wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

pencaran biji benih

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.
Berdasarkan ciri biji benih yang dapat diperhatikan pada rajah yang ditunjukkan, apakah kaedah pencarannya?
a)
air
b)
angin
c)
haiwan
d)
mekanisma letupan
2.
Apakah yang terdapat pada biji benih yang ditujukkan untuk biji benih ini dipencarkan oleh angin?
a)
ringan dan berisi
b)
mempunyai struktur bersayap 
c)
berbau wangi dan ringan
d)
berisi dan ringan
3.
Cara pencaran yang ditujukkan oleh biji benih sesuai dengan ciri-cirinya. Apakah ciri-ciri yang terdapat pada biji benih ini ?
a)
apabila matang, kulit yang paling luar akan merekah.
b)
ringan dan mudah ditiup angin
c)
warna yang menarik
d)
menghasilkan bau yang harum
4.
Buah betik dipencarkan oleh haiwan.  Nyatakan dua ciri yang terdapat pada buah betik untuk ia sesuai dipencarkan oleh haiwan.
a)
warna yang cerah dan mempunyai isi.
b)
warna yang cerah dan ringan
c)
ringan dan berbau harum
d)
warna yang pudar dan berbau harum
5.
Antara berikut, yang manakah mempunyai cara pencaran yang sama seperti buah seperti rajah ini?
a)
biji benih angsana
b)
biji benih meranti
c)
buah kelapa
d)
buah keembung
6.
Buah ini mempunyai duri untuk melindungi diri dari musuh.  Tetapi, bagaimana haiwan tertarik dengan nya? 
a)
bau yang harum dan ringan
b)
mempunyai isi dan berbau harum
c)
warna yang menarik
d)
mudah untuk memakannya
7.
Antara ciri-ciri buah berikut, yang manakah tidak membantu biji benih dalam pencaran oleh haiwan?
a)
buah yang berisi tebal
b)
buah yang berbau wangi
c)
buah yang berwarna cerah
d)
buah yang menghasilkan getah yang melekit
8.
Buah kelulut dan kemuncup juga dipencarkan oleh haiwan.  Walaupun kedua-duanya tidak mempunyai warna yang menarik dan menghasilkan bau yang harum, ia mempunyai ciri yang istimewa.  Apakah ciri yang terdapat pada kedua-duanya untuk membolehkan ia dipencarkan oleh haiwan?
a)
mempunyai kulit kalis air
b)
mempunyai rongga udara
c)
mempunyai cangkuk
d)
mempunyai isi yang sedap
9.
Berikut merupakan pernyataan tentang buah pokok T. 
"Buah menjadi kering dan meletup untuk memencarkah biji benihnya"
Pokok T ialah...................
a)
pokok betik
b)
pokok kelapa
c)
pokok semalu
d)
pokok getah
10.
Berikut merupakan ciri-ciri yang terdapat pada buah M.
*mempunyai kulit berlilin
*mempunyai rongga udara pada sabutnya
Apakah ajen pencaran yang sesuai bagi buah M?
a)
air
b)
angin
c)
haiwan
d)
mekanisme letupan
11.

Apakah yang bakal berlaku sekiranya biji benih tumbuhan tidak dipencarkan?

a)

biji benih tidak akan bersaing untuk memperolehi cahaya Matahari, air dan ruang

b)

biji benih akan terus hidup

c)

biji benih akan bersaing untuk memperolehi cahaya matahari , air dan nuterian.

12.

Apakah yang dimaksudkan dengan pencaran biji benih?

a)

Hubungan makanan antara hidupan

b)

Satu cara membawa biji benih yang dihasilkan jauh daripada induknya

c)

Gabungan dua atau lebih rantai makanan

d)

Keupayaan hidupan meneruskan kehidupan bagi memastikan spesiesnya terus kekal

13.

Antara berikut, biji benih yang manakah dipencarkan oleh air?

a)

Buah pong-pong

b)

Buah tembikai

c)

Kacang bendi

d)

Meranti

14.

Bagaimanakah tupai dapat membantu dalam pencaran biji benih tumbuhan?

a)

Tupai menghanyutkan buah/ biji benih ke dalam air

b)

Tupai menyembunyikan biji benih/ buah yang dimakan

c)

Tupai menerbangkan biji benih/buah

d)

Tupai meletupkan sendiri biji benih/buah

15.

Antara berikut, yang manakah merupakan agen pencaran bagi buah berikut?

a)

Air

b)

Angin

c)

Haiwan dan manusia

d)

Mekanisme letupan

16.

Pak Abu menemui anak pokok maggis tumbuh di kebunnya sedangkan dia tidak menanam pokok itu. Bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku?

a)

Biji benih manggis dibawa oleh monyet ke kebun Pak Abu

b)

Biji benih manggis diterbangkan oleh angin ke kebun Pak Abu

c)

Biji benih manggis dihanyutkan ke kebun Pak Abu semasa hujan lebat

d)

Biji benih manggis tercampak ke kebun Pak Abu secara mekanisme letupan

17.

Tumbuhan memastikan kemandirian spesiesnya dengan cara memencarkan biji benih. Mengapakah biji benih tumbuhan perlu dipencarkan?

a)

Untuk mengelakkan induk daripada mati

b)

Tumbuhan boleh mengalami kepupusan

c)

Untuk mengelakkan persaingan antara anak benih dengan induk

d)

Pertumbuhan tumbuhan terganggu kerana berjauhan dengan induk.

18.

Rajah menunjukkan dua jenis biji benih. Apakah agen pencaran bagi kedua-dua biji benih itu?

a)

Air

b)

Angin

c)

Manusia dan haiwan

d)

Mekanisme letupan

19.

Rajah menunjukkan biji benih dandelion. Apakah ciri biji benih ini yang membolehkannya dipencarkan oleh angin?

a)

Ringan

b)

Berwarna terang

c)

Kalis air

d)

Mempunyai cangkuk

20.

Apakah agen pencaran buah-buahan ini?

a)

Air

b)

Angin

c)

Manusia dan haiwan

d)

Mekanisme letupan

21.

Rajah menunjukkan sejenis buah yang dipencarkan oleh air. Apakah ciri-ciri yang terdapat pada buah ini?

a)

Berwarna menarik dan berbau harum

b)

Mempunyai sabut berongga dan berwarna menarik

c)

Ringan dan kalis air

d)

Kulit kalis air dan mempunyai sabut berongga

22.

Rajah menunjukkan satu biji benih. Antara berikut biji benih manakah boleh dikelaskan sama dengan biji benih ini?

a)

Buah getah, betik, buah meranti

b)

Rambutan, mangga, lalang

c)

Buah getah, kacang benci, kacang panjang

d)

Kelapa, kacang bendi, kemuncup

23.

Apakah ciri-ciri biji benih yang dipencarkan oleh angin?

a)

Berwarna terang

b)

Boleh dimakan

c)

Kulit yang kalis air

d)

Halus dan ringan

24.

Apakah ciri-ciri biji benih yang dipencarkan oleh mekanisme letupan?

a)

Merekah apabila matang

b)

Mempunyai cangkuk

c)

Mempunyai struktur seperti sayap

d)

Kulit yang kalis air

25.

Apakah ciri tumbuhan yang membolehkan ia dipencarkan oleh air?

a)

RIngan

b)

Berwarna terang

c)

Kalis air

d)

Berbau wangi

26.

Berdasarkan ciri biji benih yang dapat diperhatikan pada biji benih angsana, apakah kaedah pencarannya?

a)

air

b)

angin

c)

haiwan

d)

mekanisma letupan

27.
Kapas dan lalang memencarkan biji benihnya dengan angin.  Walaupun biji benih kapas dan lalang tidak mempunyai struktur bersayap. Apakah ciri yang terdapat  pada kedua-duanya untuk biji benihnya dipencarkan oleh angin?
a)
berduri
b)
ringan
c)
kutikel keras
d)
mempunyai rongga udara
28.

Nyatakan agen pencaran bagi buah getah

a)

Angin

b)

Air

c)

Haiwan dan manusia

d)

Mekanisme letupan

29.

Nyatakan agen pencaran bagi biji saga?

a)

Angin

b)

Air

c)

Haiwan dan manusia

d)

Mekanisme letupan

30.

Rajah menunjukkan sejenis buah. Apakah kaedah penyebarannya?

a)

Haiwan

b)

Angin

c)

Mekanisme Letupan

d)

Air