
Malas mencuba tentulah kelaparan
Suka dipuji
Kelakuan dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan
Nyatakan maksud peribahasa
hidup segan mati tak mahu
orang yang meyusahkan orang lain
Hidup melarat
orang yang pemalas
Nyatakan maksud bagi peribahasa
kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan
menyatakan rasa kecewa atas pemberian orang
orang yang tamak
Menyatakan terima kasih atas pertolongan orang lain
Nyatakan maksud peribahasa
lain dulang lain kaki, lain orang lain hati
orang yang suka berkata kesat
Setiap orang dengan kesukaannya
setiap orang mempunyai pendapat masing-masing
Ke mana tumpahnya kuah ____________________
kalau tidak ke meja
kalau tidak ke pinggan
kalau tidak ke nasi
Luka sudah hilang, _____________________
parutnya tinggal juga
hatinya terkesan juga
sakitnya tetap ada
Orang berbudi kita berbahasa, ________________________
orang memberi kita berterima kasih
orang memberi kita membalas
orang memberi kita merasa
Tak tumbuh tak melata, ________________________
tak suka tak apa
tak sungguh orang tak kata
tak terima tak kisah
Senyum ________________
kucing
kambing
kerbau
Pilih peribahsa sama maksud dengan
air dicencang tak akan putus
berat sama dipikul, ringan sama diinjing
carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua
bagai aur dengan tebing
Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan
seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
nasi sudah menjadi bubur
biar putih mata, jangan putih tulang
Pelajar itu sering menggunakan _____________ untuk melepaskan diri daripada dihukum oleh guru disiplin.
akal panjang
akal belut
akal pendek
Geetha hanya _________________ sahaja mempelajari cara-cara mengait baju.
ajak-ajak ayam
biar putih mata, jangan putih tulang
hangat-hangat tahi ayam
Cubaan Pak Cik Razak untuk menjatuhakn nama baik Ustaz Hakimi nampaknya tidak berhasil kerana _____________ .
anak kucing menjadi harimau
anjing menyalak bukit, takkan runtuh
rambut sama hitam, hati lain-lain
