NEW
Font size
Worksheetsdrama anna
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apakah tema@pemikiran bagi Drama Anna?
pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan anaknya.
pergolakan rumah tangga yang berlaku dalam kehidupan sepasang suami isteri.
keprihatinan seorang sahabat dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sahabat karibnya,
pemuda melayu yang berjaya melanjutkan pelajaran sehingga luar negara
Pilih perwatakan Zaki yang betul di bawah ini.
Seorang yang berdikari
seorang pemuda yang berasal daripada London.
seorang anak yang mengenang jasa ibunya
seorang doktor pakar mata
Mak Munah sentiasa mencari rezeki demi menampung perbelanjaan Zaki semasa belajar di London
kegigihan
toleransi
keadilan
rasional
Anna bertindak dengan mengambil keputusan pulang kepada daddynya di London kerana dia merasakan dirinya kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada Zaki. Dia juga menganggap Zaki terlebih sayang kepada ibunya, Mak Munah.
Pilih kritikan terhadap masyarakat/kritikan sosial yang sesuai dengan pernyataan di atas.
kritikan terhadap masyarakat yang gemarkan hiburan
kritikan masyarakat yang benci akan ibunya
kritikan masyarakat yang tidak memahami budaya Malaysia
kritikan terhadap masyarakat yang mementingkan diri sendiri
Anna membuat keputusan terburu buru. Sepatutnya dia perlu memahami tentang situasi Zaki dan memikirkan masa depan anaknya.
Nyatakan persoalan yang sesuai dengan pernyataan di atas.
persoalan tentang sikap jujur dan ikhlas amat penting dalam kehidupan
persoalan tentang pentingnya bersikap sabar dalam membuat keputusan dan tindakan
persoalan tentang kasih sayang anak terhadap ibunya
persoalan tentang perbezaan dua budaya
Anna teringat dan terdengar suara ghaib iaitu suara daddy Anna yang berkata Anna tidak akan Bahagia dengan Zaki kerana kasih sayang daddynya lebih kuat dari Zaki.
Pilih Teknik plot yang sesuai dengan pernyataan di atas.
imbas kembali
imbas muka
dialog
monolog dalaman
Anna tidak memahami budaya keluarga suaminya.
Nyatakan kritikan terhadap masyarakat/kritikan sosial yang sesuai dengan pernyataan tersebut.
Kritikan terhadap masyarakat yang tidak mentingkan kasih sayang dalam kehidupan.
Kritikan terhadap masyarakat yang suka mengambil kesempatan.
Kriitikan terhadap masyarakat barat yang tidak pandai berdikari.
kritikan terhadap anggota masyarakat yang gagal memahami budaya bangsa lain
Pilih latar tempat yang betul yang terdapat dalam Drama Anna
Klinik Doktor Chan. Zaki membawa ibunya ke Klinik Doktor Chan untuk mendapatkan rawatan.
Universiti Malaya. Zaki menyambung pelajarannnya di Universiti Malaya.
Bilik menanti, Lapangan Terbang. Anna menunggu penerbangannya ke England di Bilik Menanti
Kampung Sentosa. Zaki dan ibunya tinggal di Kampung Sentosa.
Pilih peristiwa yang sesuai dengan teknik plot, konflik.
Anna kecewa terhadap Zaki yang lebih mengutamakan ibunya dan merasakan dirinya diabaikan oleh Zaki.
Dr.Chan cuba memujuk Anna supaya tidak meninggalkan Zaki dan anaknya, Tina.
Dr.Chan meminta Zaki supaya memberikan masa kepada Anna untuk berfikir semula
A. Anna teringat kata kata daddynya yang mengatakan dia tidak akan bahagia jika bersama Zaki.
Pilih pengajaran yang tidak terdapat dalam Drama Anna.
Kita hendaklah menyayangi ibu.
Kita hendaklah bersemangat patriotik.
Kita hendaklah memahami budaya masyarakat lain.
Kita hendaklah rajin bekerja demi menyara keluarga.
