wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KSSM SEJARAH T4 BAB 7 (7.2 JHAK)

Total questions: 10

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah pemimpin kaum dan Kerajaan British sedar akan kepentingan perpaduan?

a)

Tidak dapat mengawal rusuhan daripada rakyat

b)

Meningkatkan pelaburan daripada pelabur asing

c)

Ketegangan hubungan antara kaum yang meningkat selepas Perang Dunia Kedua

d)

Cara British mengambil hati penduduk tempatan

2.

Mengapakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949?

a)

Mengukuhkan kedudukan ekonomi negara

b)

Menyahur amaran British tentang hubungan kaum

c)

Mewujudkan kestabilan politik melalui konsep Melayu Raya

d)

Menuju ke arah berkerajaan sendiri

3.

Apakah kepentingan pembentukan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)?

a)

Merundingkan kemerdekaan dengan kerajaan British

b)

Mengadakan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan

c)

Menggalakkan penubuhan parti politik berasaskan kaum

d)

meningkatkan kesedaran kerjasama politik dalam kalangan pemimpin kaum

4.

Antara nama yang berikut, yang manakah bukan wakil Ahli Lain dalam Anggota Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum?

a)

Sir Edward Gent

b)

Roland Braddell

c)

L.R. Doraisamy Iyer

d)

Dr. J.S. Goonting

5.

Mengapakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemimpin kaum?

a)

Menghadapi ancaman kuasa asing

b)

Berkongsi kepentingan dan membentuk hala tuju yang sama

6.

Bagaimanakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum mengatasi isu persediaan ke arah berkerajaan sendiri?

a)

Mengadakan pilihan raya secara berperingkat kepada penduduk Tanah Melayu

b)

Meminta bantuan daripada British menghantar seorang wakil dalam kerajaan

c)

Menghalau bukan warganegara daripada Tanah Melayu

d)

Hanya mengadakan pemantauan dan pemerhatian sahaja

7.

Apakah kesan yang berlaku apabila CLC bersetuju mewajarkan kedudukan istimewa orang Melayu?

a)

Kedudukan istimewa orang Melayu diperakui dan kepentingan sah kaum lain diiktiraf

b)

Kaum lain dihalang untuk merebut status kedudukan istimewa orang Melayu

c)

Berlaku perpecahan antara kaum di Tanah Melayu

8.

Apakah peranan yang dilakukan oleh CLC bagi mengatasi isu kedudukan ekonomi orang Melayu yang tidak memperoleh peluang dalam sektor perniagaan dan perusahaan?

a)

Membuka lebih banyak lombong-lombong bijih timah kepada orang Melayu

b)

Mencadangkan penubuhan agensi untuk meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu

c)

Meminta orang Melayu berani bersaing dengan kaum lain merebut peluang

d)

Tidak berbuat apa-apa

9.

Mengapakah syarat kewarganegaraan dilonggarkan kepada bukan Melayu?

a)

Menambahkan jumlah penduduk di Tanah Melayu yang menghadapi isu kekurangan penduduk

b)

Memberikan kedudukan politik kepada kaum bukan Melayu dan melahirkan semangat patriotik serta bertanggungjawab kepada negara

10.

Sistem persekolahan yang berasaskan kaum telah menyebabkan hubungan antara kaum regang. Bagi mengatasi isu ini, apakah peranan yang telag dilakukan oleh CLC?

a)

Meminta rakyat menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris

b)

Mengharamkan Sekolah-sekolah Inggeris

c)

Mencadangkan sistem pendidikan yang seragam

d)

Membuka sekolah pelbagai kaum