wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Teori Kuantum Cahaya

Total questions: 25

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Jasad hitam merupakan

a)

Jasad yang tiada keupayaan untuk menyerap semua sinaran elektromagnet

b)

Jasad yang berupaya menyerap semua sinaran elektromagnet

c)

Jasad yang dapat memancarkan sinaran termal

d)

Jasad yang memancarkan gelombang dengan frekuensi tinggi

2.

Bagaimanakah Niels Bohr menyumbang kepada perkembangan teori kuantum?

a)

memperkenalkan idea foton

b)

menjelaskan bahawa jirim terdiri daripada zarah asas yang dikenali sebagai atom

c)

menerangkan kosep sifat kedualan gelombang-zarah bagi cahaya

d)

menerangkan bahawa pemindahan elektron dari petala paras tenaga tinggi ke petala paras tenaga rendah akan memancarkan foton

3.

Hitung tenaga foton dengan frekuensi 6.88 x 1014 Hz

a)

4.56 x 10-19 J

b)

4.91 x 10-19 J

c)

3.65 x 10-19 J

d)

3.44 x 10-19 J

4.

Sebatang pen laser biru mengeluarkan cahaya dengan panjang gelombang 480 nm. Jika kuasa output pen laser itu ialah 60 W, berapakah bilangan foton yang dipancarkan sesaat?

a)

1.42 x 1020 s-1

b)

2.34 x 1020 s-1

c)

1.45 x 1020 s-1

d)

1.74 x 1020 s-1

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan cahaya ialah suatu gelombang?

a)

cahaya mempunyai frekuensi yang tinggi

b)

cahaya memiliki momentum dan tenaga kinetik

c)

cahaya tidak boleh dilihat oleh manusia

d)

cahaya menunjukkan fenomena pembelauan dan interferens

6.

Sebuah mikroskop elektron di makmal boleh menghasilkan imej yang diperbesar dengan mempunyai kuasa peleraian yang lebih tinggi daripada mikroskop optik. Bagaimanakah ia terjadi?

a)

elektron bersifat kedualan gelombang-zarah

b)

alur elektron bergerak dalam satu garis lurus

c)

elektron boleh dipesongkan oleh medan elektrik

d)

alur elektron mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek daripada cahaya nampak

7.

Berapakah momentum bagi alur cahaya monokromatik apabila panjang gelombang ialah 730 nm?

a)

8.08 x 10-28 kg m s-1

b)

8.17 x 10-28 kg m s-1

c)

8.92 x 10-28 kg m s-1

d)

9.08 x 10-28 kg m s-1

8.

Satu foton ialah

a)

satu unit tenaga

b)

satu elektron dipancarkan daripada permukaan logam apabila disinari oleh cahaya

c)

satu elektron yang dipancarkan daripada permukaan logam yang dipanaskan

d)

satu kuantum sinaran elektromagnet

9.

Satu cahaya dengan panjang gelombang 436 nm digunakan untuk menyinari satu permukaan logam. Apakah tenaga satu foton cahaya dengan panjang gelombang ini?

a)

3.68 x 10-19 J

b)

4.56 x 10-19 J

c)

5.17 x 10-19 J

d)

6.02 x 10-19 J

10.

Satu cahaya dengan panjang gelombang 640 nm memancarkan 2.35 x 1018 foton per saat. Apakah kuasa cahaya itu?

a)

0.73 W

b)

0.87 W

c)

1.03 W

d)

1.57 W

11.

Sebuah lampu 50 W menghasilkan satu cahaya dengan frekuensi 4.48 x 1014 Hz. Berapakah foton yang dipancarkan dalam satu saat?

a)

3.37 x 1018

b)

2.92 x 1019

c)

1.68 x 1020

d)

2.11 x 1021

12.

Panjang gelombang de Broglie satu elektron ialah 1.5 nm. Berapakah momentum elektron itu?

a)

2.42 x 10-24 kg m s-1

b)

3.05 x 10-24 kg m s-1

c)

4.42 x 10-25 kg m s-1

d)

2.38 x 10-25 kg m s-1

13.

Satu sinar cahaya dengan panjang gelombang 600 nm disinar pada satu logam. Jika kuasa sinar cahaya ialah 4.50 mW, berapakah bilangan foton per saat dalam sinar cahaya itu?

a)

1.22 x 1015

b)

2.35 x 1015

c)

1.36 x 1016

d)

2.38 x 1016

14.

Hitung tenaga bagi foton dengan panjang gelombang 13.2 nm

a)

1.99 x 10-25 J

b)

1.507 x 10-15 J

c)

1.51 x 10-17 J

d)

4.42 x 10-23 J

15.

Siapakah yang menemui dan mula-mula menggunakan pemalar h = 6.63 x 10-34 J s?

a)

De Broglie

b)

Curie

c)

Planck

d)

Dalton

16.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan teori klasik?

a)

Mengkaji gerakan objek dalam kehidupan harian dan daya yang mempengaruhinya

b)

Menerangkan kelakuan kebanyakan objek yang lebih besar daripada molekul dan lebih kecil daripada planet

c)

Menjelaskan kelakuan kebanyakan objek yang menghampiri suhu bilik dan bergerak pada kelajuan yang kurang daripada laju cahaya

d)

Menyatakan graviti bukanlah sejenis daya sebenar tetapi ia seolah-olah kesan inersia seperti yang dialami semasa kereta sedang dinyahpecut

17.

Teori klasik juga dikenali dengan nama

a)

Fizik klasik

b)

Fizik zarah

c)

Mekanik klasik

d)

Mekanik Newton

18.

Saintis yang menyumbang kepada teori kuantum

a)

J.J Thomson

b)

Max Planck

c)

Albert Einstein

d)

Niels Bohr

19.

Tenaga kuantum merujuk kepada

a)

gelombang tenaga

b)

sinaran tenaga yang selanjar

c)

paket tenaga yang diskrit

d)

spektrum tenaga cahaya

20.

Tentukan tenaga yang dibebaskan oleh satu kuantum gelombang radio pada frekuensi 103.3 MHz dari suatu stesen radio

a)

6.42 x 10-42 J

b)

2.29 x 10-34 J

c)

1.93 x 10-33 J

d)

6.85 x 10-26 J

21.

Antara berikut, yang manakah adalah bukti kewujudan tenaga yang diskrit?

a)

Garis spektrum daripada lampu wap merkuri

b)

Spektrum cahaya nampak

c)

Eksperimen dwicelah Young bagi cahaya

d)

Teori atom Dalton

22.

Tentukan momentum suatu foton bagi cahaya nampak dengan panjang gelombang 500 nm

a)

3.32 x 10-40 kg m s-1

b)

9.95 x 10-32 kg m s-1

c)

1.33 x 10-27 kg m s-1

d)

3.98 x 10-19 kg m s-1

23.

Tentukan tenaga bagi satu foton cahaya dengan panjang gelombang 400 nm

a)

4.97 x 10-19 J

b)

2.43 x 10-18 J

c)

2.01 x 10-18 J

d)

7.96 x 1032 J

24.

Sinaran ultraungu dengan panjang gelombang 365 nm ditujukan pada rubidium yang berada dalam fotosel yang divakumkan. Jumlah kuasa bagi ultraungu yang tiba di perlukaan rubidium ialah 4.8 x 10-5 J s-1. Berapakah bilangan foton yang tiba di permukaan rubidium dalam satu saat?

a)

1.32 x 102

b)

8.81 x 1013

c)

6.61 x 1026

d)

1.98 x 1035

25.

Antara berikut, yang manakah mempunyai tenaga paling banyak?

a)

102 foton dengan panjang gelombang 1 pm

b)

106 foton dengan panjang gelombang 5 nm

c)

107 foton dengan panjang gelombang 300 pm

d)

108 foton dengan panjang gelombang 600 nm