NEW
Font size
WorksheetsDokumen Perniagaan Sebagai Sumber Maklumat
Total questions: 12
Worksheet time: 12mins
Berikut merupakan kegunaan dokumen perniagaan dalam sesebuah perniagaan kecuali
A sebagai peringatan kepada peniaga tentang hutang yang perlu dijelaskan.
B sebagai bukti bertulis tentang berlakunya suatu urus niaga.
C untuk tujuan pemeriksaan taksiran cukai pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.
D sebagai rujukan utama penyediaan Penyata Kewangan perniagaan pada akhir tahun.
Pernyataan di atas berkaitan dengan satu jenis dokumen perniagaan.
Dokumen manakah menepati pernyataan-pernyataan tersebut?
A Resit rasmi
B Invois
C Memo
D Slip mesin daftar tunai
Rajah di atas ialah dokumen-dokumen perniagaan yang menjadi sumber rekod perakaunan.
Apakah X, Y dan Z?
A Nota debit, Memo dan Invois
B Memo, Nota debit dan Invois
C Nota kredit, Memo dan Invois
D Invois, Memo dan Nota kredit
Rajah di atas menunjukkan dokumen yang dihantar oleh pihak bank kepada peniaga.
Apakah dokumen tersebut?
A Nota Debit
B Nota Kredit
C Makluman Debit
D Makluman Kredit
Pernyataan manakah benar bagi dokumen di atas?
A Sebarang kesilapan dan ketinggalan dalam invois hanya boleh dibetulkan oleh Azhar bin Aziz sahaja
B Syarat 5% 14 hari dan 3% 30 hari merupakan diskaun tunai
C Kedai Runcit Rissa yang menyimpan invois asal
D Azhar bin Aziz yang menerima invois salinan
Pernyataan di atas merupakan dialog antara pembekal dengan pembeli.
Apakah dokumen perniagaan yang perlu dikeluarkan oleh Encik Farhan kepada Encik Saruddin?
A Nota debit asal
B Nota debit salinan
C Nota kredit asal
D Nota kredit salinan
Syarat ‘K. & K. di K.’ yang dinyatakan dalam invois menunjukkan bahawa...
A butiran boleh dibetulkan melalui nota debit atau nota kredit.
B butiran boleh dibetulkan melalui makluman debit atau makluman kredit.
C penjual tidak bertanggungjawab terhadap sebarang keciciran dan kerosakan barangan.
D pembeli hanya boleh menuntut gantian barangan rosak dalam tempoh masa yang telah dipersetujui antara pembekal dengan pembeli.
Mengapakah penyata akaun dikeluarkan oleh pembekal kepada pembeli?
A Untuk menunjukkan baki tunai di bank.
B Untuk memberikan ringkasan urus niaga kepada pembeli.
C Untuk menggalakkan pembeli membuat pembelian secara kredit.
D Untuk menggalakkan pembeli membuat pembelian secara tunai.
Soalan 9 & 10 adalah berpandukan dokumen di atas.
Pernyataan yang manakah menerangkan urus niaga dokumen tersebut?
A Sharina Trading menjual barangan elektrik kepada Kedai Elektrik Lucy secara tunai.
B Sharina Trading menjual barangan elektrik kepada Kedai Elektrik Lucy secara kredit.
C Kedai Elektrik Lucy menjual barangan elektrik kepada Sharina Trading secara tunai.
D Kedai Elektrik Lucy menjual barangan elektrik kepada Sharina Trading secara kredit.
Ketika memeriksa senarai harga, didapati harga sebuah seterika sebenarnya ialah RM45 sebuah tetapi tersilap rekod sebagai RM42 dalam dokumen tersebut.
Apakah dokumen sumber yang digunakan untuk membetulkan kesilapan tersebut?
A Nota debit
B Nota kredit
C Makluman debit
D Makluman kredit
Jika Nancy menjelaskan invois pada 22 Jun 2016, berapakah amaun wang yang perlu dibayar kepada Kedai Mesra?
A RM5 320
B RM5 040
C RM4 465
D RM4 230
Apakah tujuan utama diskaun tunai diberikan kepada pelanggan?
A Menyediakan kemudahan pembayaran hutang yang fleksibel.
B Mendorong pelanggan membeli dalam kuantiti yang banyak.
C Mengelakkan pelanggan membuat pembelian secara kredit.
D Menggalakkan pembayaran hutang dengan segera.
