wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perayaan Di Malaysia - Sejarah Tahun 6

Total questions: 10

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan perayaan keagamaan dan kepercayaan, kecuali ____________________.

a)

Hari Raya Aidiladha

b)

Cap Goh Mei

c)

Hari Wesak

d)

Thaipusam

2.

Perayaan ini disambut sebagai tanda kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa.


Pernyataan di atas berkaitan dengan perayaan di Malaysia. Perayaan yang dimaksudkan ialah __________________.

a)

Hari Raya Aidilfitri

b)

Hari Deepavali

c)

Hari Krismas

d)

Perayaan San Pedro

3.

Perayaan ini diadakan sebagai tanda kesyukuran atas rezeki yang diperoleh. Semasa perayaan, tarian sumazau ditarikan untuk memeriahkan suasana.


Pernyataan di atas berkaitan dengan perayaan suku etnik di Malaysia. Perayaan tersebut ialah ___________.

a)

Perayaan Kaul

b)

Perayaan Tadau Kaamatan

c)

Perayaan Gawai

d)

Perayaan Jis Pai

4.

Pilih pasangan yang SALAH tentang penganut agama dan perayaan yang diraikan oleh mereka.

a)

Islam - Hari Raya Aidiladha

b)

Kristian - Hari Natal

c)

Hindu - Thaipusam

d)

Sikh - Loy Krathong

5.

- Mandi Minyak

-Menyalakan pelita di halaman rumah


Pernyataan di atas merupakan amalan tradisi bagi satu perayaan perayaan di Malaysia. Perayaan yang dimaksudkan ialah __________.

a)

Hari Deepavali

b)

Thaipusam

c)

Perayaan San Pedro

d)

Tadau Kaamatan

6.

- Diadakan sebagai tanda kesyukuran atas rezeki yang diperoleh.

-Mengadakan pertandingan Kumang dan Keling.


Pernyataan di atas merupakan amalan tradisi bagi satu perayaan di Malaysia. Perayaan yang dimaksudkan ialah ________.

a)

Perayaan San Pedro

b)

Tadau Kaamatan

c)

Pesta Gawai

d)

Perayaan Kaul

7.

Berikut merupakan amalan tradisi dan budaya perayaan yang masih kekal sehingga kini, kecuali ________.

a)

saling mengunjungi

b)

rumah terbuka

c)

tradisi balik ke kampung

d)

melancong ke luar negeri

8.

Apakah sikap yang perlu ada pada masyarakat agar tradisi perayaan ini dapat dikekalkan sebagai satu keunikan yang boleh dibanggakan oleh masyarakat kita?

a)

Hasad dengki

b)

Menerima dan menghormati

c)

Mementingkan diri sendiri

d)

Memandang rendah tradisi kaum yang lain

9.

Tujuan perayaan ini diadakan adalah sebagai tanda berterima kasih dan bersyukur atas rezeki yang diperoleh.


Pernyataan di atas berkaitan dengan tujuan sesuatu perayaan diadakan. Perayaan yang dimaksudkan ialah _____.

a)

Hari Deepavali

b)

Hari Gawai

c)

Hari Wesak

d)

Hari Krismas

10.

Berikut merupakan perbezaan amalan sambutan perayaan pada masa dahulu dan masa kini, kecuali ______.

a)

hantaran kad ucapan

b)

makan besar

c)

penyediaan kuih-muih

d)

pulang ke kampung