wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa Melayu (Tatabahasa)

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.


Ramli dan adik suka bermain __________ semasa berkelah di tepi pantai bersama ahli keluarga.

a)

layang-layang

b)

rama-rama

c)

anai-anai

d)

jentik-jentik

2.

Emak memasukkan ____________ semasa memasak kari ayam agar lebih harum.

a)

rumput-rumpai

b)

rempah-ratus

c)

saki -baki

d)

kuih-muih

3.

Timun itu __________ nipis dengan menggunakan sebuah pisau.

a)

dipotong

b)

dicantas

c)

dihiris

d)

dibelah

4.

Pilih maksud bagi perkataan yang bergaris.


Izzudin memeluk pinggang ayahnya erat-erat apabila membonceng motosikal ayahnya dalam perjalanan ke rumah datuk.

a)

tidak bercakap

b)

hubungan yang baik

c)

tidak longgar,ketat

d)

keteguhan

5.

Ayah Kok Meng ___________ ikan di atas alat penimbang sebelum dijual kepada pembeli.

a)

menimbang

b)

membelek

c)

menyiang

d)

memotong

6.

Pak Seman rajin ______ beratus-ratus batang lemang yang ditempah oleh para pelanggannya menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri.

a)

menjerang

b)

menanak

c)

mengukus

d)

membakar

7.

Pilih ayat yang betul.

a)

Jamilah berasa pening kepala apabila melalui jalan yang kucai-kacir itu.

b)

Encik Ruben sentiasa mengawasi anaknya yang sedang mandi-manda di tepi kolam.

c)

Keadaan di pasar malam comot-momot kerana ramai pengunjung mengunjung ke sini.

d)

Lori yang mundar-mandir di kawasan perumahan Taman Indah telah mengakibatkan kerosakan jalan yang teruk.

8.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I. Kanak-kanak itu menangis teresak-esak apabila

dihantar oleh ibunya ke rumah pengasuh.


II. Rambut Fariz porak-peranda kerana ditiub angin

kencang.


III. Tukang kayu itu menggunakan sebilah jejari untuk

mengukur sudut tepat.


IV. Majlis itu meriah apabila ketibaan tetamu

khas disambut dengan paluan kompang.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

9.

Pilih jawapan yang betul mengikut urutan.


Pada minggu yang lepas, kami sekeluarga _____i____ hari jadi adik yang ke-10. Ramai saudara-mara telah ____ii______ke rumah untuk memeriahkan suasana sambutan hari jadi. Ayah dan abang sibuk ___iii_____rumah dengan belon yang berwarna-warni. Saya dan ibu pula sibuk menyediakan makanan yang enak di dalam dapur. Adik pula ____iv____sepasang baju baharu yang dihadiahi oleh datuk.

a)

mengikut , dihantar , mengecat, membeli

b)

memanggil, diberi, menconteng, mengoyak

c)

menyambut, dijemput, menghias, memakai

d)

menyandang, dilayan, meniup, membasuh

10.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I. Pak Ali menconteng pokok itu supaya redup.


II. Aziz mengikat tali kasutnya dengan kemas sebelum keluar dari rumah.


III. Shamsudin tercengang apabila dimarahi oleh seorang pelanggan dengan tiba-tiba.


IV. Pasukan bola sepak SJKC Baling bersorak kemenangan setelah mendapat keputusan.

a)

I, II dan III

b)

II, III,dan IV

c)

I,III,IV

d)

I,II,III,IV