wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENTAKSIRAN 2 PDPR : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (TINGKATAN 1)

Total questions: 60

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Definisi reka bentuk?

a)

Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan.

b)

Pengajian dan pengetahuan yang mengaplikasikan sains dan matematikbagi menyelesaikan masalah menggunakan pelbagai sumber,alat,teknik & sistem.

c)

Kaedah dan proses mencari jalan untuk menghasilkan produk/perkhidmatan yang baharu dan belum pernah wujud.

d)

Kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk/perkhidmatan yang lebih baik melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.

2.

Berikut adalah elemen reka bentuk KECUALI

a)

Garisan

b)

Ruang

c)

Warna

d)

Keseimbangan

3.

Berikut adalah bidang reka bentuk konkrit KECUALI

a)

Mesin

b)

Pengangkutan

c)

Sulaman

d)

Seramik

4.

Pilih tiga (3) prinsip reka bentuk yang betul.

a)

Keringkasan

b)

Tekstur

c)

Pengulangan

d)

Kepelbagaian

e)

Saiz

5.

Terdapat dua jenis keseimbangan.

a)

Konkrit

b)

Simetri

c)

Abstrak

d)

Asimetri

6.

Antara berikut yang manakah terdiri daripada warna sekunder? (pilih 3 jawapan)

a)

Jingga

b)

Biru

c)

Ungu

d)

Hijau

e)

Merah

7.

Pembenaman ialah

a)

Dilakukan dengan cara mengerat.

b)

Dilakukan secara bertindih di tempat yang sama

c)

Sesuatu objek asas dimasukkan ke dalam objek lain.

d)

Dileraikan sehingga menjadi objek baru.

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan invensi ?

a)

Kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk/perkhidmatan yang lebih baik melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.

b)

Kaedah dan proses mencari jalan untuk menghasilkan produk/perkhidmatan yang baharu dan belum pernah wujud.

9.

Pilih padanan bidang reka bentuk dan teknologi yang betul.

a)

Teknologi - Pembuatan

b)

Seni - Seramik

c)

Perkhidmatan - Bahasa

d)

Komunikasi - Mesin

10.

Dalam pembuatan produk, ciri __________ haruslah dapat memberikan keselesaan kepada pengguna.

a)

inovasi

b)

kreativiti

c)

kualiti

d)

ergonomik

11.

Maklumat yang berikut adalah subbidang bagi reka bentuk dan teknologi.


* Grafik

* Komunikasi

* Pengimejan

* Muzik


Antara yang berikut, pilih kategori bidang yang tepat.

a)

Ketenteraan

b)

Kediaman

c)

Industri

d)

Maklumat dan komunikasi

12.

Peranan reka bentuk memberikan penekanan kepada tiga kelompok sasaran, iaitu ............

I Individu

II Masyarakat

III Pesaing

IV Negara

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

13.

Antara peranan reka bentuk yang berikut, yang manakah memberi penekanan kepada masyarakat?

a)

Memberikan kebebasan memilih

b)

Melindungi dan memelihara etika sosial

c)

Menjadi aset negara yang berharga

d)

Meningkatkan pendapatan negara

14.

Paten, cap dagangan, hak cipta dan reka bentuk perindustrian ialah __________ yang dilindungi di bawah undang-undang di Malaysia.

a)

harta persendirian

b)

harta pusaka

c)

harta intelek

d)

harta ciptaan

15.

Inovasi ialah pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih ..........

I baik

II menjimatkan

III mesra pengguna

IV kompleks

a)

I, II dan III

b)

II, III dan IV

c)

I, II dan IV

d)

I, II, III dan IV

16.

Rajah menunjukkan sebuah pencetak 3D. Produk di atas dikategorikan dalam bidang .........

a)

pendidikan

b)

teknologi maklumat

c)

pembuatan

d)

pertahanan

17.

Antara berikut, yang manakah padanan warna primer yang betul?

a)

Biru, Merah, Kuning

b)

Jingga, Hijau, Ungu

c)

Biru, Merah, Hijau

d)

Hijau, Merah, Biru

18.

Antara berikut, yang manakah adalah kriteria reka bentuk yang baik? (Pilih 2)

a)

Kreativiti

b)

Pelbagai bentuk

c)

Kecenderungan inovasi

d)

Kepelbagaian reka bentuk

19.

Antara berikut, yang manakah adalah teknik pembinaan objek itu?

a)

Peleraian

b)

Penyatuan

c)

Pembuangan

d)

Pembenaman

20.

Antara berikut, bidang manakah yang mengaplikasikan prinsip invensi dan inovasi? (Pilih 3)

a)

Pertahanan

b)

Pendidikan

c)

Kesihatan

d)

Pengangkutan

21.

Pengurusan projek reka bentuk merupakan aktiviti kerja yang melibatkan proses kerja, iaitu ..............

I skop kerja

II skop tempat

III tempoh masa

IV kos projek

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

22.

Apakah yang dimaksudkan dengan tempoh masa dalam pengurusan projek?

a)

Suatu tempoh yang ditetapkan untuk menyempurnakan sesuatu projek

b)

Suatu tempoh antara proses mengenal pasti masalah sehingga membuat lakaran idea

c)

Suatu tempoh bagi membuat pembinaan projek

d)

Suatu tempoh bagi menguji projek yang telah disiapkan

23.

Rajah menunjukkan sebuah idea reka bentuk. Bagaimanakah idea reka bentuk produk di atas dijana?

a)

Menterbalikkan fungsi sesuatu alat

b)

Menukar saiz objek

c)

Menterbalikkan kedudukan

d)

Meniru daripada persekitaran

24.

Rajah menunjukkan carta organisasi pasukan projek di sekolah. Siapakah ahli pasukan di X?

a)

Penolong pengurus projek

b)

Pembangun mock-up/model

c)

Penguji projek

d)

Penilai projek

25.

Mengapakah penting untuk melakukan susunan aktiviti?

a)

Bagi memastikan aktiviti dilakukan secara berturutan dan tidak mengganggu perjalanan projek

b)

Bagi memudahkan kerja-kerja menyempurnakan projek

c)

Supaya aktiviti projek dapat disiapkan dengan cepat

d)

Supaya aktiviti projek melangkaui had belanjawan projek

26.

Penyediaan _________ ialah satu proses yang wajib dilakukan oleh perunding bahan yang bertindak sebagai tempat rujukan kepada pihak pelanggan.

a)

jadual kerja

b)

tempoh masa

c)

anggaran kos

d)

kaedah pengujian

27.

Pilih padanan yang betul bagi takrif konsep SMART yang berikut.

a)

S - penetapan tujuan projek

b)

M - sudut keupayaan kewangan dan tenaga kerja

c)

R - pengagihan kewangan

d)

T - kesesuaian dengan kehendak pengguna

28.

Kos pengeluaran bagi sebuah bakul rekaan Aina ialah RM8.90. Aina bercadang untuk menjual bakul tersebut dengan harga RM12.50. Berapakah peratus keuntungan yang akan diperoleh?

a)

28.8%

b)

30.6%

c)

40.5%

d)

50.2%

29.

Yang manakah antara berikut kelebihan pembentukan kumpulan kerja kepada individu?

a)

Tanggungjawab dikongsi

b)

Hasil yang optimum

c)

Penglibatan menyeluruh

d)

Komunikasi terbuka

30.

Melalui carta ini, ahli pasukan khususnya pengurus dapat mengenal pasti perkembangan dan kedudukan projek cepat dan pantas. Apakah carta yang dimaksudkan.

a)

Carta Pai

b)

Carta Gantt

c)

Carta Histogram

d)

Carta Lagu

31.

Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan dalam menyediakan anggaran awal kos iaitu kaedah unit/kuantiti dan konsep .............?

a)

MEDIUM

b)

SMART

c)

FLOAT

d)

CREATE

32.

Pilih 2 pernyataan tentang pembentukan pasukan yang berkesan.

a)

Kepelbagaian ahli dalam pasukan

b)

Memberi latihan yang berkesan

c)

Sistem faedah dan manfaat

d)

Menggalakkan penyertaan orang luar

e)

Pemilihan ahli dilakukan menggunakan undian.

33.

Mengapakah bajet disediakan lebih awal untuk sesuatu projek?

a)

Mengehadkan lebihan kos modal

b)

Menyediakan bahan dan alatan

c)

Mengurangkan masa dan kos menghasilkan projek

34.

Apakah ciri-ciri kumpulan kerja?

I Setiap individu membantu dan bekerjasama

II Berkongsi maklumat

III Mempunyai matlamat yang sama

IV Berkomunikasi

a)

I, II dan III

b)

I, III dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

35.
Takrif pengurusan projek ialah
a)
satu kaedah mereka bentuk projek hingga berjaya
b)
satu kaedah mengurus sumber hingga projek berjaya
c)
satu projek dibuat hingga reka bentuknya berjaya
36.

Pilih padanan penjanaan idea reka bentuk produk dengan contoh yang betul

a)

Meniru persekitaran - Bendera yang dipasang pada kereta

b)

Tukar saiz - kereta kawalan jauh

c)

Menterbalik fungsi - kerusi daripada tayar terpakai

37.
Jika Kos Jualan sesuatu produk ialah RM10.00 dan Kos modalnya RM6.00, berapakah keuntungan yang diperolehi.
a)
RM16.00
b)
RM4.00
c)
RM60.00
d)
RM1.67
38.

Yang manakah BUKAN proses kerja dalam aktiviti mereka bentuk projek?

a)

Skop kerja

b)

Mereka bentuk

c)

Tempoh masa

d)

Kos projek

39.

Bilakah peringkat pengawalan dilakukan?

a)

Sebelum memulakan projek

b)

Selepas memulakan projek

c)

Sepanjang proses menyiapkan projek

d)

Selepas projek selesai disiapkan

40.

Berikut adalah langkah pengurusan projek yang tidak mengikut urutan


I Penjadualan

II Pengawalan

III Perancangan


Antara berikut yang manakah langkah pengurusan projek yang betul?

a)

II, I, III

b)

II, III, I

c)

III, II, I

d)

III, I, II

41.

Apakah tujuan menyaring maklumat dalam projek brief ?

a)

Sebagai garis panduan melukis lakaran produk

b)

Menambahkan kos penyediaan projek brief

c)

Menambahkan kerja pengurus projek dan pelanggan

d)

Memudahkan pengurus projek dan pereka bentuk melaksanakan tugas seterusnya

42.

Apakah yang dimaksudkan dengan mock-up ?

a)

Model olokan yang dibuat sebelum menghasilkan model sebenar

b)

Gambaran awal produk sebelum produk sebenar dihasilkan

43.

Nyatakan kaedah yang boleh digunakan untuk menyaring maklumat projek brief.

a)

Sesi perbincangan lanjutan dengan pelanggan

b)

Mengadakan video conference

c)

Soal jawab

44.

Nyatakan jenis bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan mock-up bagi produk itu.

a)

Fabrik

b)

Foam

c)

Kadbod

d)

Kain felt

45.

Apakah jenis permukaan bahan yang sesuai dicantum menggunakan alatan itu?


I Plastik

II Paip PVC

III Mounting board

IV Besi keluli

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

46.

Dua kriteria penting dalam perancangan projek brief ialah kriteria pertimbangan utama dan kriteria lakaran

a)

Benar

b)

Salah

47.

Senarai semak dalam bentuk pernyataan masalah dibuat berdasarkan kriteria pertimbangan utama

a)

Benar

b)

Salah

48.

Antara berikut, yang manakah bukan parameter bagi melakukan ujian terhadap mock-up?

a)

Kestabilan

b)

Keseimbangan

c)

Kefungsian

d)

Kekuatan cantuman

49.

Alat ini dapat mencantumkan bahan mock-up yang berikut kecuali

a)

logam

b)

plastik

c)

fabrik

d)

mounting board

50.

Model terbahagi kepada dua iaitu ..

a)

Model berfungsi sepenuhnya

b)

Model separa berfungsi

c)

Model cantuman

d)

Model blok

51.

Benang dan jarum boleh mencantumkan mock-up atau model yang menggunakan bahan-bahan fabrik.

a)

Benar

b)

Salah

52.

Projek brief ialah perbincangan awal antara dua pihak iaitu?

a)

Pereka bentuk dan pelanggan

b)

Pengurus projek dan pelanggan

c)

Pengurus projek dan pereka bentuk

d)

Pereka bentuk dan setiausaha

53.

Di antara berikut yang manakah BUKAN ciri projek brief?

a)

Kriteria produk

b)

Lakaran idea

c)

Lakaran akhir

d)

Analisis kajian

54.

TAJUK PROJEK merujuk kepada ....

a)

Produk yang telah siap

b)

Produk yang ingin dihasilkan

c)

Produk sedia ada

d)

Tiada jawapan

55.

Gambar di atas adalah contoh sebuah produk yang perlu dihasilkan oleh murid tingkatan 1. Apakah tajuk yang sesuai bagi projek tersebut?

a)

Beg sekolah

b)

Beg serbaguna

c)

Beg mudah pakai

d)

Beg sekolah saya

56.

Soal selidik dan pemerhatian merupakan kaedah dalam

a)

Projek brief

b)

Kajian pasaran

c)

Analisis kajian

d)

Tajuk projek

57.
Apakah tujuan perbincangan awal?
a)
mengenali pelanggan
b)
meluang masa dengan berfaedah
c)
mendapatkan maklumat secara terus daripada pelanggan mengenai produk
d)
mendapatkan idea daripada pelanggan
58.

Yang manakah merupakan definisi bagi model berfungsi sepenuhnya?

a)

Dibina dengan menyerupai objek sebenar dan berfungsi mengikut tujuan sasaran

b)

Dibina secara berskala atau saiz sebenar dan sebahagian komponen berfungsi seperti produk sebenar

59.

Antara berikut, yang manakah bukan parameter bagi melakukan ujian terhadap mock-up?

a)

Kestabilan

b)

Keseimbangan

c)

Kefungsian

d)

Kekuatan cantuman

60.

Kos Pengeluaran produk = Kos bahan + Kos upah - Kos overhead

a)

Ya

b)

Tidak