wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Mak Munah menangis mengenangkan kedegilan anaknya, apakan daya inilah akibatnya dia tidak mendidik anaknya dengan baik. Seperti kata pepatah

a)

Masak lemang carilah buluh muda

b)

Buluh tua banyak miangnya

c)

Lagi tua buluh lagi banyak gunanya

d)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

2.

Sudah berbuih mulut Pak Kasim menasihati Daud, namun Daud tetap juga suka mengunjungi Pusat Siber Kafe itu.

a)

Mencurah air ke dalam baldi

b)

Mencurah air tempayan apabila guruh berbunyi

c)

Mencurah air di daun keladi

d)

Mencurah air bunga ke badan

3.

Kisah itu tidaklah begitu besar tapi sikap sesetengah orang yang suka ____________ menyebabkan kisah menjadi itu semakin teruk.

a)

lebih sudu dari kuah

b)

lebih senduk dari periuk

c)

lebih sudip dari kuali

d)

lebih garam dari gulai

4.

Salim dan Sani pasti akan bergaduh setiap kali bertemu.

a)

seperti anjing dengan kucing

b)

seperti arnab dan kura-kura.

c)

seperti ayam dan dan helang

d)

seperti kucing dan tikus

5.

Salleh tidak suka memberi tunjuk ajar kepada kawan-kawannya walaupun dia sebenar sangat mahir dengan permasalahan itu,

a)

Seperti harimau menyimpan gigi

b)

seperti harimau kehilangan ekor

c)

Seperti harimau menyimpan kuku

d)

Seperti harimau dapat cincin

6.

Ryan bekerja sambilan di restoran Mcdonald sementara mendapat pekerjaan yang lebih baik.

a)

Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak

b)

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.

c)

bermain main dahulu, petang nanti mandi

d)

Bersenam tertib nanti badan akan cergas

7.

Peristiwa dia terjatuh di dalam tandas itu takkan diceritakan kepada sesiapa sampai bila-bila.

a)

Biar tempayan pecah

b)

Biar pecah di perut jangan pecah di mulut

c)

Pecah kaca pecah gelas

d)

Pecah kaca berderai

8.

Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu _______.

a)

bagai aur dengan lebung

b)

bagai pinang dibelah dua

c)

bagai kacang lupakan kulit

d)

seperti anjing dengan kucing

9.

Sikap Razak yang menganiaya Halim yang telah membantunya diibaratkan sebagai _____

a)

bagai kumbang putus tali

b)

seperti cincin dengan permata

c)

bagai kelip-kelip terbang malam

d)

bagai melepaskan anjing tersepit

10.

Perasaan Encik Lee ______ apabila anaknya hanya lulus dua mata pelajaran dalam peperiksaan SPM

a)

seperti rusa masuk kampung

b)

seperti belut pulang ke lumpur

c)

seperti pungguk rindukan bulan

d)

seperti kaca terhempas ke batu

11.

Mulut Fatimah ____ apabila tiada guru di dalam kelas.

a)

bagai dihiris sembilu

b)

bagai murai tercabut ekor

c)

bagai menarik rambut di dalam tepung

d)

bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

12.

Pengurus syarikat itu tidak berpuas hati dengan cara Lee Ling bekerja _____

a)

bagai bulan jatuh ke riba

b)

bagai dakwat dengan kertas

c)

bagai bulan penuh purnama

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

13.

Rizal dikatakan ______ kerana membuat kerja apabila disuruh sahaja.

a)

bagai pahat dengan penukul

b)

bagai ayam disambar helang

c)

bagai menatang minyak yang penuh

d)

bagai menarik rambut di dalam tepung

14.

Puan Lee dan suaminya berasa bimbang kerana keadaan anak mereka _______ setelah terlibat dalam kemalangan.

a)

seperti cicak makan kapur

b)

bagai telur di hujung tanduk

c)

bagai sirih pulang ke gagang

d)

seperti kerbau dicucuk hidung

15.

18 Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan jiran tetangganya ____________ .

a)

seperti rumput di tepi jalan

b)

seperti tikus jatuh ke beras

c)

seperti mendukung biawah hidup

d)

seperti sudah jatuh ditimpa tangga

16.
Cikgu Salleh memuji Sulaiman atas kejayaan projek sains itu, sedangkan Rahimi lah yang bertungkus lumus menyiapkan projek tersebut. Peribahasa yang sesuai ialah ______________________.
a)
untung sabut timbul, untung batu tenggelam
b)
biar putih tulang, jangan putih mata
c)
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
d)
lembu punya susu, sapi dapat nama
17.
Hati Normala _______________ apabila mendengar penghinaan orang kampung terhadap kedaifan keluarganya.
a)
bagai dihiris dengan sembilu
b)
bagai kacang lupakan kulit
c)
bagai murai tercabut ekor
d)
bagai cacing kena air panas
18.

Rahimah dan Suraya bersahabat baik. Hubungan mereka sangat akrab dan saling memahami antara satu sama lain, bak kata pepatah ________________

a)

bagai isi dengan kuku

b)

seperti anjing dengan kucing

c)

bagai cincin dengan permata

d)

bagai menatang minyak yang penuh

19.

Walaupun Tan Sri Zamri hidup mewah, namun beliau masih mahu bergaul dengan orang-orang susah. Sikap Tan Sri Zamri tepat dengan peribahasa ________________ .

a)

ukur baju di badan sendiri

b)

jauhari juga yang mengenal manikam

c)

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

d)

ular menyusur akar tak akan hilang bisanya

20.

Daniel seperti ________________ kerana banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.

a)

katak di bawah tempurung

b)

ayam disambar helang

c)

kera mendapat bunga

d)

segan bertanya sesat jalan