NEW
Font size
WorksheetsPenilaian Pengetahuan C01
Total questions: 20
Worksheet time: 3600secs
Apakah maksud menjaga kebersihan salun?
lantai dibasmi kuman
pencahayaan yang cukup
gantian udara yang terhad
menghias salon dengan cantik
Apakah yang dimaksudkan oleh Kelengkapan perlindungan diri (PPE)?
Peralatan keselamatan yang perlu di pakai oleh Juru Estetik
Peralatan mencuci yang digunakan dengan membasmi kuman
Peralatan kesihatan dan kebakaran seperti peti pertolongan cemas dan alat pemadam api.
Sesuatu yang digunakan atau dipakai oleh seseorang untuk mengurangkan risiko kepada kesihatan atau keselamatan seseorang individu dan termasuk pelbagai pakaian dan peralatan keselamatan
Antara berikut yang manakah bukan merupakan alat kelengkapan perlindungan diri (PPE)?
Jelaskan maksud Standard Operating Procedure?
Panduan di tempat kerja
Arahan yang menerangkan cara penggunaan alatan
Menerangkan apa yang perlu dilakukan oleh pekerja di dalam dan di luar organisasi
Arahan yang menerangkan langkah – langkah yang harus diikuti dalam menjalankan sesuatu kerja dan menggunakan sesuatu peralatan dalam kawasan kerja
Antara berikut, yang manakah merupakan jenis-jenis ruang kerja?
I Kaunter menyambut pelanggan
II Bilik rawatan
III Bilik persalinan baju
IV Bilik perundingan
I dan II
II dan III
I,II dan III
I,II, III dan IV
Nyatakan ciri – ciri ruang kerja yang kondusif.
Persekitaran bising dan panas
Bersih, tersusun dan berbau segar
Ruang sempit dan wayar alatan berselerak
Ruang kerja yang sentiasa lembap dan berbau
Apakah fungsi alat berikut?
Untuk hiasan di bengkel
Untuk melegakan sakit dan demam
Untuk membersihkan dan membasmi kuman
Untuk memberikan rawatan awal kepada pelanggan sekiranya berlaku kecemasan
Apakah kegunaan pembalut jenis berpelekat atau plaster ?
Kegunaan untuk luka ringan dan lecet.
Kegunaan untuk luka parah.
Kegunaan untuk kecederaan lebam.
Kegunaan untuk perlindungan mata yang tercedera
Antara berikut yang manakah merupakan kelengkapan yang terdapat di dalam peti pertolongan cemas?
I Plaster
II Botol kaca
III Pita pelekat
IV Krim antiseptik
I dan II
I,II dan III
I,II,dan IV
I,III dan IV
Berikut adalah jenis – jenis alat pemadam api kecuali
Alat pemadam api jenis buih
Alat pemadam api jenis pasir
Alat pemadam jenis karbon dioksida
Alat pemadam api jenis serbuk kering
Susunkan cara penggunaan alat pemadam api yang betul
I. Tarik pin keselamatan
II. Tekan ganggang
III. Hala muncung ke dasar api
IV. Layangkan ke kiri dan kanan
I,II,III,IV
I,III,IV,II
II,III,IV,I
I,III,II,IV
Apakah jenis alat pemadam api yang dapat memadam kebakaran berpunca dari kelas A?
CO2.
Air dan debu kering.
Buih dan Air.
CO2 dan debu kering.
Agen atau bahan mencuci salun terdiri daripada:
Penyapu
Mop
Sabun/detergen
Tuala
Namakan tujuan bahan berikut
Mencuci muka
Memutihkan kulit
Membantu membasmi kuman
Membantu melembutkan kulit
Berikan 2 jenis pensterilan yang biasa dilakukan di bengkel.
Pensterilan Biologi dan Pensterilan Haba
Pensterilan Kimia dan Pensterilan Fizikal
Pensterilan Fizikal dan Pensterilan Biologi
Pensterilan Kimia dan Pensterilan Biologi
15. Susun langkah-langkah pensterilan alatan kecil
I. Cuci alatan dengan air suam
II. Keringkan dengan kain bersih
III. Rendam alatan di dalam cecair disenfektan
IV. Bilas alatan dan keringkan. Simpan di dalam kabinet
I, II, III,IV
I, IV,II, III
I, III, II,IV
II, III,IV,I
Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya sesuatu kemalangan di tempat kerja ?
Terlalu teliti
Sangat berhati-hati
Penggunaan peralatan yang salah
Tidak menggunakan peralatan rosak
Peralatan elektrik perlu di pasang di lokasi seperti
Di tempat yang basah
Mudah di capai oleh kanak-kanak
Di tempat yang sesuai dan selamat
Berdekatan dengan alat pemadam api
Di antara prosedur melaporkan alatan yang rosak adalah seperti berikut kecuali:
Catat jenis kerosakan
Laporkan kepada Penyelia
Membaiki sendiri peralatan tersebut
Hantar kepada pengilang untuk di baiki
Semasa prosedur Menangani Kecemasan dilakukan, tindakan yang perlu dilakukan apabila mendengar loceng amaran kecemasan ialah seperti berikut kecuali
Teruskan melakukan kerja.
Berkumpul di tempat yang selamat.
Tutup suis eletrik, air, bekalan gas dan lain-lain
Pastikan kawasan kerja selamat sebelum meninggalkan tempat kerja
