NEW
Font size
WorksheetsSains Tahun 6 - Ujian Pertengahan Tahun
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Rajah menunjukkan suatu aktiviti.
Aktiviti yang manakah melibatkan daya yang sama dan paling tepat seperti aktiviti di atas?
memaku dinding
menyikat rambut
mendayung sampan
bermain layang - layang
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan daya yang boleh mengubah bentuk objek?
menekan suis lampu
memicit bola getah kecil
mendayung perahu di tasik
menggolekkan guli di atas lantai
Rajah menunjukkan sepasang kasut. Apakah fungsi bahagian X?
mengurangkan geseran
menambahkan keselesaan
menambahkan kecantikan
menambahkan cengkaman dan geseran
Rajah menunjukkan raket badminton Kamal.
Raket tersebut selalu terlucut daripada tangan Kamal ketika membuat hayunan. Bagaimanakah masalah dapat diatasi?
Menyapu minyak pada tapak tangan
Membalut pemegang raket dengan kain
Mengukir alur halus pada pemegang raket
Menyapu lilin di pemegang raket
Antara objek yang bergerak berikut, yang manakah sesuai diukur kelajuannya dalam unit kilometer per jam?
Jadual menunjukkan masa yang diambil oleh empat buah kereta bergerak dari Bandar Q ke Bandar R menggunakan laluan yang sama.
Pilih urutan yang betul bermula dengan kelajuan paling tinggi kepada paling rendah.
K,L,M,N
K,L,N,M
L,M,K,N
M,N,L,K
Sebuah bas mengambil masa 4 jam untuk perjalanan 300km. Berapakah kelajuan purata bas tersebut?
70.5 km/j
75 km/j
80.5 km/j
85 km/j
Carta palang di atas menunjukkan jarak yang dilalui oleh tiga objek dalam 10 minit.
Penyataan yang manakah betul?
X bergerak paling laju
Y bergerak paling laju
X lebih laju daripada Z
Y lebih perlahan daripada Z
Apakah yang dimaksudkan dengan "pempasteuran"
mamanaskan makanan pada suhu tinggi
menyimpan makanan pada suhu takat beku dan ke bawah
mendidihkan makanan dan menyimpan makanan di bekas kedap udara
memanaskan makanan sehingga suhu tertentu dan diikuti dengan pendinginan segera
Maklumat di atas merupakan ciri-ciri sejenis makanan yang rosak.
Apakah makanan yang dinyatakan di atas?
Antara makanan berikut yang manakah sesuai diawet dengan penyejukbekuan?
Rajah menunjukkan satu kaedah pengawetan makanan.
Mengapakah makanan di atas tahan lebih lama?
Tiada udara di dalam tin
Tiada kelembapan di dalam tin
Cahaya tidak hadir di dalam tin
Perisa tambahan dicampur di dalam tin
Buah-buahan tempatan yang bermusim seperti durian dan manggis diawet dan dieksport ke luar negara. Apakah kepentingan teknologi kaedah pengawetan makanan kepada eknomi negara?
Meningkatkan nilai mata wang
Makanan dari luar negara penuhi pasaran tempatan
Hasil keluaran meningkatkan pendapatan negara
Kurang pekerja diperlukan di ladang pertanian
Rajah menunjukkan dua jenis makanan.
Apakah kaedah yang paling sesuai untuk mengawet makanan di atas?
Pendinginan
Penjerukan
Pempasteuran
Pengeringan
Antara berikut, yang manakah merupakan bahan buangan yang tidak terbiodegradasi?
Rajah menunjukkan bahan buangan dikumpulkan oleh Ahmadi dari dapurnya
Apakah cara yang terbaik untuk melupuskan bahan buangan tersebut?
Menimbus di dalam tanah
Membuang ke dalam sungai
Mengantar ke pusat kitar semula
Membakar di kawasan jauh dari rumah
Bahan buangan seperti tayar dan bekas kaca tidak dilupuskan dengan baik. Air hujan bertakungan di dalam bahan buangan tersebut. Apakah akibat yang dibawa?
Menghasilkan bau busuk
Melepaskan gas beracun
Pembiakan nyamuk Aedes
Kandungan oksigen air berkurang
Rajah menunjukkan situasi di sungai berdekatan kawasan perindustrian kilang. Apakah yang akan berlaku sekiranya bahan buangan tersebut tidak dilupuskan dengan betul?
Menyebabkan pencemaran udara
Memudaratkan hidupan akuatik
Menyebabkan penyakit berjangkit
Menggalakkan pembiakan haiwan perosak
Bagaimanakah bahan buangan yang telah dikumpulkan dilupuskan oleh pihak berkuasa tempatan?
Bahan buangan disalurkan ke laut
Bahan buangan dibakar di tapak pelupusan sampah
Bahan buangan dirawat dengan asid untuk membunuh kuman
Bahan buangan yang tidak boleh dikitar semula dibakar di dalam insinerator
Rajah menunjukkan pengelasan bahan buangan.
Apakah bahan buangan yang diwakili oleh X dan Y?
X : Kaca , Y : Kotak
X : Kulit buah , Y : Plastik
X : Plastik , Y : Kaca
X : Logam , Y : Plastik
