WorksheetsSEBATIAN KARBON SAINS KSSM TINGKATAN 5
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Antara berikut, yang manakah sebatian bukan organik?
Gula perang
Arang
Serbuk penaik
Margerin
Antara proses berikut, yang manakah tidak berlaku di dalam kitar karbon?
Fotosintesis
Penyulingan
Penguraian
Pembakaran
Antara berikut, yang manakah ciri sebatian organik?
Berasal daripada benda hidup
Takat lebur tinggi
Sangat larut dalam air
Tidak mudah terbakar
Antara sebatian karbon berikut, yang manakah sebatian karbon bukan organik?
Sutera
Petroleum
Karbon monoksida
Etanol
Dalam kitar karbon, karbon dioksida diserap daripada atmosfera melalui proses X. Apakah proses X?
Respirasi
Pembakaran terbuka
Penguraian bahan sisa organik
Fotosintesis
Hidrokarbon yang manakah dihasilkan daripada pereputan fosil tumbuhan oleh tindakan bakteria?
Arang batu
Arang kayu
Petroleum
Gas asli
Antara berikut, yang manakah sebatian karbon bukan organik?
Glukosa
Protein
Etanol
Kalsium karbonat
Sebatian hidrokarbon ialah sebatian karbon organik yang terdiri daripada
karbon dan oksigen
karbon dan magnesium
karbon dan hidrogen
karbon dan nitrogen
Antara berikut, yang manakah adalah hidrokarbon tak tepu?
Etena
Propana
Etanol
Gliserol
Antara berikut, yang manakah bukan dari siri homolog alkana?
Propena
Propana
Etana
Butana
Keterangan berikut adalah berkaitan sebatian karbon X.
Mempunyai sekurang-kurangnya satu ikatan kovalen ganda dua di antara atom karbon dengan atom karbon ( C = C )
Antara berikut, yang manakah benar tentang X?
Suatu alkana
Suatu hidrokarbon tepu
Larut dalam air
Terbakar menghasilkan karbon dioksida dan air
Bahan T terdiri daripada hidrogen dan karbon sahaja. Berasal daripada haiwan dan tumbuhan yang sudah mati. Apakah bahan T?
Intan
Petroleum
Etanol
Susu
Berdasarkan senarai di bawah, bahan manakah yang terdiri daripada hidrokarbon?
K - Arang batu
L - Etanol
M - Gas asli
N - Petroleum
K dan M
L dan N
K, M dan N
K, L , M dan N
Mengapakah petroleum boleh diasingkan kepada pecahan hidrokarbon melalui penyulingan berperingkat?
Ketumpatan berbeza
Takat didih yang berbeza
Keterlarutan yang berbeza
Unsur juzuk yang sama
Pengasingan komponen dalam petroleum mentah boleh dilakukan kerana komponen-komponennya...
mempunyai saiz molekul yang berbeza
mempunyai jisim yang berbeza
mempunyai takat didih yang berbeza
mempunyai ketumpatan yang berbeza
P, Q, R dan S adalah pecahan hidrokarbon yang diperoleh daripada penyulingan berperingkat.
P - Petrol
Q - Kerosin
R - Diesel
S - Gas petroleum
Antara berikut, yang manakah menunjukkan susunan pecahan mengikut takat didih, dari yang terendah ke tertinggi?
S, P, R, Q
Q, P, R, S
S, P, Q, R
R, Q, P, S
Bahan yang mempunyai ciri-ciri mudah terbakar, tanpa warna dan pelarut organik mungkin adalah
polimer sintetik
alkohol
getah asli
asid lemak
Sumber bagi sebatian hidrokarbon ialah
petroleum
arang batu
gas asli
baja asli
Ciri-ciri lemak tepu ialah
kandungan kolesterol tinggi
takat lebur tinggi
berasal daripada haiwan
berasal daripada tumbuh-tumbuhan
Pilih konsep lemak tepu yang betul.
Lemak tepu adalah lemak yang kandungan kolesterol tinggi, takat lebur tinggi dan berasal daripada haiwan.
Lemak tepu adalah lemak yang kandungan kolesterol tinggi, dan berasal daripada haiwan.
Lemak yang kandungan kolesterol tinggi dan berasal daripada haiwan adalah lemak tepu.
Lemak yang kandungan kolesterol tinggi dan berasal daripada tumbuhan adalah lemak tepu.
Antara berikut, yang manakah merupakan kesan pengambilan alkohol yang berlebihan?
Menyebabkan radang hati
Mengakibatkan sakit sendi
Mengakibatkan aneroksia nervosa
Menyebabkan batuk yang teruk
Maklumat berikut adalah mengenai beberapa contoh lemak : Santan dan Mentega
Apakah persamaan bagi lemak-lemak yang disenaraikan
Terdiri daripada karbon, hidrogen dan oksigen
Mempunyai lebih dari satu ikatan gandadua
Mempunyai takat lebur yang rendah
Lemak tidak tepu
Rajah 1 menunjukkan keratan rentas arteri seseorang individu. Antara berikut, yang manakah patut diamalkan oleh individu tersebut?
Mengelakkan makanan yang kaya dengan serat
Mengelakkan makanan yang kaya dengan mineral
Mengelakkan makanan yang kaya dengan lemak
Mengelakkan makanan yang kaya dengan protein
Berikut adalah ciri-ciri alkohol
Takat didih 78oC
Mudah meruap
Tidak berbau
Terbakar dalam udara dengan nyalaan biru dab menghasilkan jelaga
Mudah larut dalam minyak
Berikut merupakan kesan pengambilan lemak yang berlebihan dalam pemakanan terhadap kesihatan
Tekanan darah tinggi
Strok
Diabetes Melitus
Arterosklerosis
