NEW
Font size
Worksheetspendidikan moral tingkatan 1 unit 9
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
1) Berikut merupakan ancaman keselamatan yang berlaku di kawasan kediaman kecuali .......
A. peras ugut
B. pecah rumah
C. penculikan
D. rompakan bersenjata
2) Siapakah yang berperanan penting dalam menangani ancaman terhadap keselamatan keluarga anda?
A. Diri sendiri dan anggota keluarga
B. Polis
C. Pemimpin masyarakat
D. Jiran
3) Kes jenayah seperti penculikan, rogol dan pecah rumah kerap berlaku di kawasan perumahan. Oleh itu, kita perlu bersama-sama memikul tanggungjawab untuk menjaga keselamatan kawasan kediaman.
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah nilai yang perlu diamalkan oleh masyarakat di kawasan kediaman tersebut?
A. Berdikari
B. Toleransi
C. Bertanggungjawab
D. Keberanian
4) Untuk menjaga keselamatan kediaman, pelbagai usaha boleh diambil oleh penghuni kawasan kediaman tersebut. Antaranya adalah dengan mewujudkan ............ .
A. pasukan tentera
B. pasukan RELA
C. penubuhan Kelab Rukun Tetangga
D. penubuhan Kelab Kebajikan
6) Sebagai jiran, kita perlulah ................................ agar keselamatan kawasan kediaman terjamin.
A. membantu mengawasi keselamatan rumah jiran apabila jiran tiada di rumah
B. tidak mengunci pintu pagar rumah
C. membiarkan penceroboh memasuki rumah jiran
D. tidak mengambil tahu tentang penduduk lain di kawasan kediaman
7) Berikut ialah beberapa cara untuk menjalinkan hubungan baik dengan jiran tetangga demi menjaga keselamatan kawasan kediaman kecuali ....
A. sentiasa bertegur sapa
B. saling bermasam muka sesama jiran tetangga
C. menghormati jiran tetangga
D. menjemput jiran ketika sambutan perayaan
8) Berikut ialah peranan anda dalam menjaga keselamatan anggota keluarga kecuali .....
A. menjaga adik-beradik ketika ketiadaan ibu bapa
B. mengunci pintu dan pagar rumah
C. membiarkan adik bermain di luar rumah tanpa pengawasan
D. tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali
11) Berikut ialah panduan keselamatan rumah ketika pulang ke kampung pada musim perayaan kecuali ......
A. tidak meninggalkan sebarang tanda bahawa anda tiada di rumah.
B. meninggalkan kunci rumah kepada pengawal keselamatan
C. memaklumkan kepada jiran dan polis sekiranya pulang ke kampung
D. membatalkan langganan surat khabar
12) Apakah kesan terhadap keselamatan kawasan kediaman sekiranya tiada nilai kerjasama dan tanggungjawab antara penghuni kawasan kediaman?
A. Penghuni saling membantu antara satu sama lain
B. Penjenayah mudah memasuki kawasan kediaman
C. Penghuni hidup dengan aman
D. Penghuni berasa gembira
13) Nyatakan perasaan anda apabila keselamatan di kawasan kediaman anda terpelihara.
A. sedih
B. marah
C. gembira
D. kecewa
14) Jika keselamatan kawasan kediaman anda sering diancam, anda hendaklah memainkan peranan yang penting dalam memastikan kemanan terpelihara sebagai penduduk di kawasan kediaman tersebut. Pernyataan tersebut merujuk kepada nilai ...................... .
A. Kasih Sayang
B. Kerajinan
C. Kerjasama
D. Bertanggungjawab
15) Apakah tindakan anda jika melihat kejadian jenayah ragut?
A. menghubungi pihak polis
B. memanggil ambulans
C. mengejar peragut tersebut
D. menelefon ayah
