Font size
WorksheetsPKJR - Cara Berbasikal Dengan Selamat
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Berikut merupakan alat keselamatan bagi penunggang basikal kecuali ..
topi keledar
beg galas
pad lutut
pad siku
Mail menunggang basikal di _________ yang disediakan oleh pihak berkuasa agar keselamatannya terjamin.
lintasan zibra
laluan pejalan kaki
lorong berbasikal
trek berumput
Antara berikut manakah cara menunggang basikal yang selamat di jalan raya?
menunggang basikal pada waktu malam.
menggunakan isyarat tangan ketika membelok
menunggang secara beriringan dengan rakan
menggunakan telefon bimbit semasa berbasikal.
Nyatakan kepentingan utama topi keledar bagi penunggang dan pembonceng basikal
Memberikan pantulan cahaya kepada pemandu yang lain.
Merupakan aksesori yang popular bagi penunggang agar kelihatan cantik.
melindungi kepala daripada kecederaan sekiranya terjatuh dari basikal.
mengurangkan rintangan angin semasa berbasikal dengan laju.
Sebelum menunggang basikal, Upin dan Ipin akan menyelenggara basikalnya dari segi _______ kecuali ...
tayar basikal mempunyai tekanan angin yang mencukupi
brek tangan berfungsi dengan baik
memastikan basikalnya sentiasa bersih dan laju
mengetatkan dan meletakkan minyak pada rantai basikal
Yang manakah merupakan kesalahan berbasikal yang ditunjukkan dalam gambar di atas?
Berbasikal secara beriringan dan berbahaya.
Berbasikal di siang hari
Memakai kasut yang sesuai
Memakai pakaian yang berwarna terang
Berikut merupakan faedah berbasikal kepada kita kecuali...
Badan menjadi sihat dan cergas.
memudahkan kita untuk pergi ke suatu tempat.
dapat mengelak daripada kesesakan jalan raya
Dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti sihat.
Semua di bawah merupakan pengguna jalan raya, kecuali ...
penunggang basikal
pemandu kereta
pejalan kaki
penumpang monorel
Berikut merupakan cara berbasikal yang TIDAK SELAMAT di jalan raya, kecuali....
menunggang secara beriringan
menggunakan isyarat tangan untuk berhenti atau membelok
berlumba-lumba di jalan raya.
menunggang basikal sambil menjawab panggilan telefon.
Apakah yang perlu dilakukan oleh Kak Ros jika dia terpaksa menunggang basikal pada waktu malam?
menunggang basikal mengikut arah laluan kenderaan lain.
menunggang di bahagian tengah jalan raya.
memakai jaket pemantul cahaya
memakai pakaian yang berwarna gelap
