WorksheetsBAHASA MELAYU PEMAHAMAN (11-20)
Total questions: 10
Worksheet time: 3hrs 30mins
11. Beberapa orang hulubalang dihadapkan ke balairung seri kerana ingkar akan perintah Raja Linggi.
Berdasarkan situasi bagi rangkai kata bergaris dalam ayat di atas, apakah yang akan berlaku kepada Raja Linggi selepas itu?
A. gering
B. murka
C. beradu
D. bersiram
12. Banyak pelancong datang ke Rumah Peranginan Tanjung Seroja ketika cuti sekolah untuk bersantai dengan keluarga mereka.
Pilih perkataan sinonim bagi bersantai
A. berehat
B. berhenti
C. berteduh
D. berdamai
13.Kekurangan protein akan menjejaskan pembentukan darah dan menyebabkan badan seseorang mudah menjadi lesu.
Pilih perkataan antonim bagi lesu
A. lancar
B. rancak
C. cergas
D. cerdas
14. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Bagaimanakah petani itu mendapatkan maklumat tentang cara mengetut pokok?
A. Petani itu sedang mencari maklumat yang lengkap tentang cara untuk mengetut pokok.
B. Maklumat tentang cara mengetut pokok otu sangat memudahkan para petani di negara kita.
C. Petani itu mendapatkan maklumat tentang cara mengetut pokok daripada pegawai pertanian.
D. Ptani itu tidak menghadapi masalah untuk mendapoatkan maklumat tentang cara mengetut pokok.
15. Pilih ayat yang betul
A. Cerita Jenaka yang disampaikan oleh penglibur lara dapat menghilangkan kesedihan.
B. Kami menanti kepulangan Pak Su Khalid di Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuala Lumpur
C. Perlabuhan memainkan peranan penting dalam pembangunan perdagangan luar.
D. Pasukan pengakap itu sedang mendirikan bangsal berwarna hijau di tepi sungai.
16. Pilih ayat yang betul.
I. Lily berasa sedih kerana tidak dapat berlatih olahraga pada petang ini kerana demam.
II. Sayur-sayuran di dalam bakul plastik itu untuk memborong dari Kuala Lumpur.
III. Penerbit itu melancarkan majalah dwi-tahunan tentang pelancongan di Putrajaya.
IV. Keistimewaan burung unta ialah semua bahagiannya mempunyai nilai komersial.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
17. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Negeri Terengganu telah mengambil beberapa langkah drastik untuk mengawal penyu daripada pupus.
A. Beberapa langkah drastik telah dilaksanakan oleh negeri Terengganu untuk mengelakkan kepupusan penyu.
B. Negeri Terengganu menjaga penyu dengan melakukan beberapa langkah drastik untuk mengelakkan kepupusan.
C, Kepupusan penyu telah menyebabkan negeri Terengganu mengambil beberapa langkah yang drastik.
D. Untuk menjaga keselamatan penyu, negeri Terengganu telah merancang beberapa langkah drastik.
18. Antara yang berikut, yang manakah bukan tanda-tanda awal gigi reput?
A. sakit gigi
B. gigi kembang
C. gigi sensitif
D. gigi berlubang
19. Tindakan yang dapat kita lakukan jika kita tidak sempat untuk memberus gigi selepas makan ialah
A. flos gigi
B. lap mulut
C. berkumur
D. bercermin
20. Rangkai kata menanamkan minat dalam petikan bermaksud
A. menunaikan hajat
B. menyatakan hasrat
C. menunjukkan matlamat
D. menyemaikan kecenderungan
