Font size
WorksheetsEtika Penggunaan Media Sosial
Total questions: 12
Worksheet time: 12mins
Adakah anda mempunyai akaun media sosial? Contoh: Instagram, Twitter, Facebook, TikTok.
Ya
Tidak
Adakah anda aktif dalam menggunakan media sosial?
Ya
Tidak
Berapa jam dalam sehari anda meluangkan masa dengan menggunakan media sosial?
Kurang daripada 1 jam
1-2 jam
3-4 jam
5-6 jam
Lebih daripada 6 jam
Adakah anda pernah menemui komen-komen yang berbaur negatif (kutukan, makian, lucah) daripada pengguna media sosial lain kepada yang lain?
Ya
Tidak
Mungkin? saya tidak pasti.
Berikut adalah contoh komen yang boleh ditemui di media sosial. Yang manakah memberikan tanggapan yang negatif?
Orang macam ni memang tak boleh buat kawan. Perangai macam ****!
Tolong jangan makan kat kedai tu! Tak sedap langsung, pekerja semua lambat buat kerja!!
Hai @rapidbus, boleh saya tahu kenapa bas no 136 masih belum sampai di perhentian Shah Alam? Dah setengah jam saya tunggu ni.
Siapa suka makan aiskrim perisa mint-choco memang orang pelik!!! Rasa macam ubat gigi!! Uwekk!!!
Noh selalu mengciap dalam Twitternya tentang aktiviti hariannya, selepas mandi, selepas bermain komputer, selepas makan, semasa Noh lapar. Semuanya dikongsi.
Bagi saya, itu perkara biasa. Saya tidak kisah.
Saya berpendapat bahawa Noh terlalu kerap berkongsi tentang hidupnya.
Saya sokong perbuatannya. Saya rasa itu bukan satu perkara yang perlu diperbesarkan.
*tekan pilihan ini sekiranya anda berpendapat selain daripada pilihan yang lain *
Apakah pendapat anda tentang Noh yang suka berkongsikan setiap aktiviti hariannya di media sosial?
"BT*???? EUWWW!! Siapa stan bt* ni?? So overrated!! Apa apa pun, stan ******** for clear skin!"
Apakah contoh yang ditunjukkan oleh pengguna media sosial ini?
Tidak menghormati minat orang lain
Menghina orang lain
Menggunakan media sosial untuk menyokong sesuatu pihak dengan baik
Merasakan pilihannya yang paling tepat dan bagus
Yun selalu mengciap menggunakan perkataan kasar dan carutan. Yun 'friends' dengan beberapa cikgu di sekolahnya di Facebook. Apakah tindakan yang sepatutnya diambil oleh Yun?
Tidak menggunakan carutan dalam ciapannya
Menapis kawan atau pengikut media sosialnya (friends/followers)
Meneruskan apa sahaja yang dia suka kerana itu ialah akaun media sosialnya
Mendaftar akaun lain untuk membolehkannya melepaskan rasa marah/tidak puas hati atau apa sekali pun
Maria terjumpa lukisan anime hasil lukisan orang lain yang sangat diminatinya di Twitter. Lalu dia memuat turun gambar tersebut dan memuat naik semula di instastory nya tanpa memberitahu pemilik lukisan tersebut. Adakah perbuatan Maria ini betul?
Betul, tiada masalah kerana tujuan Maria hanyalah kerana dia suka dengan anime tersebut
Salah, sepatutnya Maria perlu memberi penghargaan kepada pelukis tersebut dengan menulis nama pelukis itu
Amin: "Pelakon tu kena tangkap polis sebab pukul orang awam"
Zahra: "Betul ke? Mana kau tahu berita ni?"
Amin: "Aku dengar daripada nenek sedara kepada jiran pakcik aku"
Apakah kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh Amin?
Memberitahu berita penting kepada kawannya
Menghebahkan berita tanpa mengetahui sumber asal
Berkongsi maklumat hiburan
Firdaus: "Danish, boleh tak saya memuatnaik gambar kita dalam Instastory saya?"
Danish: "Boleh, tapi gambar yang pertama tu baju saya terselak sikit, awak guna gambar yang kedua atau ketigalah"
Apakah contoh yang ditunjukkan oleh Firdaus?
Firdaus menghormati privasi Danish dengan meminta izin untuk memuatnaik gambar mereka
Firdaus terus memuatnaik gambarnya bersama Danish tanpa pengetahuan Danish
Firdaus bertanyakan tentang gambar yang mana lebih sesuai untuk dimuatnaik
