WorksheetsKata Ganti Nama Laras Bahasa Istana
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Sultan Muzaffar Syah akan berangkat ke Melaka pada hujung minggu ini. _______________ akan berangkat bersama permaisurinya.
A. Dia
B. Baginda
C. Beta
D. Saya
"_____________ berjanji akan melaksanakan tugas itu, kata Hang Tuah kepada sultan".
A. Saya
B. Beta
C. Patik
D. Dia
"___________________ berasa bangga kerana rakyat di negara ini bersatu padu", kata Sultan Mahmud kepada rakyat jelata.
A. Beta
B. Baginda
C. Kami
D. Hamba
"_____________ akan menurut perintah tuanku", kata bendahara kepada Sultan Malik.
A. Beta
B. Baginda
C. Patik
D. Saya
"Ampun ________________ , hamba berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini", kata pemuda itu kepada Sultan Mahmud.
A. baginda
B. beta
C. tuanku
D. encik
" ________________ hendak ke mana?", tanya Badik kepada pemuda itu.
A. Baginda
B. Beta
C. Tuanku
D. Tuan hamba
"Daulat __________ sembah _________ harap diampun", kata Hang Jebat kepada Sultan Mahmud.
A. tuanku ------------- hamba
B. tuanku ------------ patik
C. saya ----------- dia
D. baginda ---------- kamu
"Mengapakah ____________ bersedih?" tanya Hang Tuah kepada Hang Jebat.
A. tuan hamba
B. beta
C. tuanku
D. awak
" ________________ amat murka dengan perbuatan kamu", kata Sultan Malik kepada pencuri itu.
A. Tuanku
B. Hamba
C. Beta
D. Aku
Sultan Mahmud berangkat ke Balai Rung Seri. _____________ berangkat bersama beberapa orang panglima.
A. Dia
B. Aku
C. Beta
D. Baginda
