wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

4.2 Getah Asli

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Monomer untuk getah asli ialah (a)   .

2.

Berdasarkan senarai di bawah, pilih sifat-sifat yang sesuai untuk getah asli.

a)

Tidak reaktif dan sukar untuk dioksidakan

b)

Tahan lasak dan menyerap air

c)

Tidak boleh mengalirkan arus elektrik

d)

Tidak tahan haba yang tinggi

3.

Lateks boleh dicegah daripada menggumpal dengan menambahkan alkali lemah seperti larutan ammonia. Apakah peranan alkali?

a)

Alkali menghakis membran protein

b)

Alkali meneutralkan asid dalam lateks

c)

Alkali meneutralkan cas negatif pada zarah getah

d)

Alkali meneutralkan ion hidrogen yang dibebaskan oleh tindakan bakteria

4.

Apabila lateks dibiarkan, lateks itu akan perlahan-lahan menggumpal. Bahan manakah boleh ditambah kepada lateks untuk mempercepatkan pembekuannya?

a)

Ammonia

b)

Asid etanoik

c)

Kalium hidroksida

d)

Kalsium klorida kontang

5.

Sekeping getah dicelup ke dalam bikar yang mengandungi pelarut organik dan sebatian X selama beberapa minit. Selepas itu, kepingan getah dikeluarkan dan dikeringkan. Didapati kepingan getah menjadi lebih kenyal dan tahan panas. Apakah sebatian X?

a)

Asid etanoik

b)

Air kapur

c)

Disulfur diklorida

d)

Natrium hidroksida

6.

(a)   getah merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengatasi ciri-ciri getah asli seperti tidak tahan haba dan mudah dioksidakan.

7.

Antara berikut, yang manakah struktur yang betul bagi getah asli tervulkan?

a)
b)
c)
d)
8.

Antara berikut, yang manakah struktur yang betul bagi poliisoprena?

a)
b)
c)
d)
9.

Kehadiran rangkai silang sulfur ke dalam struktur getah tervulkan menyebabkan getah tervulkan dapat

a)

menahan haba yang lebih tinggi berbanding getah asli

b)

lebih elastik kerana polimer getah tidak dapat menggelongsor apabila diregangkan

c)

mengurangkan ikatan ganda 2 antara karbon lalu menjadikan getah tervulkan sukar dioksidakan

d)

semua di atas

10.

Apakah kelebihan pemvulkanan menggunakan sinaran berbanding dengan proses pemvulkanan menggunakan sulfur?

a)

dapat mengelakkan alahan kepada pengguna disebabkan oleh penggunaan bahan pemecut dalam pemvulkanan sulfur

b)

dapat menghasilkan produk yang lebih elastik kerana sinaran gamma menghapuskan ikatan ganda 2 antara karbon

c)

dapat menghasilkan produk dengan lebih banyak dan kos penghasilannya adalah lebih rendah

d)

dapat menghasilkan produk yang lebih tahan haba dan tidak mudah dioksidakan