wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Pengesanan PBD Secara Dalam Talian Geografi T1

Total questions: 40

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah tidak boleh digunakan untuk menentukan arah?

a)

Menggunakan kedudukan matahari dan bintang

b)

Arah mata angin

c)

Kedudukan relatif

d)

Kompas magnetik

2.

Sekiranya Ali berdiri tegak dengan menghadap ke arah matahari terbit, apakah arah yang berada di belakang Ali?

a)

Timur

b)

Barat

c)

Utara

d)

Selatan

3.

'Merupakan garisan yang dilukis secara melintang dari barat ke timur'


Pernyataan ini merujuk kepada ........

a)

Garisan Longitud

b)

Garisan Lintang

c)

Garisan Lurus

d)

Garisan Latitud

4.

Diantara yang berikut,garisan manakah yang memisahkan tarikh dan waktu di bumi?

a)

Garisan Tarikh Antarabangsa

b)

Garisan Latitud

c)

Garisan Meridian Pangkal

d)

Garisan Lurus

5.

Diantara yang berikut, padanan negeri dan ibu negeri yang manakah adalah betul?

a)

Pahang - Kangar

b)

Negeri Sembilan - Kota Bharu

c)

Selangor - Shah Alam

d)

Perak - Georgetown

6.

Di antara berikut, yang manakah merupakan wilayah persekutuan yang terdapat di Semenanjung Malaysia?

a)

Wilayah Persekutuan Putrajaya

b)

Wilayah Persekutuan Labuan

c)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

d)

Wilayah Persekutuan Sarawak

7.

Apakah sistem fizikal bumi yang berkaitan dengan maklumat berikut?


'Lapisan yang menyelubungi bumi dan mengandungi pelbagai jenis gas dan wap air'

a)

Biosfera

b)

Litosfera

c)

Hidrosfera

d)

Atmosfera

8.

Pernyataan yang manakah benar mengenai struktur bumi?

a)

Lapisan mantel bersifat pepejal

b)

Mempunyai lima benua dan tujuh lautan

c)

Terdiri daripada kerak bumi, mantel dan teras bumi

d)

Terdapat lapisan teras bumi yang terletak di bawah kerak bumi

9.

Antara berikut, manakah kawasan perairan yang mengelilingi Malaysia?

a)

Laut China Selatan

b)

Lautan Artik

c)

Lautan Pasifik

d)

Selat Tebrau

10.

Kejadian gempa bumi di dasar lautan boleh menyebabkan kejadian __________.

a)

Tsunami

b)

Gunung berapi

c)

Hanyutan benua

d)

Gunung bongkah

11.

Anda mempunyai rakan yang tinggal di Filipina. Tempat tinggal rakan anda baru sahaja dilanda gempa bumi. Sebagai seorang rakan, apakah yang wajar anda lakukan bagi membantunya menghadapi situasi tersebut?

a)

Menyertai misi bantuan ke lokasi bencana

b)

Berkongsi maklumat bencana di media sosial

c)

Menghubunginya untuk bertanya khabar dan memberikan sokongan moral

d)

Tunggu dan lihat sahaja tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan terbabit

12.

Antara berikut, bentuk muka bumi manakah yang terdapat di Malaysia?

a)

Tanah pamah

b)

Tanah tinggi

c)

Padang rumput

d)

Gunung berapi

13.

Apakah bentuk muka bumi yang berkaitan dengan maklumat berikut?


'Ketinggian kurang 180 m dari aras laut'

a)

Saliran

b)

Pinggir laut

c)

Tanah pamah

d)

Tanah tinggi

14.

Sistem saliran di Malaysia terdiri daripada ............

a)

glasier

b)

sungai

c)

tasik

d)

oasis

15.

Malaysia dikelilingi laut cetek dengan kedalaman kira-kira 180 meter yang terletak atas pentas benua. Apakah nama laut cetek tersebut?

a)

Pentas dunia

b)

Pentas Sunda

c)

Selat Melaka

d)

Laut Sunda

16.

Banjaran yang menjadi 'tulang belakang' bagi Semenanjung Malaysia ialah .........

a)

Banjaran Korbu

b)

Banjaran Tahan

c)

Banjaran Benom

d)

Banjaran Titiwangsa

17.

Apakah bentuk muka bumi yang terhasil selepas bumbung gerbang laut runtuh?

a)

Gua

b)

Batu tunggul

c)

Tebing tinggi

d)

Tombolo

18.

Apakah persamaan kepentingan bagi kedua-dua bentuk muka bumi berikut?


' saliran'


'Tanah tinggi'

a)

Perikanan

b)

Pelabuhan

c)

Perlombongan

d)

Janakuasa hidroelektrik

19.

Apakah pandang darat fizikal yang terbentuk di bahagian hulu sungai?

a)

Delta

b)

Jeram

c)

Air terjun

d)

Lurah berbentuk 'U'

20.

Maklumat berikut berkaitan dengan aliran sungai di peringkat .........


'Aliran airnya deras'


'Lurah sempit berbentuk V'

a)

Hulu

b)

Hilir

c)

muara

d)

tengah

21.

Sungai X merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia. Apakah sungai X?

a)

Sungai Pahang

b)

Sungai Rajang

c)

Loagan Bunut

d)

Sungai Kinabatangan

22.

Antara berikut, sungai yang manakah berfungsi sebagai sempadan antarabangsa?

a)

Sungai Golok

b)

Sungai Bernam

c)

Sungai Endau

d)

Sungai Baram

23.

Mengapakah sungai menjadi nadi pengangkutan utama di Sabah dan Sarawak?

a)

Tanah pamah yang terhad dan banyak kawasan berbukit bukau

b)

Aliran sungai yang cetek dan deras

c)

Meningkatkan darjah ketersampaian antara bandar dengan kawasan pedalaman

d)

Mengangkut sumber kayu balak dari kawasan pembalakan ke kilang di hilir sungai

24.

Mengapakah empangan jana kuasa hidroelektrik berpotensi dibina di peringkat hulu sungai?

a)

Kawasan landai dan belum tercemar

b)

Kaya dengan pelbagai jenis sumber hutan

c)

Aliran air yang deras membolehkan turbin jana kuasa digerakkan

d)

Kawasan terpencil mengurangkan risiko kepada penduduk sekitar

25.

Taburan penduduk merujuk kepada ........

a)

sebaran penduduk di sesuatu kawasan

b)

kepadatan penduduk di sesuatu kawasan

c)

kadar pencapaian ekonomi di sesuatu kawasan

d)

kadar kelahiran dan kematian penduduk di sesuatu kawasan

26.

Yang manakah merupakan jenis taburan penduduk yang terdapat di Malaysia?

a)

padat

b)

berkelompok

c)

jarang

d)

tidak terancang

27.

Antara berikut yang manakah ciri-ciri kawasan berpenduduk padat?

a)

kemudahan asas lengkap

b)

tanah pamah beralun-alun

c)

terletak di kawasan pedalaman

d)

kepadatan penduduk melebihi 200 orang bagi setiap kilometer persegi

28.

Lokasi manakah dalam peta di atas yang merupakan kawasan berpenduduk padat hasil daripada aktiviti pertanian?

a)

P

b)

Q

c)

R

d)

S

29.

Antara berikut manakah faktor yang mepengaruhi taburan penduduk dari aspek ekonomi?

a)

Pewartaan taman negara

b)

Pembukaan bandar baharu

c)

Kewujudan institusi pendidikan

d)

Aktiviti perlombongan petroleum

30.

Kawasan X mempunyai darjah ketersampaian yang rendah serta bentuk muka bumi yang tidak rata menyebabkan kawasan kediaman sukar dibina dan memerlukan kos yang tinggi. Apakah lokasi yang sepadan dengan kawasan X?

a)

Felda Tunku (Sabah)

b)

Dungun (Terengganu)

c)

Dataran Kedah-Perlis

d)

Banjaran Tahan (Pahang)

31.

Foto di atas menunjukkan sebuah kawasan di Kerteh, Terengganu. Apakah faktor yang mempengaruhi kepadatan penduduk padat di kawasan tersebut?

a)

Aktiviti perikanan yang pesat

b)

Darjah ketersampaian yang rendah

c)

Kemudahan infrastruktur yang baik

d)

Peluang pekerjaan dalam sektor perlombongan

32.

Berdasarkan peta di atas, apakah benua yang terkecil di dunia yang bertanda P?

a)

Benua Afrika

b)

Benua Asia

c)

Benua Eropah

d)

Benua Australia

33.

Berdasarkan peta di atas, apakah ciri lautan yang bertanda X dalam peta di atas?

a)

Lautan terdalam di dunia

b)

Lautan terbesar di dunia

c)

Lautan tercetek di dunia

d)

Lautan kedua terbesar di dunia

34.

Apakah nama lautan yang bertanda Y?

a)

Lautan Pasifik

b)

Lautan Atlantik

c)

Lautan Hindi

d)

Lautan Selatan

35.

Rajah di atas menunjukkan lapisan struktur bumi. Apakah lapisan Q?

a)

Mantel

b)

Teras dalam

c)

Teras luar

d)

Kerak bumi

36.

Rajah di atas menunjukkan suatu jenis pergerakan bumi. Apakah ciri fizikal yang terbentuk kesan pergerakan bumi tersebut?

a)

Gunung lipat

b)

Gunung berapi

c)

Gunung bongkah

d)

Lurah gelinciran

37.

Antara berikut yang manakah merupakan Ibu Negeri Malaysia?

a)

Kuala Lumpur

b)

Putrajaya

c)

Labuan

d)

Shah Alam

38.

Antara berikut, yang manakah merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan?

a)

Labuan

b)

Kuala Lumpur

c)

Putrajaya

d)

Shah Alam

39.

Berdasarkan peta Malaysia di atas, yang manakah merupakan negeri bagi kawasan yang berwarna merah?

a)

Pahang

b)

Perlis

c)

Terengganu

d)

Kedah

40.

Berdasarkan peta Malaysia di atas, nyatakan Ibu Negeri bagi kawasan yang berwarna merah jambu.

a)

Alor Setar

b)

Georgetown

c)

Kuching

d)

Shah Alam