Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa

Total questions: 14

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Malaysia terus mengorak langkah dalam bidang penerokaan angkasa lepas.


Subjek bagi penyataan di atas ialah...

a)

Malaysia

b)

Malaysia terus

c)

Malaysia terus mengorak langkah

2.

Pemilihan calon angkasawan pertama negara tidak menghadapi sebarang masalah.


Subjek bagi ayat di atas ialah

a)

Pemilihan

b)

Pemilihan calon

c)

Pemilihan calon angkasawan pertama negara

3.

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang merupakan peribahasa yang membawa maksud

a)

Hidup seperti ayam

b)

Kehidupan yang susah

4.

Mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan membawa maksud

a)

Tidak mahu menerima kekurangan diri

b)

Melepaskan keuntungan kecil demi sesuatu yang tidak pasti

c)

Tiada harapan untuk meneruskan kehidupan

5.

Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa haruslah saling menghormati agama, budaya dan adat resam masing-masing.


Semua jawapan di bawah merupakan kata nama KECUALI

a)

rakyat

b)

bangsa

c)

haruslah

d)

agama

6.

Ada sesetengah siswazah yang tidak optimistik dalam memilih bidang kerjaya.


Kata adjektif yang digunakan ialah

a)

Siswazah

b)

Optimistik

c)

Bidang

7.

Kementerian Pendidikan Malaysia sedang berusaha untuk memperkasakan pendidikan di negara kita.


Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan

a)

Kata nama am

b)

Kata nama khas

c)

Kata nama terbitan

8.

Orang mengantuk disorongkan bantal bermaksud

a)

Mendapat manfaat daripada tidur yang berkualiti

b)

Mendapat keuntungan

c)

Sesoorang yang mendapat apa yang diinginkan

9.

Pihak kementerian telah menubuhkan Jawatankuasa Pengendalian Kes Covid-19 bagi mengurus masalah ini.


Jawapan yang manakah BUKAN kata kerja?

a)

Kementerian

b)

menubuhkan

c)

mengurus

10.

Kajian mendapati bahawa graduan yang beretika dan mempunyai nilai spiritual yang baik biasanya mudah ditawarkan pekerjaan.


Kata hubung dalam ayat di atas ialah

a)

dan

b)

beretika

11.

Sebagai sebuah negara yang didiami oleh kaum yang bagai, peranan bahasa Melayu perlu dipandang lebih serius.


Kesalahan bahasa adalah pada perkataan

a)

sebuah

b)

bagai

c)

serius

12.

Terdapat setengah pihak yang beranggapan bahawa kedudukan bahasa Melayu kini sudah terjamin kerana menjadi bahasa rasmi.


Kesalahan bahasa adalah pada perkataan

a)

bahasa

b)

setengah

c)

terjamin

13.

Jika bahasa asing diajar terlebih dahulu tanpa memberi penekanan kepada bahasa ibonda, keadaan ini akan mengundang masalah budaya bahasa.


Perkataan ibonda sepatutnya dieja seperti...

a)

bonda

b)

ibunda

c)

Ibu anda

14.

Guru membentuk murid untuk menjadi warganegara yang berguna.


Ayat pasif yang sesuai bagi ayat ini ialah

a)

Murid dibentuk oleh guru untuk menjadi warganegara yang berguna

b)

Untuk menjadi warganegara yang berguna, guru membentuk murid