WorksheetsBIJAK URUS WANG TAHUN 4
Total questions: 13
Worksheet time: 7mins
Zarif berhasrat untuk membeli set catur yang berharga RM142.00. Namun, wang yang disimpan oleh beliau masih belum mencukupi. Apakah cara yang betul yang boleh beliau guna untuk membolehkan beliau membeli set catur itu?
Berbelanja dengan boros.
Membeli barangan lain tanpa menyimpan.
Memberi wang simpanan beliau kepada rakan-rakan.
Mengambil upah mencuci kereta.
Jika Arora berjaya menyimpan RM40 sebulan, berapa bulankah Arora akan berjaya untuk membeli sepasang kasut sukan yang berharga RM125.00 ?
2 bulan
3 bulan
4 bulan
5 bulan
Jika Haikal berjaya menyimpan RM7.50 seminggu, berapakah jumlah wang yang berjaya disimpan oleh Haikal dalam masa sebulan?
RM20
RM30
RM40
Jika Naim berjaya menyimpan RM30 sebulan, berapakah wang yang berjaya disimpan oleh Naim dalam masa setahun?
RM360
RM370
RM380
Jika Adam mampu menyimpan RM360 setahun dengan hanya menabung RM1.50 sehari, adakah anda mahu menjadi seperti Adam?
Ya, saya mahu menjadi seperti Adam.
Tidak, saya tidak mahu menabung.
Aiman ada RM45 di dalam saku. Beliau berhasrat untuk membeli raket badminton namun wang beliau tidak mencukupi. Jadi beliau berhutang dengan kawannya untuk membeli raket tersebut.
Adakah ianya langkah yang betul bagi Aiman?
BETUL
SALAH
Manakah antara kasut berikut yang wajar dibeli oleh Cikgu Radzwan untuk kegunaan kelas Pendidikan Jasmani?
Kasut pertama
Kasut kedua
Kasut ketiga
'Key chain' ini berharga RM 7.90. Sheera menyimpan wang sebanyak 50 sen sehari selama sepuluh hari. Dapatkah Sheera membeli 'key chain' tersebut?
Ya
Tidak
Nyatakan cara yang SALAH untuk menyimpan wang.
Menabung.
Meyimpan lebihan wang saku.
Melabur wang dalam Skim Cepat Kaya.
Menyimpan wang dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
Nyatakan cara-cara pengurusan kewangan dengan betul
rancang perbelanjaan
boros berbelanja
membeli barang yang tidak manfaat
meminjam wang dengan banyak
Apakah maksud berbelanja dengan bijak?
membeli banyak barang kehendak
membeli sesuatu mengikut kemampuan dan kehendak
mengukur baju di badan rakan
membeli sesuatu mengikut kemampuan dan keperluan
Berikut adalah cara yang bijak untuk mengurus wang KECUALI ..........
kegunaan masa hadapan
waktu kecemasan
menyambung pelajaran
berbelanja setiap masa
Pilih 3 keperluan seorang murid ?
Buku tulis
Alat tulis
Beg sekolah
Telefon pintar
