wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Uji Otak SEJ T2B7 Part 1

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah wujud Kesultanan Pahang yang baharu pada tahun 1884?

a)

Perang Saudara

b)

Sultan digulingkan

c)

Persengketaan pembesar

d)

Sultan tidak meninggalkan zuriat

2.

Raja Muhammad dan Raja Wan Ahmad merupakan dua orang tokoh yang banyak menyumbang terhadap perkembangan Kesultanan Pahang.


Apakah sumbangan mereka?

a)

Menjadi Sultan Pahang

b)

Membina kota pertahanan

c)

Menghalau British dari Pahang

d)

Membebaskan Pahang daripada kuasa asing

3.

Mengapakah Sultan Mahmud Shah dan keluarga meninggalkan Melaka pada abad ke-16?

a)

Bencana alam

b)

Konflik pembesar

c)

Serangan Portugis

d)

Lokasi tidak strategik

4.

Antara berikut, yang manakah merupakan alat kebesaran yang dibawa oleh Raja Muzaffar semasa berangkat ke Perak?

I Keris

II Nobat

III Pedang Cura Si Manjakini

IV Keris panjang Nang Chayam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Undang-undang 99 Perak merupakan perlembagaan Kesultanan Perak. Siapakah pemerintah yang mula mengguna pakai undang-undang tersebut?

a)

Sultan Mahmud Shah

b)

Sultan Muzaffar Shah

c)

Sultan Zainal Abidin I

d)

Sultan Iskandar Dzulkarnain

6.

Tun Zainal Abidin berangkat ke Terengganu membawa bersama alat kebesaran. Antaranya ialah sebilah keris. Apakah nama keris tersebut?

a)

Keris Taming Sari

b)

Keris Pendawa Lima

c)

Keris Sebilah Dua Belah

d)

Keris Panjang Nang Chayam

7.

Lokasi berikut pernah dijadikan pusat pemerintahan dan pentadbiran Kesultanan Terengganu.


* Tanjung Baru, Kuala Berang


Siapakah yang mendirikan pusat pemerintahan dan pentadbiran di lokasi tersebut?

a)

Sultan Zainal Abidin I

b)

Sultan Zainal Abidin II

c)

Sultan Zainal Abidin III

d)

Sultan Zainal Abidin IV

8.

Siapakah yang menggubal undang-undang, memperkemaskan sistem sukat dan timbang serta menubuhkan mahkamah syariah?

a)

Sultan Zainal Abidin III

b)

Sultan Abdul Jamil Shah

c)

Sultan Ala’iddin Suleiman Shah

d)

Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah

9.

Jadual berikut berkaitan dengan latar belakang Kesultanan Selangor.


*Abad ke -16- Kesultanan Selangor dinaungi oleh Kesultanan X.


Apakah Kesultanan X?

a)

Kesultanan Melayu Melaka

b)

Kesultanan Terengganu

c)

Kesultanan Johor Riau

d)

Kesultanan Kelantan

10.

Mengapakah putera Daeng Chelak bernama Raja Lumu menghadap sultan Perak, Sultan Mahmud Shah?

a)

Mendapatkan pengiktirafan

b)

Mengendalikan perdagangan

c)

Menghantar rombongan meminang

d)

Menjalinkan hubungan persahabatan