Worksheetsbab 7 geo
Total questions: 14
Worksheet time: 7mins
Antara berikut, manakah kegiatan ekonomi yang tergolong dalam sektor primer?
I Penternakan
II Perindustrian
III Pelancongan
IV Pertanian
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah sektor ekonomi yang dikaitkan dengan kegiatan di bawah ?
* Memproses getah untuk dijadikan sarung tangan
* Memasang kereta, van dan lori
Primer
Sekunder
Perkhidmatan
Tertier
Kegiatan ekonomi merujuk kepada kegiatan manusia di sesuatu kawasan untuk menghasilkan apa ?
Menghasilkan makanan
Menghasilkan tenaga elektrik
Menghasilkan sumber semulajadi
Menghasilkan pendapatan
Apakah tanaman utama yang boleh dikaitkan dengan lokasi di bawah.
* Cameron Highlands
* Kundasang
Teh
Lada hitam
Durian Musang King
Koko
Kombinasi manakah benar tentang lokasi kawasan pelancongan dengan negerinya.
Pantai Irama, Sabah
Pulau Perhentian, Johor
Taman Negara Niah, Sarawak
Pantai Klebang, Perlis
Tanih jenis pasir sangat sesuai untuk tanaman berikut?
I Padi
II Nanas
III Kelapa
IV Gajus
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Berdasarkan Foto, apakah peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan tersebut?
Memasarkan hasil perikanan
Memacu aktiviti penghutanan semula
Membuka kawasan pertanian baru
Mengutip tol di lebuhraya
Apakah sektor ekonomi yang dikaitkan dengan teknologi pembiakan baka?
Perlombongan emas
Penternakan lembu
Perkhidmatan
Perikanan laut dalam
Apakah sektor ekonomi yang menggalakkan proses pembandaran di lokasi berikut?
· Petaling jaya
· Shah Alam
· Bayan Lepas
Perindustrian
Pertanian
Pembalakan
Perlombongan
Kemajuan ekonomi telah berjaya mengurangkan pergantungan kepada barangan import. Apakah langkah-langkah yang dijalankan di Malaysia untuk mengurangkan import tersebut?
I Menggalakkan pertumbuhan sektor Industri Kecil Sederhana (IKS)
II Memacu pertumbuhan kawasan bandar-bandar baharu
III Membuka lebih banyak pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta
IV Menggalakkan pengeluaran sektor pertanian seperti buah-buahan, sayur-sayuran, perikanan dan penternakan.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah jenis industri yang dikaitkan dengan produk yang ditunjukkan diatas
industri automotif
industri berasaskan kayu
industri berasaskan kelapa
industri berasaskan kelapa sawit
Apakah jenis sektor ekonomi yang dikaitkan dengan maklumat dibawah?
*Guru
*Pemandu Pelancong (tour guide)
sektor tertier
sektor primer
sektor sekunder
kegiatan ekonomi hiliran
Apakah tujuan utama langkah yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan di negara kita?
* Menggalakkan sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
*Menggalakkan pengeluaran sektor pertanian, perikanan dan penternakan
mengawal harga barangan
mengurangkan kebergantungan import
meningkatkan kecekapan penghataran barang
mewujudkan lebih banyak penyelidikan dan pembangunan
Apakah peranan agensi dalam rajah diatas
memberikan kepakaran
mempromosikan produk
mengeluarkan modal domestik
membekalkan tenaga buruh mahir
