WorksheetsPengurusan jenazah Siri 2 T3 KSSM
Total questions: 19
Worksheet time: 12mins
Manakah EMPAT yang berikut kewajipan terhadap jenazah
Memandikan jenazah
Mengafankan jenazah
Menyembahyangkan jenazah
Mengebumikan jenazah
Mentahlilkan jenazah
Memandikan jenazah bermaksud
Meratakan air ke seluruh tubuh jenazah
Membasuh anggota Wuduk jenazah berserta dengan niat
Mencantikan dan menguruskan anggota tubuh jenazah dengan sempurna mengikut syarat tertentu
Tujuan memandikan jenazah adalah
Untuk membersihkan jenazah dan memuliakannya
Untuk meraikan kehilangan orang tersayang dengan memandikan
Menyiram air terakhir ketubuh jenazah
Mana-mana bahagian badan yang terpisah semasa memandikan jenazah seperti rambut, gigi atau kulit hendaklah......
Dikebumikan bersama sama dengan jenazah
Diwudukkan bersama sama dengan jenazah
Diasingkan daripada jenazah semasa pengkebumian
Manakah antara empat berikut adalah kaifiat memandikan jenazah.
Meletakkan jenazah di tempat yang agak tinggi untuk memudahkan air mengalir.
Memastikan aurat jenazah ditutup
Menekan perut jenazah untuk mengeluarkan najis dan kotoran
Membersihkan seluruh tubuh jenazah daripada najis dan sebarang benda yang boleh menghalang air
Anggota seperti gigi jenazah, lubang hidung, telinga dan celah-celah kuku tidak perlu dibersihkan.
Manakah EMPAT yang berikut adalah kaifiat memandikan jenazah.
Jenazah diwudukkan dengan sempurna.
Berniat ketika memandikan jenazah, sahaja aku memandikan wajib untuk jenazah kerana Allah
Menyiram seluruh tubuh jenazah dengan air yang telah dicampurkan dengan daun Bidara dan sabun.
Membilas seluruh badan jenazah dengan air.
Jenazah di mandikan dengan air yang dicampur dengan kapur Sirih.
Mengapankan jenazah bermaksud
Menutup seluruh tubuh jenazah dengan sekurang kurangnya sehelai kain.
Menutup seluruh tubuh jenazah dengan sekurang kurangnya dua helai kain.
Menutup seluruh tubuh jenazah dengan sekurang kurangnya tiga helai kain.
Tujuan mengapankan jenazah adalah
Menutup aurat jenazah
Menghindar jenazah daripada dimakan binatang
Menjauhkan jenazah daripada bau busuk
Dua yang berikut adalah benar tentang pengurusan jenazah.
Kapas yang diletakkan pada jenazah ditaburkan dengan kapur barus dan diletakkan pada bahagian-bahagian jenazah yang berongga serta anggota-anggota sujudnya.
Tali Kapan yang membalut jenazah dibuka kembali ketika dalam kubur.
Kubur jenazah wajib ditabur bunga dan disiram air mawar.
Manakah TIGA cara mengapankan jenazah?
Afdhal dikafankan dengan tiga lapisan kain putih untuk lelaki
Satu lapisan baju untuk menutup bahagian tubuh jenazah perempuan.
Jenazah perempuan afdal kafankan dengan lima lapisan kain putih.
Lapisan tudung untuk menutup bahagian kaki jenazah perempuan.
Menyembahyangkan jenazah bermaksud
Solat yang dilakukan ke atas jenazah dengan kaifiat tertentu.
Doa ke atas jenazah yang dilakukan dengan cara tertentu.
Solat ke atas jenazah ketika selepas solat Fardu.
Tujuan menyembahyangkan jenazah adalah
Mendoakan jenazah agar mendapat rahmat dan keampunan Allah.
Menjadikan jenazah yakin akan mendapat syurga Allah.
Menjauhkan jenazah daripada gangguan syaitan.
Menghalang jenazah daripada di soal malaikat.
أصلي على هذا الميت أربع تكبيرات فرض الكفاية إماما لله تعالى
Adalah lafaz niat solat jenazah.
Adalah bacaan selepas takbir pertama.
Adalah doa kesejahteraan ke atas mayat.
اللهم صلي على محمد
وعلى ال محمد كما صليت على إبراهيم وعلى ال إبراهيم وبارك على محمد وعلى ال محمد كما باركت على إبراهيم وعلى ال إبراهيم في العالمين إنك حميد مجيد
Dibaca ketika takbir pertama
Dibaca selepas takdirkan kedua
Dibaca selepas takbir keempat
Mengebumikan jenazah bermaksud
Mengebumikan jenazah dalam tanah mengikut kaifiat yang tertentu
Menghilangkan pandangan masyarakat daripada melihat jenazah
Meletakkan jenazah di tempat tertentu sementara menunggu hari kiamat
Mana TIGA yang berikut adalah kaifiat mengkebumikan jenazah
Sunat mendahulukan kepala jenazah ketika dihulurkan ke dalam kubur
Sunat orang yang meletakkan jenazah ke dalam kubur membaca
بسم الله وعلى سنة رسول الله
Wajib diletakkan jenazah di atas rusuk kanan dengan menghadap ke arah kiblat
Kubur yang dibina tidak perlu diambil kira sama ada dapat menahan baru atau dibongkar binatang buas.
Dua yang berikut adalah jenis kubur bagi menempatkan jenazah
Liang Lahad dibuat pada dinding kau buat sekiranya tanah keras
Liang kubur dibuat secara lubang di tengah-tengah bahagian kubur sekiranya tanah lembut dan berpasir
Liang kubur tidak mengambil kira struktur tanah sama ada berair atau mudah runtuh.
Daripada Ummu Atiah berkata;
Nabi masuk menemui kami ketika sedang memandikan jenazah anak perempuan baginda, lalu baginda bersabda:
Mandikanlah dia 3 atau 5 kali atau lebih dengan campuran air bidara dan jadikanlah mandi yang akhir dengan___________________.
Air bercampur kapur barus
Air bercampur sabun
Air bercampur daun bidara
Air bercampur daun herba
Niat semasa memandikan mayat
نويت الغسل الواجب لهذا الميت لله تعالى
دويت التيمم باستباحة فرض الصلاة لله تعالى
نويت رفع الحدث الأكبر لله تعالى
نويت رفع الجنابة لله تعالى
أصل على هذا الميت أربع تكبيرات لله تعالى
